Sunday, August 30, 2009

Menjiwai 52 tahun kenikmatan sebuah Negara Merdeka!!!

1- Perjuangan yang penuh berliku, dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi oleh para pejuang negara suatu ketika dahulu merupakan hadiah kepada generasi bumi bertuah ini sekarang. Bukan sekadar harta mahupun tenaga yang terpaksa diserahkan tetapi nyawa juga menjadi taruhan. Bak kata pepatah ‘ membujur lalu, melintang patah’. Sesungguhnya hasil yang dinikmati oleh generasi hari ini sangat bermakna kerana kita berada di sebuah ‘Negara Berdaulat’.
2- Sungguhpun begitu, dalam menjadikannya sebagai kenyataan atau realiti bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh dan biasa-biasa kerana pelbagai halangan yang terpaksa dipikul bagi mencapai matlamat tersebut. Peristiwa-perisrtiwa seperti Bukit Kepong, pendudukan Jepun, Malayan Union, Gerila Komunis dan lain-lain telah menjadi titik tolak kepada asas perjuangan bangsa, agama dan tanah air tercinta. Selain daripada itu, campurtangan oleh pihak luar (British) dalam pergelutan untuk menjadikan negara bebas merdeka memberi kesedaran kepada anak bangsa bahawa tanah air ini patut ditadbir oleh anak bangsa sendiri dan kebebasan mutlak perlu dimiliki kerana bumi bertuah ini sudah lama menanggung beban sebagai hamba di mana kekayaan hasilnya dikuasai oleh bangsa asing. Keringat dan usaha yang digadai oleh anak bangsa (para pejuang) akhirnya berbayar dengan kemerdekaan yang dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957. Sebagai peringatan kepada generasi sekarang, tanah air tercinta ini mula dijajah pada tahun 1511 iaitu selama 446 tahun sebelum merdeka. Manakala kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini baru sahaja mencecah 52 tahun, bermakna kita masih lagi berhutang 394 tahun!
3- Walaupun begitu, negara kita yang dinamakan sebagai MALAYSIA bukan lagi sebauh negara yang boleh dikatakan sebagai “kecil-kecil anak” kerana pembangunan yang dilaksanakan dan kejayaan yang diraih bukan sekadar mencakupi atau merangkumi dalam negara malah kemasyuran itu terserlah di mata dunia (antarabangsa). Ini merupakan suatu kejayaan yang membanggakan kerana negara yang kecil dalam peta dunia dan baharu sahaja merdeka tetapi boleh terkenal diseluruh dunia. Usaha-usaha yang dirancang dan dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan negara dilihat sebagai langkah terbaik bagi kita untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Sebagai contoh pembangunan kemudahan asas dan kemudahan awam telah menampakkan hasil yang terbaik dengan wujudnya Putrajaya, Menara Berkembar KLCC, Lapangan Terbang Antarabngsa Kuala Lumpur (KLIA), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan yang sedia ada tampil sebagai pencetus pembangunan negara yang lebih menumpukan kepada aspek kemajuan ekonomi. Hakikat ini biasanya dinafikan oleh mereka yang cuba mengeksploitasi atau mengambil kesempatan terhadap kesungguhan kerajaan dengan menjadikan beberapa kelemahan kecil yang sepatutnya diperbaiki untuk menjadikannya sebagai jatidiri kemajuan negara, tetapi sebaliknya mereka memberi gambaran seolah-olah usaha kerajaan ini menidakkan peluang yang patut dimiliki oleh rakyat Malaysia.
4- Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sememangnya mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa. Penghormatan selaku Pengerusi Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Pengerusi Negara-Negara Berkecuali (NAM) membuktikan bahawa Malaysia merupakan pemacu utama dalam agenda dunia. Selain daripada itu, pendekatan kerajaan dalam mengekalkan kestabilan dan perpaduan rakyat melalui konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menjadikan Malaysia sebagai negara model kepada negara-negara lain dalam membentuk persefahaman yang kukuh disamping mengekalkan jatidiri kaum sedia ada tanpa wujudnya agenda-agenda terselindung.
