Sunday, August 9, 2009
PPSMI: Waspada Permainan Politik Pembangkang
2- Walaupun terdapat beberapa individu, NGO dan PIBG sekolah yang tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana amat yakin dengan PPSMI sewajarnya boleh diguna pakai lagi terutama sekolah-sekolah kawasan bandar tetapi kerajaan yang telah mempertimbangkan dari semua aspek serta kajian yang dilakukan tetap dengan pendiriannya demi memastikan objektif Wawasan 2020 tercapai dengan jayanya. Dengan hal itu jugalah kerajaan tidak melaksanakan pengembalian pengajaran matemati dan sains kepada bahasa asal secara mendadak.
3- Namun begitu, pihak pembangkang terus-menerus memainkan peranan mereka secara 'zahir' atau 'batin' dengan cara mempengaruhi beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI untuk menentang pula keputusan kerajaan tersebut. Mereka menawarkan perkhidmatan secara terus dengan menggalakkan pihak-pihak tersebut untuk membuat bantahan yang agresif bagi memastikan seolah-olah kerajaan bertindak 'zalim' dan 'kejam'. Salah satu tindakan yang mereka lakukan ialah memberi kertas soal selidik kepada PIBG sekolah tersebut untuk menyatakan pendirian berkenaan PPSMI. Hasilnya di sekolah SMK Sri Hartamas, 97% menyokong PPSMI semula.
pemudagerik: Dimana pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan PPSMI dahulu, sebelum ini beriya-iya benar untuk menghapuskan PPSMI sehingga 'memaksa' golongan Saaterwan Negara menyertai demontrasi yang mereka anjurkan. Tetapi bila ada sesetangah pihak yang membantah pemansuhan PPSMI, mereka ini terus sepi dan 'menyorok'. Adakah semua ini atas dasar konspirasi politik semata-mata.
Saturday, August 8, 2009
Apa Nasib PAS & Hassan Ali di Selangor?
(hambali1.blogspot.com)
pemudagerik: PAS jadi 'bola' tendangan DAP dalam Pakatan 'haram' Rakyat, dimainkan ikut suka hati takde pengadil dan takde peraturan. Inilah ceritanya bilamana PAS membisu dalam kes kandang babi. Tan Sri Khalid 'langsung tidak bijak' dan 'penakut' dalam kenyataan atau reaksi sehingga mengatakan SEMUA INI BUKAN ISU. Baguslah kalau macam tu reaksi MB, yang teraniaya terus ditindas dan yang menganiaya terus menindas.
Thursday, August 6, 2009
PAS: Dimana "Membangun Bersama Islam"
2- Gesaan oleh Pemuda UMNO Selangor terhadap PAS akhirnya membuka mulut Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Ali semasa sidang medianya dengan tegas menyatakan akan mendesak Menteri Besar untuk mengambil tindakan yang 'sewajarnya'. Pemuda PAS pula, dengan lantang menyatakan akan mengadakan demontrasi di Pejabat SUK bagi mendesak MB supaya mengenakan hukuman melucut jawatan exco terhadap Ronnie.
3- MB Selangor memberi reaksi yang cukup membimbangkan dalam perkembangan isu tersebut. Dengan nada spontan beliau menjelaskan "Perkara tersebut bukan satu isu dan tidak perlu dibangkitkan". Adakah ini sebenarnya seorang pemimpin beragama Islam? Berceramah sana-sini kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak mengikut ciri-ciri Kepimpinan Islam dan perjuangan UMNO tidak berlandaskan Kalamullah dan Sunnatullah.
4- Apa yang pasti dan jelas, di manakah letaknya prinsip PAS yang kononnya memperjuangkan Syariah Islamiah dalam kepimpinannya? Mengapa Ronnie masih lagi 'bebas' dan 'tidak takut' dengan tuntutan-tuntutan dari PAS? Adakah PAS terus bermain retorik politik dalam isu-isu agama Islam dengan sekadar memberi 'teguran' bukannya 'tindakan'?
