Tuesday, September 18, 2018

PERLAWANAN AKHIR LIGA BOLASEPAK PIALA AHLI PARLIMEN GERIK DUN PENGKALAN HULU 2018


Ketua Pemuda Bahagian Gerik merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pengkalan Hulu bersama-sama Ahli Parlimen Gerik, Dato' Hasbullah Osman dan ADUN Pengkalan Hulu, Dato' Hj. Aznel Ibrahim serta Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Pebila dan Sukan Daerah serta Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian Gerik hadir menyaksikan Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Ahli Parlimen Gerik DUN P.Hulu 2018. Tahniah kepada pemain-pemain yang berjaya mempersembahakan permainan menarik sepanjang perlawanan.





Wednesday, September 5, 2018

MENJUNJUNG KEDAULATAN INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU..DAULAT TUANKU!


BARISAN JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN GERIK SESI 2018-2021

PENGERUSI TETAP
Mohd Saiful Bin Jamaludin

TIMB. PENGERUSI TETAP
Razif Bin Razali

KETUA PEMUDA
Mohd Salehuddin Md isa

NAIB KETUA PEMUDA
Mohd Nurzaffan Bin Sulaiman

PEN. SETIAUSAHA
Zulfikri Faiq Bin Yusoff Azuldin

BENDAHARI

Mohd Ramazdhan Bin Shawal

KETUA PENERANGAN

Suhasni Bin Hayani

EXCO

Tengku Mohd Najib Tuan Syed Ngalam Alwi
Amirhamiri Bin Ariffin
Zulfikri Faiq Bin Yusoff Azuldin
Muhammad Hazri Md Rashadi
Mohd Rosli Abd Wahab
Mohamad Shahril Bin Ahmad
Luqman Nulhakim Bin Jaafar
Mohyee Wardi Bin Hassan
Mohammad Sharizol Amin Bin Shari
Mohd Fadli Bin Wahab
Khairul Azlan Bin Mahamad Rohani
Mohd Saiful Nizam Mohd Zaibi
Hazalan Mohammad Bin Harun
Mohd Ridzuan Bin Abdul Rani
Mohd Izham Bin Ibrahim
Mohamad Najib Ahmad Radzi
Mohamad Aminuddin Abdul Rani

Tuesday, August 28, 2012

DEDAH KHAS !! INIKAH TALIBARUT ANWAR DI PUTRAJAYA ?!! FOTO !

Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Ampang selama ini berjaya DIBOGELKAN.

Individu tersebut bukannya lelaki, tetapi perempuan. Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini dari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila KANTOI dan DIBOGELKAN nanti.

Di bawah ini, d lampirkan sedikit maklumat mengenai dalang yang selama ini menjadi duri dalam daging di dalam Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan Pakatan Haprak membuat tuduhan salah terhadap Kerajaan dalam isu projek pembinaan LRT Ampang.



Nama individu terbabit Dato' Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementeriaan Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu memberikan projek tersebut kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Pihak Kementerian yang terlibat perlu mengenakan tidakkan tegas terhadap dalang-dalang yang menjadi tali barut Pakatan Haprak dalam Kerajaan seperti perempuan ini agar ia dapat memberi amaran kepada musang-musang Pembangkang yang masih lagi bersarang dalam Kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit Kerajaan.
 

Friday, July 1, 2011

Bersihkah BERSIH???

Kini S. Ambiga sekali lagi mencetuskan polemik yang nampaknya semakin menggigit jiwa rakyat. Pengumuman yang dibuat untuk meneruskan 'perhimpunan haram' sangat bertentangan dengan etika undang-undang negara. Jelas sekali Ambiga tidak keseorangan apabila munculnya 'penceramah bebas' yang kini ditampuk kerusi Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu sebagai penyokong kuat Ambiga. Selain itu juga, jawatankuasa BERSIH 2.0 terdiri dari Ketua Pemuda PAS K.L dan konco2 yang kita semua tahu mereka inilah 'udang disebalik mee'..