5- Jika kita mendalami secara konsisten dan telus, kita akan mendapati selama 52 tahun kemerdekaan negara yang dikecapi banyak pencapaian terbaik pernah kita perolehi. Sebagai contoh, jika dahulu kemajuan dalam aspek pendidikan tidaklah boleh dibanggakan tetapi kini selain mempunyai universiti bertaraf dunia yang telah pun dipenuhi oleh anak-anak bangsa kita. Penguasaan pendidikan daripada bidang sastera, bahasa, ekonomi, sains, kejuruteraan, sosiobudaya, sukan, perniagaan, pertanian, komunikasi dan sebagainya telah pun dimiliki oleh anak bangsa kita pada hari ini. Dalam aspek perdagangan, kemajuan yang dicapai bukanlah bertaraf terbawah tetapi negara kita merupakan antara pengeluar minyak masak dan susu getah asli yang utama di dunia. Selain itu, perniagaan yang melibatkan antarabangsa dan pasaran saham telah melonjakkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada yang sepatutnya sebagai negara yang sedang membangun, ini membayangkan kepesatan ekonomi yang diraih oleh negara amatlah baik berbanding negara-negara serantau atau negara-negara membangun yang lain. Hasil usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan juga telah pun diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh negara luar kerana Malaysia merupakan antara negara paling ramai kemasukan pelancong asing untuk setiap tahun. Ini secara tidak langsung merupakan nilai tambah dalam menjana ekonomi negara.
6- Bantuan dan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat adalah telah melibihi dari yang sepatutnya seperti dana khas bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) selain mengangkat martabat golongan ini dengan melantik orang kurang upaya sebagai Senator Negara iaitu Allahyarham Prof. Tan Sri Ismail Salleh, bantuan khas kepada penduduk termiskin dan anak yatim, bantuan subsidi kepada petani dan nelayan, bantuan kewangan kepada usahawan kecil & sederhana, skim pinjaman kredit mikro dan Yayasan TEKUN, kenaikan gaji bagi pekerja pekhidmatan awam, pembinaan rumah-rumah ibadat (masjid) yang lebih selesa, subsidi minyak kenderaan dan kawalan harga barangan utama juga diberi subsidi. Mungkin pada pandangan kita serta cakap-cakap orang yang memesongkan kita bahawa seolah-olah kerajaan gagal membantu rakyat menangani masalah-masalah seperti harga minyak kenderaan dan harga barangan utama tetapi pernahkah kita terfikir bahawa bantuan kesihatan di hospital merupakan subsidi dari kerajaan, harga minyak kenderaan juga adalah subsidi kerajaan, jalanraya mahupun lampu-lampu di jalanraya adalah subsidi kerajaan, bantuan pendidikan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian secara percuma buku teks sekolah anak-anak kita adalah subsidi kerajaan dan sebagainya.
7- Sebagai negara yang semakin pesat membangun dan kemajuan dari sudut modal insan seharusnya kita janganlah terlalu leka serta alpa dengan segala kurniaan dan rahmat dari Yang Maha Kuasa sesungguhnya ia mungkin merupakan petunjuk atau dugaan-Nya. Kita haruslah bangkit melawan arus dan gelombang globalisasi yang tidak dapat tidak kita akan menghadapinya kerana cabaran yang semakin mendatang adalah sangat hebat serta kompetitif. Seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin gagah melangkah menuju ke mercu kemajuan di samping keharmonian dan perpaduan yang dipupuk oleh kerajaan melalui konsep toleransi yang dibina asas kukuh dengan ikatan kontrak social serta peranan yang dimainkan setiap kaum dalam bumi Malaysia. Tidak wujud dalam mana-mana Negara sebuah kerajaan yang ditunjangi oleh pelbagai kaum dan dapat mamacu kemakmuaran negara tanpa menggugat kestabilan Negara.
8- Benarlah kata pepatah ‘ikut hati, mati’ ‘ikut rasa, binasa’. Sebagai rakyat yang telah matang dan bertamadun kita seharusnya mempunyai tahap kematangan dan rasionalisasi yang tinggi untuk menilai sesuatu perkara tanpa melupai “wahyu dan sunnah”. Jadilah kita sebagai manusia yang mengenal erti syukur dan menjauhi dari sifat-sifat yang mana boleh membawa keburukan kepada diri sendiri, bangsa, agama dan negara. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 18, 2009