5- Jika inilah yang dikatakan sebagai "Membangun Bersama Islam", yang nyata hanya slogan yang diperhebatkan sedangkan tindak-tanduk tidak seperti yang digambarkan, maka dengan jelas "RAKYAT HARUS MENOLAK PARTI YANG MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIKNYA". Maklum sudah tahu dan penyokong-penyokong PAS sendiri sudah tahu, semenjak PAS bergabung dengan DAP dan PKR, konsep keIslaman yang digembar-gemburkankannya selama ini telah lupus serta tidak diguna pakai lagi atas alasan menghormati parti yang tidak menerima Islam sebagai satu wadah perjuangan.
pemuda gerik: Jika pemuda PAS dah dapat permit untuk berdemontrasi bagi mendesak Ronnie letak jawatan, pemuda UMNO sanggup berganding bahu, berkerjasama untuk sertainya kerana kami mempertahankan Islam bukan atas sifat politik tetapi agama Allah. Takkan nak tunggu pemuda UMNO mohon permit baru pemuda PAS nak 'join'. Jangan tunjuk hebat dengan UMNO kerana UMNO dah jelas mempertahankan Islam dari dulu, kini dan selamanya.
Terima kasih 6th Musketers
Tuesday, August 4, 2009
Selangor: PR Gelabah
2- YB Rodziah @ Kak Ogy selaku ADUN Bt.3 dan Exco Kerajaan Negeri Selangor semakin pendek nafasnya apabila kes rasuah melibatkan RM375 000 mempunyai bukti yang kukuh untuk diketengahkan. Lebih malang lagi, apabila siasatan berkenaan kes rasuah tersebut 'terpaksa' dilakukan oleh jawatankuasa dalaman PKR setelah mendapat laporan lengkap dari sumber-sumber tertentu. Sebelum ini, Kak Ogy beria-ia benar menjelaskan berkenaan segala peruntukan tersebut semasa ditemubual oleh akhbar Sinar pada 1 Ogos lalu dan bertindak menyalahkan pihak-pihak lain bagi menutup kesalahan tersebut. Namun dengan petunjuk dan bukti yang dijelaskan dalam www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com telah memperincikan tentang penyelewengan tersebut. SILALAH JAWAB KAK OGY..
2- Setelah Pemuda UMNO Selangor mendesak kerajaan negeri berhubung dengan tindakan YB Ronnie yang 'masuk campur' dalam urusan hal ehwal Islam di Selangor, barulah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hasan Ali, membuat sidang media untuk mendesak kerajaan Selangor agar mengharamkan penjualan arak di daerah yang majoritinya orang Islam. Ronnie Liu sebelum ini telah mengarahkan MPSA agar memulangkan arak-arak yang telah dirampas oleh PBT tersebut kepada 'tauke'nya semula. Arak-arak tersebut dirampas kerana menjalankan perniagaan tanpa permit yang sah dan dijual secara umum. Malah beliau turut menggertak kapada PBT tersebut "Lu Orang Talak Kenal Sama Saya Kaa", seolah-olah menunjukkan beliau sangat berkuasa dengan jawatan 'wakil rakyat'nya. KEPADA PAS SELANGOR, TAKKAN HANYA MENDESAK SAHAJA, GUNALAH KUASA YANG ADA UNTUK MENDESAK M.B KHALID SUPAYA MEMBERI AMARAN KEPADA RONNIE ATAU MENDESAK RONNNIE SUPAYA LETAK JAWATAN DALAM EXCO NEGERI. SUDAHLAH KES 'KANDANG BABI' TELAH KAMU HALALKAN. SEBENARNYA KAMU TAKUT SEBAB KAMU TAHU SIAPA SEBENARNYA "YB RONNIE LIU'!!!
pemuda gerik: Rakyat sebenarnya sudah bijak menilai. Jika kamu kata UMNO sangat teruk tetapi kamu lagi parah dan boleh masuk ICU dah. Kemudian kamu bohong pada rakyat bahawa ini semua kerja jahat UMNO. Sungguh jijik kamu ini!
