Wednesday, September 30, 2009

Kelantan Maju: Nik Aziz Berbohong Lagi

Pada 28/9 yang lalu, bekas PM, Tun Dr. Mahathir mempertikaikan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh negeri Kelantan di bawah pimpinan kerajaan PAS selama ini. Beliau mempersoalkan kerajaan PAS yang masih tidak menunjukkan sebarang pencapaian yang dapat membantu rakyat Kelantan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan dapat berdaya saing dengan rakyat di negeri-negeri lain. Tun menyatakan yang Kelantan masih lagi negeri paling mundur dalam menggerakkan perlaksanaan ekonomi walaupun pelbagai insentif telah diberikan termasuklah memberi pinjaman persekutuan yang mana Kelantan antara penerima tertinggi.



Namun, pada 29/9 iaitu keesokannya pula, MB Kelantan, Nik Aziz menyelar pandangan yang diberi oleh Tun dengan menjemput Tun untuk datang sendiri melihat pembangunan yang semakin rancak dibangunkan di Kelantan. Nik Aziz mempertikaikan kenyataan Tun sambil memberi beberapa contoh pembangunan yang telah dilaksanakan seperti KB Mall, Tesco, Parkson, hotel-hotel dan sebagainya.



Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz adalah satu pembohongan yang amat dahsyat oleh seseorang yang diangkat sebagai Tok Guru.



Pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan di Kelantan adalah hasil usaha orang-orang UMNO di Kelantan dan juga kerajaan pusat. KB Mall, Tesco, Mydin dll adalah bukan dimiliki oleh kerajaan PAS Kelantan sebaliknya pihak-pihak lain. Perancangan untuk membangunkan Kelantan pada dasarnya diwujudkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada rakyat Kelantan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kebergantungan usahawan atau peniaga Kelantan terhadap negeri-negeri lain. Ini kerana selama ini, usahawan atau peniaga dari Kelantan terpaksa mencari tapak pernigaan di luar kelantan kerana kekurangan ruang dan bantuan oleh kerajaan negeri Kelantan. Usahasama antara orang-orang UMNO Kelantan dan kerajaan pusat dibuat sebelum PRU12 yang mana ketika itu, UMNO yakin dapat menawan Kelnatan demi pembangunan rakyatnya. Dalam pada itu, kedudukan kerusi DUN yang hanya tinggal 1 sahaja kerusi membezakan antara BN dan PAS.



Pelbagai rancangan telah dibuat termasuklah pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Dengan berkat pertolongan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, baginda telah meminta kerajaan PAS Kelantan untuk meluluskan tanah di Bachok dan Jeli sebagai tempat UMK akan dilaksanakan. Pemilihan kedua-dua kawasan tersebut disebabkan wakil rakyat yang terdiri dari Adek Awang dan Mustapa Mohamad sebagai ahli parlimen, serta mereka juga sebagai pelopor kepada usahasama tersebut. Nik Aziz hanya tahu kewujudan Tesco, KB Mall dll setelah Tuanku menitahkan agar kerajaan negeri memberi pelepasan tanah untuk pembangunan tersebut. Kerajaan pusat juga telah meluluskan sebanyak RM140 juta sebagai memenuhi keperluan pembangunan UMK.



Pada asasnya, kebanyakan rakyat di kelantan telah menolak kerajaan pimpinan PAS tetapi PAS bijak bersandiwara dalam politik dengan terus menekankan perkara-perkara dengan memburukkan UMNO seperti rasuah, politik wang, kes al-tantuya (yang akhirnya didapati menipu), penyelewengan koridor raya iskandar, persengketaan Anuar Musa, Tok Pa dan Adek Awang (fitnah semata-mata) dan sebagainya. Undi pengundi rakyat kelantan dari luar banyak memihak kepada PAS kerana mereka tidak tahu tentang apa yang berlaku sebenarnya di Kelantan ketika itu.



Nik Aziz mesti menginsafi diri sendiri kerana telah melakukan dosa dengan menipu fakta yang benar, sebagai seorang yang diangkat ulamak oleh penyokongnya Nik Aziz seharusnya sedar bahawa tindakannya mempolitikkan keadaan sebenar pastinya akan menerima balasan nanti.

Saturday, September 26, 2009

Tentera dan Polis Yang Tidak Mengenang Budi

1- Dalam laporan Malaysiakini dan Harakahdaily, PAS telah menjelaskan bahawa terdapat 'mata-mata' dalam kem-kem tentera atau polis untuk menjadi pelapor kepada parti itu dalam menghadapi persaingan pilihanraya kini dan pada masa akan datang. Seorang bekas pegawai tentera berpangkat tentera yang dikenali sebagai Kapten (B) Izaini, yang juga pengurus sebuah kantin kem tentera terlibat dalam gerakan tersebut. 'Mata-mata' yang dinyatakan oleh PAS termasuklah dari kalangan pegawai kanan sehingga berpangkat rendah.


2- PAS juga memaklumkan bahawa tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk memastikan BN tidak membuat sebarang kempen pilihanraya dalam majlis-majlis tertentu. Persoalan juga timbul, mengapakah PAS hendak mempolitikkan tentera dalam pergerakan mereka? Sedangkan mereka patut tahu bahawa tentera pastinya akan menyokong kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka dengan memberi peluang pekerjaan, menaikkan gaji sehingga 25%, elaun yang tinggi dalam setiap operasi dan kebajikan keluarga tentera. Ini menunjukkan PAS takut realiti sebenarnya dan cuba membuat propaganda berlebihan dalam kempen-kempen mereka.