PAS: Rohaizat Dijadikan Isu

1- Sememangnya PAS ketandusan isu sehingga calon BN, Rohaizat Othman, terpaksa menjadi bahan cerita oleh PAS. Rohaizat seorang penasihat undang-undang syarie dan mempunyai firma guamannya sendiri dituduh oleh PAS sebagai seorang pengamal undang-undang yang gagal. Ini berikutan terdapat beberapa masalah teknikal antara beliau dan rakan perniagaannya sebelum ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ceramahnya semalam, beliau telah menghantar surat kepada Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang, Dato' Seri Zahid Hamidi untuk berdebat dengan beliau berkenaan status Rohaizat kerana menurutnya lagi ini penting untuk memilih seorang wakil rakyat.

2- Apa yang menghairankan banyak pihak ialah, semasa pilihanraya kecil Manek Urai yang lalu PAS telah meletakkan calon yang tidak mempunyai kriteria sebagai seorang pemimpin. Calon PAS yang menang di Manek Urai tempohari merupakan seorang peraih ikan dan tidak mempunyai kelayakan akademik untuk membantu dalam pengurusan sumber manusia serta tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam politik kenegaraan. Adakah beliau dilihat sebagai seorang yang berkelayakan? Mampukah beliau memacu perubahan untuk rakyat?

3- UMNO boleh membongkarkan kelemahan PAS di Selangor ataupun partinya secara keseluruhan. PAS di Selangor contohnya, mereka telah gagal dalam mempertahankan institusi Islam secara terang-terangan. Kegagalan dalam mempertahankan Selangor menjadi hab pusat penyembelihan babi terbesar di Asia Tenggara kerana beranggapan keuntungan akan diperolehi oleh kerajaan negeri. Selain itu, orang cina DAP sewenang-wenangnya masuk campur dalam hal ehwal Islam iaitu melibatkan isu arak dan PAS tidak mampu memberi reaksi yang diharapkan malah PAS boleh dikenakan tindakan tegas kerana tidak memberi kerjasama dalam pakatan haram rakyat. Sedang kedua-dua isu belum reda, isu pembinaan kuil hindu di seksyen 23 shah alam bangkit menerjah kepimpinan PAS. Kawasan yang majoriti orang melayu kini dilanggar oleh orang bukan melayu untuk didirikan kuil. Apa peranan PAS? Sekadar mahu buat 'flyers' dan kain rentang sebagai tanda bantahan.

4- PAS amat lemah dalam pentadbirannya, mereka hanya lantang dan kononnya kuat apabila berdepan dengan UMNO. Sedangkan peranan mereka dalam PR umpama 'lukut ditepi gantang'. Sanggupkah kita orang melayu beragama Islam melihat isu membabitkan bangsa dan agama diperalatkan semata-mata untuk kepentingan politik?

pemudagerik: UMNO mampu buat kejutan di P.Pasir, InsyaAllah.

3- Calon PAS, Salleh Man,

Monday, August 17, 2009

Gobalakrishnan cuba cetuskan ketegangan di penamaan calon Permatang Pasir

1- Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.
2- Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.
3- Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan. Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu. Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans.
4- Inilah kebiadaban pemimpin-pemimpin DAP, mereka sedaya-upaya akan mencetuskan pelbagai ragam bagi bertujuan menarik perhatian rakyat yang kononnya kerajaan itu kejam dan polis itu 'anjing kerajaan' yang zalim. Tidak puas dengan itu, dakwaan-dakwaan bahawa pihak polis berkasar dengan mereka seolah-olah hanya polis yang jahat sedangkan mereka sendiri cuba 'memprovokasi' supaya tindakan pihak polis membanteras sebarang unsur kekecohan seperti ganas. Tidak hairan selepas ini beliau akan membuat laporan polis dan memaksa kerajaan mengambil tindakan kononnya untuk mempertahankan Ahli Parlimen.
5- Pemimpin-pemimpin BN, khususnya mesti bertindak tegas terhadap orang-orang seperti ini. Sifat kurang ajar dan gangterisme mesti ditentang habis-habisan. Tindakan mereka tidak ubah seperti mencabar kerajaan dan mereka sememangnya tidak takut kerana telah dijamin oleh pengkhianat-pengkhianat melayu.
6- Apakah ini sebenarnya seorang pemimpin? Wahai pengundi-pengundi mahupun rakyat Malaysia sedarkah kita, kuasa yang ada pada orang-orang sebegini akan menghancurkan masa depan orang melayu ditanah airnya sendiri.
pemudagerik: Melayu jangan takut!!!