GMI & PAS : HAK ASASI MANUSIA ATAU MEMPERALAT MANUSIA
1- Pendedahan sensasi oleh seorang bapa yang 'berang' dengan tindakan penganjur perhimpunan haram anti-ISA membuatkan penganjurnya GMI dan PAS tidak senang duduk. Ini kerana menurut bapa kepada remaja yang hanya berusia 15 tahun tersebut, penganjur bertindak lepas tangan setelah anaknya terlibat dengan kemalangan di Bukit Beruntung sewaktu dalam perjalanan ke KL untuk terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. Menurut remaja itu juga beliau telah membayar RM35 untuk mengikuti rombongan tersebut dan dibekalkan sehelai 'baju merah' yang merujuk kepada baju yang dipakai oleh "Unit Amal PAS". Pemuda PAS hari ini telah membuat kenyataan yang mereka akan menyisat perkara tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan. Namun begitu, apa yang paling mengecewakan ialah Pemuda PAS memberi maklum balas bahawa tiada 'paksaan' untuk menyertai Unit Amal kerana ianya adalah secara sukarela tidak kira samada orang dewasa atau remaja bawah umur. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa mereka tidak tahu apa yang mereka perjuangkan dalam menuntut 'hak asasi manusia'!
2- Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, mengambil pendekatan mudah dalam menjawab isu tersebut dengan menyatakan ahli-ahli PAS bukan seperti penyokong UMNO yang setiap kali datang untuk berhimpun mesti hendak dibayar 'upah' atau sekurang-kurangnya nasi bungkus sebaliknya ahli-ahli PAS sanggup berkorban demi perjuangan mereka. Sedarkah PAS bahawa ahli-ahli UMNO telah lama berkorban dalam perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan secara "PERCUMA". Cuma bila mana ada segelintir ahli UMNO yang mempunyai sedikit harta sanggup berkorban harta mereka dengan sedekahkan kepada penyokong UMNO dalam program-program mereka. Mereka faham dan tahu akan keringat pengorbanan penyokong UMNO yang sanggup meninggalkan anak bini di rumah dan ambil cuti demi perjuangan untuk negara. Bukan sebaliknya seperti PAS yang sanggup memerah keringat penyokongnya dan tenaga mereka tanpa mengambilkira hal-hal lain bahkan orang-orang PAS yang kaya pun tak mengambil tahu bahkan sanggup melihat penyokong PAS susah dari membantunya. Yang bodoh, yang tertindas, yang teraniaya, yang kena gas pemedih mata, yang kena semburan air, yang berdemontrasi, yang sanggup tak bagi anak bini makan semata untuk simpan duit datang demo, yang kena tangkap dan yang terTIPU adalah penyokong PAS bawahan, orang atas senang lenang gelak ketawa.
3- Pengerusi GMI, dengan angkuhnya menafikan bahawa terdapat penyokongnya yang dibayar malah mendakwa semua adalah fitnah, tetapi mungkin beliau akan dilaknat kerana tidak bercakap benar kerana sudah jelas dan tersuluh bahawa beberapa orang penyokong sendiri mengakui mereka 'telah dibayar' untuk berdemontrasi pada hari itu. Bukan sahaja upah malah jaminan untuk mereka tidak ditahan turut diberi, jika ditahan juga maka GMI akan sediakan peguam untuk melepaskan mereka. Dengan sombong dan takbur beliau menambah, penyokong GMI akan mendapat balasan 'pahala' dari Allah s.w.t kerana sanggup berkorban untuk memusnahkan ISA. Persoalan di sini, siapa beliau untuk menentukan 'pahala' dan 'dosa'? Adakah berdemontrasi yang berjaya merosakkan sistem ekonomi orang-orang Islam yang berniaga di kawasan tersebut adalah halal disisi agama Islam? Dimanakah kezaliman kerajaan sehingga beliau benar-benar sengsara dan dizalimi?
pemudagerik: Ini semua taktik kotor pihak pembangkang untuk menarik perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa seolah-olah negara kita sedang mengalami krisis politik yang teruk setaraf Thailand, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Sedangkan hakikat sebenarnya pemimpin pembangkang juga menikmati kekayaan, kemakmuran, keharmonian dan kedamaian yang ada dalam negara. Cuma bila kuasa menjadi impian, sifat kemanusiaan menjadi kebinatangan.