3- Apa yang paling menyedihkan terdapat segelintir pegawai tentera yang tidak ada langsung sifat keinsanan dalam diri mereka. Kebanyakan tentera yang berpangkat rendah adalah terdiri dari lepasan PMR dan SPM, manakala pegawainya pula terdiri dari lepasan ijazah yang mana terdapat juga ijazah khusus dalam bidang ketenteraan seperti UPNM atau UTM dan diberi peluang untuk bekerja dengan kerajaan serta disediakan segala kemudahan yang sempurna. Mereka ibarat 'kacang lupakan kulit'! Mereka seharusnya insaf dengan perbuatan mereka yang kononnya menyokong PAS akan masuk syurga dan PAS adalah parti yang menerapkan kehidupan Islam yang sebenarnya. Ternyata pemahaman mereka amat dangkal kerana PAS hanyalah parti politik yang mahukan kuasa memerintah tetapi bukan parti yang mengajak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.


4- UMNO bukanlah parti yang meletakkan nama Islam dalam nama pertubuhan tersebut kerana UMNO adalah singkatan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu tetapi UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Lihat sahaja syiar Islam yang dibawa oleh UMNO, kebaikannya bukan sahaja dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi negara-negara Islam lain juga mencontohi perjuangan Islam yang dibuat oleh UMNO. Janganlah kita terlalu taksub dengan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, hakikatnya parti tersebut memperalatkan Islam demi mengejar cita-cita politik mereka sahaja.

Thursday, September 10, 2009

Kisah 16 September Malaysia dan Jepun

1- Setelah 54 tahun menjadi parti memerintah Jepun, akhirnya parti LDP pimpinan Perdana Menteri, Taro Aso, tewas ditangan parti pembangkang DPJ pimpinan Hatoyama. Kekalahan parti LDP bukanlah sesuatu yang agak luar biasa kerana pada pilihanraya umum sebelum ini, parti tersebut hanya menang tipis di peringkat parlimen serta memerlukan gabungan komponen parti-parti kecil untuk membentuk kerajaan.
2- Malah menurut akhbar-akhbar tempatan, Taro Aso pada sebelum pilihanraya umum telah bersedia menghadapi sebarang kekalahan dan beliau sendiri telah pun menghantar surat perletakan jawatan sebagai Presiden LDP tetapi telah ditolak oleh kepimpinan tertinggi memandangkan waktu itu pilihanraya umum semakin dekat.
3- PAS dalam terbitan akhbar Harakah dan PKR dalam Suara keadilan, mula mempersoalkan apa yang berlaku di Jepun mungkin juga akan berlaku di Malaysia. Mereka menjangkakan Pakatan 'haram' Rakyat akan menjadi pemerintah di Malaysia pada pilihanraya umum akan datang. Ini kononnya berdasarkan situasi yang hampir serupa dengan suasana politik Malaysia ketika ini. Apa yang cuba dicanangkan oleh mereka ialah rakyat perlu menukar pemerintah jika mahu sebuah kerajaan yang lebih demokratik, stabil, telus dari unsur rasuah dan mengikut kehendak rakyat.
4- Sebagai rakyat Malaysia yang rasional, kita hendaklah sedar akan permasalahan yang berlaku apabila PR menjadi pemerintah. Jika di Jepun, sesiapa pun yang menjadi pemerintah adalah dari bangsa mereka sendiri dan mereka tidak mempunyai masalah dengan hal tersebut. Berlainannya pula dengan Malaysia, mengikut statistik yang ditunjukkan dalam PRU-12 yang lalu PKR memenangi kerusi parlimen lebih banyak mengatasi DAP dan PAS di tangga terbawah. Ahli Parlimen PKR kebanyakannya terdiri hampir separuh bukan dari kalangan orang melayu, DAP tidak seorang pun adanya wakil rakyat melayu dan juga PAS. Yang pasti negeri-negeri yang mereka tawan seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (kembali kepada BN) tidak menunjukkan sikap integriti dalam PR itu sendiri. Selangor lebih dikuasai oleh PKR dan DAP, Pulau Pinang dikuasai oleh DAP manakala Kedah oleh PAS. Tidak wujudnya kerjasama yang erat antara pemerintah negeri dalam komponen parti PR. Yang ada adalah kerjasama sewaktu pilihanraya sahaja.
5- Pada 16 September ini genaplah setahun hampir 27 juta rakyat Malaysia yang telah ditipu oleh Anwar Ibrahim yang kononnya dapat 'membeli' ahli parlimen BN sehingga menghantar 'rombongan meminang' yang diketuai oleh Tian Chua di mana ketika itu ahli parlimen BN sedang membuat lawatan sambil belajar di luar negara. Anwar yang mewujudkan gelombang lompat parti gagal mendapat simpati ahli parlimen BN malah cara beliau gunakan seperti 'cerita hantu' dan lebih malang lagi 3 orang wakil rakyat DUN dari perak keluar dari PR menjadi wakil rakyat bebas kerana hilang keyakinan pada kepimpinannya. Berlainan pula dengan Jepun, pada 16 September ini, Presiden DPJ, Hatoyama akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun melalui kemenangan yang diraih dalam pilihanraya umum.
pemudagerik: 16 September, hari jadi rakyat yang ditipu oleh Anwar.