Sunday, August 16, 2009

Permatang Pasir: UMNO teruskan perjuangan.

Pilihanraya kecil (prk) kembali lagi, kini di DUN Permatang Pasir apabila wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Rahman telah meninggal dunia. Pilihanraya kecil ini diadakan bagi menuntut Perlembagaan supaya terdapat wakil rakyat disetiap DUN atau Parlimen.

Pada prk Permatang Pasir kali ini akan menemukan 2 orang calon. Rohaizat Otman, calon dari UMNO/BN dan Salleh Man dari PAS. Ini disahkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz. Bermula pada hari ini sehingga 24/8, kerja-kerja meraih undi akan dilakukan oleh kedua-dua parti dan pada 25/8 adalah hari pengundian. SPR telah menjelaskan agar pada prk tidak terdapat pondok panas bagi memberi keselesaan kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawabnya.


Rohaizat Othman merupakan bekas peguam syarie dan mempunyai firma guamannya sendiri. Berumur 38 tahun dan merupakan Setiausaha UMNO bahagian. Pencalonan beliau merupakan pilihan tepat dari UMNO/BN kerana melahirkan tokoh yang sangat dikagumi dan mendapat restu dari bahagian untuk menjadi calon pemuda.

Sementara itu, Salleh Man,52 tahun, merupakan seorang peniaga dan Pesuruhjaya PAS Negeri. Seorang graduan dari UM. Tidak pernah sebarang pertandingan dalam pilihanraya sebelum ini samada di peringkat parlimen atau DUN. Pemilihan beliau oleh PAS kerana PAS amat yakin dengan pengundi di situ yang menjadi kubu kuat PAS selepas tahun 1999 ekoran pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM.

Tuesday, August 11, 2009

Anwar Ohh Anwar..

Bila tiba waktu pilihanraya, Anwar Ibrahim akan menggunakan taktik menyerang dengan UMNO dengan membuat tuduhan-tuduhan liar supaya rakyat memberi perhatian kepadanya. Dengan cara ini, pandangan rakyat berhubung dengan masalah pembangkang akan sedikit lari.

Dalam laporan Malaysiakini, Anwar menyatakan UMNO semakin terdesak sehingga membuat tuduhan-tuduhan terhadap beliau. Dakwa Anwar lagi, UMNO menyebarkan propaganda terhadapnya dengan menyatakan beliau mengkhianati agama, bangsa dan institusi raja. Anwar jelaskan bahawa Pakatan 'haram' Rakyat memegang prinsip Perlembagaan.

Pelbagai persoalan timbul dengan reaksi Anwar tersebut. Mengapakah Anwar tidak berusaha untuk membantu Khalid (MB Selangor) dalam menyelesaikan isu-isu berhubung dengan arak, kandang babi dan penyelewengan dana oleh salah seorang wakil rakyatnya? Jika benar beliau mempertahankan Islam, mengapa beliau tidak mendesak Jeff Ooi untuk meminta maaf kerana menghina institusi Islam? Dalam kes liwatnya dengan Saiful, mengapa Anwar tidak membuat bersumpah seperti yang 'dinasihatkan' oleh Nik Aziz?

Anwar digelar 'pengkhianat bangsa' kerana tindakannya selama ini tidak sedikit pon mencerminkan sikapnya untuk membantu bangsa melayu. Bahkan dengan angkuh dan sombongnya dia berjuang untuk menghapuskan DEB yang kononnya telah menimbulkan kroni dan rasuah secara berleluasa. Sedangkan hakikatnya semua pihak tahu dan sedar DEB diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang-orang melayu bersaing dengan orang bukan melayu dalam perniagaan kerana sebelum wujudnya DEB, semua aktiviti perniagaan telah 'dikuasai' oleh orang bukan melayu.
Anwar juga dengan bangganya, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, tidak berlaku kenaikan harga petrol. Memang benar kerana pada masa itu, berapa banyak kenderaan digunakan berbanding pada masa kini. Namun Anwar gagal menjelaskan ketika itu beliaulah yang bertindak mengenakan cukai paling tinggi dalam sejarah. Sedangkan kita tahu sekarang kebanyakan cukai berkaitan rakyat telah dikurangkan dengan banyak walaupun terdapat beberapa masalah akibat 'terdapat beberapa syarikat cuba mengambil kesempatan'. Sewaktu Anwar jadi Menteri Kewangan jugalah, operasi syarikat perjudian semakin berkembang dan 'maju'. Adakah penyokong pembangkang tahu akan hal ini???
pemuda gerik: Lupakah Anwar siapa dalang yang cuba jatuhkan Tun Mahathir ( PM ketika itu)?

