Saturday, February 21, 2009

Cabaran Politik Era Moden

Assalamualaikum dan Selamat Sejatera.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya serta hidayahNya dapatlah jua diterbitkan medium perantara yang menjadi sebahagian dalam alternatif penyampaian maklumat yang canggih dan terkini. Dengan itu maka lahirlah pemudagerik.blogspot.com yang mana merupakan wadah perjuangan pemuda UMNO bahagian Gerik dalam mencapai aspirasi negara untuk terus bergerak maju seiring dengan negara-negara lain dalam menghadapi arus cabaran globalisasi dan menempuh lanskap politik negara secara progresif. Era moden adalah suatu zaman yang berbeza kerana hasil kecanggihan teknologinya yang sangat pantas dengan informasi-informasi tanpa sempadan dan had masa menjadikan sesuatu berita itu dapat disebarkan dengan cepat. Maka, kerana itu jugalah pemuda UMNO bahagian Gerik mengambil pendekatan proaktif dengan melancarkan blognya sendiri bagi menyebarkan maklumat terkini yang berkaitan dengan perkara politik negara serta sebagai pusat penerangan bagi menangkis serangan dalam bentuk fitnah atau maklumat palsu oleh pihak-pihak tertentu yang banyak meracuni fikiran dan persepsi rakyat dengan menyediakan fakta-fakta yang jelas, adil dan benar. Semoga blog ini dapat membantu kerajaan dalam usaha menjadikan rakyat Malaysia yang maju dan hebat dari segi pemikiran, rasionalisasi politik mahupun jatidiri. Sekian.