Dulu si Ambiga pernah naikkan api kemarahan orang-orang Islam apabila nak wujudkan IFC (kebebasan hak beragama) yg menyokong agar rakyat Malaysia berumur atas 18 tahun boleh memilih mana2 agama mereka yang mereka suka. Kemudian kes seorang bangsa India yang nak jadi 'lawyer syarie' dan tuntutan kes Lina Joy (orang islam) nak tukar agama ke Kristian. Sekarang perhimpunan BERSIH pulak. Nampaknya 'api' yang kecil semakin marak, sudah tak kenal mana asal-usulnya..sudah tak tahu apa yang dibakarnya!!!

Kini, Mat Sabu bukan lagi orang suruhan PAS..dia dah ade jawatan besar. Pada 1997, Mat Sabu pernah mengeluarkan 'fatwa' anwar al-juburi bila kes DSAI semakin kencang ketika itu. Tapi bila PAS dah 'berkahwin' dengan DAP dan PKR dalam rumah 'pakatan haram', Mat Sabu nak cuci dosa pada anwar sebab takut namanya tak tercalon dalam PRU13 atau tak tersenarai sebagai orang-orang penting anwar nanti, lalu dia nak jilat balik kahak2 yang pernah dikeluarkan dulu dengan bersetuju jadi 'balaci' Ambiga dalam perhimpunan BERSIH.

Nak kata PRU dah dekat, DS Najib dah bagitahu yang mandat untuk kerajaan sampai 2013. Biarpun ade bisik2 mengatakan tahun depan tapi DS Najib bukan tak reti pasal politik (umur 25 tahun dah pegang jawatan timbalan menteri) nak tentukan bila PRU akan diadakan. Tunggu lah kejayaan perancangan pembangunan, modal insan dan ekonomi baru lah PRU akan diadakan. Nak kata SPR tak adil, bagaimana pula 5 buah negeri yang jatuh ke tangan 'pakatan haram' dan hampir 21 tahun PAS boleh memerintah Kelantan?? Lalu, apa sebenarnya niat BERSIH..???


Monday, March 7, 2011

GAGASAN 1MALAYSIA PENCETUS TRANSFORMASI WAWASAN NEGARA

Ketika Dato' Seri Najib mengumumkan dasar Gagasan 1Malaysia, ramai yang tertanya-tanya mengapa perlunya 1Malaysia??? Bahkan slogan ini menjadi 'umpan' kepada puak2 pembangkang untuk memutar belitkan isu ini sehingga menggusarkan perasaan rakyat. Ianya semakin kusut apabila wujudnya suara2 halus dari pembangkang kenapa tidak ada 2Malaysia atau 3Malaysia..maka seperti biasa kedengaran hilai mengilai penyokong2 pembangkang bilamana mendengar ceramah dari 'tok karut' pembangkang. Pada suatu ketika, kejayaan PRK dilihat menyebelahi pembangkang kerana isu ini.

1Malaysia yang mentafsirkan identiti sebenar rakyat Malaysia kini menjadi 'idola' bahkan slogan tersebut telah berjaya menambat hati rakyat yang semakin yakin dengan kemampuan Perdana Menteri membawa negara ke era kemajuan disamping mengekalkan kemakmuran yang sangat harmonis. Sejak akhir2 ini, slogan 1Malaysia dilihat sebagai pencetus semangat dan kejayaan PRK kepada BN serta UMNO khususnya. 'Tok karut' yang berdondang tentang 1Malaysia hilang entah kemana tetapi semua rakyat sedia maklum mereka bukan sekadar hilang malah 'tebal muka' kerana sikap kebodohan mereka mempersendakan 1Malaysia menyebabkan pembangkang tidak terdaya menahan asakan ombak badai dalam PRK. Bak kata pepatah Melayu 'membujur lalu, melintang patah'..begitulah hebatnya penangan 1Malaysia.

Keangkuhan dan kebodohan kerajaan Selangor dalam isu 1Malaysia nyata telah memberi kesan kepada mereka. Rakyat yang melihat MB sebagai boneka kepada 'firaun2' semakin kuat perasaan benci mereka dan yang pastinya mereka akan terjemahkan dalam PRU13 nanti.

Sekalung tahniah atas dasar atau slogan 1Malaysia oleh Perdana Menteri serta agenda trasformasi negara seperti Plan Transformasi Politik dan Plan Transformasi Ekonomi Negara. Sama2 kita dokong perjuangan yang berteraskan untuk rakyat ini. Wsalam..