Saturday, August 1, 2009
Demontrasi Haram Anti-ISA (GMI) : Rakyat Mangsa Pemimpin Rakus
Terdapat lebih kurang 5000 orang penyokong yang 99% adalah terdiri daripada orang-orang melayu PAS dan PKR memulakan perarakan setelah bertembung di jambatan Jalan Kuching menuju ke pusat bandar, Jalan TAR. Namun, pergerakan mereka awal-awal lagi telah dihalang oleh anggota FRU yang bertindak memberi amaran terlebih dahulu tetapi tidak diendahkan oleh mereka malah memaki hamun dengan perkataan "jangan kacau" dan "anjing kerajaan". Keadaan yang huru-hara tersebut memaksa FRU melepaskan gas pemedih mata dan semburan air menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Apa yang mengejutkan terdapat berpuluh-puluh kanak-kanak yang dibawa oleh ibubapa masing-masing terlibat dengan demontrasi haram ini. Kanak-kanak ini menangis ketakutan dan meminta untuk pulang tetapi ditegah oleh ibubapanya kerana mereka menyatakan ini "JIHAD". Kanak-kanak dipaksa rela untuk memuaskan 'nafsu' ibubapa mereka. Terdapat juga mahasiswa-wi dari pelbagai universiti yang turut terlibat antaranya dari UM, UPM dan UKM kerana mereka dengan berani memakai baju tertera lencana universiti mereka.
Suasana tegang semula apabila penyokong demontrasi haram bertindak berhimpun kembali bahkan mereka sanggup merempuh sekatan polis. Ini memaksa FRU bertindak dengan lebih 'garang' kerana tindakan mereka seolah-olah mencabar FRU.
Diketika itu, di kawasan Jalan TAR pula, sekumpulan penyokong GMI yang lain dalam jumlah 2000 orang berhimpun di tengah-tengah jalan bagi menanti ketibaan Anwar Ibrahim (DSAI). Sehingga jam 5 petang , DSAI yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba malah suasana yang aman bertukar tegang apabila beberapa penyokong GMI bertindak menahan kereta polis serta sebuah kereta bomba yang sedang dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kg. Baru. Polis terpaksa memanggil FRU untuk mengelakkan berlakunya kekacauan yang lebih teruk.
Apa yang menyedihkan ialah para penyokong GMI ini menggunakan 'khidmat orang awam' yang datang untuk membeli belah sebagai perisai dari gas pemedih mata dan semburan air oleh FRU. Penulis yang berada di tempat kejadian amat terkejut dengan sikap mereka dan tersangat kasihan dengan wanita atau kanak-kanak yang tidak berdosa. Tangisan-tangisan itu sudah pasti tidak dapat didengari oleh FRU yang terpaksa bertindak secara rawak. Dengan keadaan penulis yang tidak menentu tetapi menggagahi juga untuk memberi arahan kepada orang awam untuk segera menyelamatkan diri. Di satu sudut, terlihat penulis satu-satunya tempat yang boleh membawa beberapa orang untuk menyelamatkan diri iaitu Pertama Kompleks.
Sementara di Dataran Merdeka pula, penyokong GMI semakin bertindak liar sehingga memaksa FRU bertindak dengan lebih keras. Pada jam 6.15 petang, mengikut laporan akhir yang diterima seramai 400 orang penyokong GMI yang telah ditahan oleh pihak polis kerana cuba mencetuskan kekacauan yang lebih dahsyat.
pemudagerik: Hati ini terus bertanya, apa sebenarnya yang dimahukan oleh GMI kerana Perdana Menteri sendiri telah menyatakan Akta ISA akan dipinda. Namun terdetik juga, siapa DALANG disebalik semua ini. Jika setakat Presiden GMI, rasanya beliau bukan sesiapa untuk bertindak jika bukan didorong oleh pihak-pihak yang rakus dan lebih zalim. Rendahnya martabat orang-orang terpelajar dari beberapa buah universiti yang terlibat aktif dalam demontrasi haram ini.