Sunday, August 9, 2009

PPSMI: Waspada Permainan Politik Pembangkang

1- PPSMI telah diputuskan oleh kabinet akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat dan bermula tahun 2012 akan digunakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia dan bahasa ibunda (cina dan tamil). Pengumuman yang dibuat oleh TPM yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin, telah memberi kelegaan kepada hampir 3 juta pelajar melayu di seluruh negara yang mana rata-rata menganggap kelemahan penguasaan bagi subjek matematik dan sains berpunca dari penggunaan bahasa inggeris sebagai medium pembelajaran. Namun begitu, pihak pembangkang juga berjaya 'menangguk air di keroh' dengan menyatakan bahawa kejayaan pemansuhan PPSMI adalah dari perjuangan mereka selama ini tanpa mereka ketahui bahawa terdapat berpuluh-puluh NGO sebelum itu telah lama memperjuangkannya. Kerana itulah mereka sempat memperdayakan rakyat semasa pilihanraya kecil yang lalu seterusnya memberi sedikit kelebihan untuk menang.
2- Walaupun terdapat beberapa individu, NGO dan PIBG sekolah yang tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana amat yakin dengan PPSMI sewajarnya boleh diguna pakai lagi terutama sekolah-sekolah kawasan bandar tetapi kerajaan yang telah mempertimbangkan dari semua aspek serta kajian yang dilakukan tetap dengan pendiriannya demi memastikan objektif Wawasan 2020 tercapai dengan jayanya. Dengan hal itu jugalah kerajaan tidak melaksanakan pengembalian pengajaran matemati dan sains kepada bahasa asal secara mendadak.
3- Namun begitu, pihak pembangkang terus-menerus memainkan peranan mereka secara 'zahir' atau 'batin' dengan cara mempengaruhi beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI untuk menentang pula keputusan kerajaan tersebut. Mereka menawarkan perkhidmatan secara terus dengan menggalakkan pihak-pihak tersebut untuk membuat bantahan yang agresif bagi memastikan seolah-olah kerajaan bertindak 'zalim' dan 'kejam'. Salah satu tindakan yang mereka lakukan ialah memberi kertas soal selidik kepada PIBG sekolah tersebut untuk menyatakan pendirian berkenaan PPSMI. Hasilnya di sekolah SMK Sri Hartamas, 97% menyokong PPSMI semula.

pemudagerik: Dimana pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan PPSMI dahulu, sebelum ini beriya-iya benar untuk menghapuskan PPSMI sehingga 'memaksa' golongan Saaterwan Negara menyertai demontrasi yang mereka anjurkan. Tetapi bila ada sesetangah pihak yang membantah pemansuhan PPSMI, mereka ini terus sepi dan 'menyorok'. Adakah semua ini atas dasar konspirasi politik semata-mata.

Saturday, August 8, 2009

Apa Nasib PAS & Hassan Ali di Selangor?

Saya dah katakan sebelum ini, Dr Hassan Ali sebenarnya bersendirian. Mana pembelaan untuk beliau? Apakah yang beliau lakukan tidak mendapat restu PAS Pusat? Semalam lebih malang."Kita sebenarnya telah menjangkakan sesuatu yang positif (pengumuman oleh Menteri Besar)... tapi...," kata Roslan Shahir, Ketua Penerangan PAS Selangor. Bukan sekadar itu sahaja, kini bagaikan wujud perbalahan terbuka yang berlarutan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor. Apa tidaknya, keadaan bercelaru itu ditambah tegang apabila DAP semalam menuntut supaya diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Ini berikutan Hassan Ali meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai Exco Selangor, baru-baru ini. Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata tindakan Hasan Ali dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil". Ini diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan Pas mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media. "Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua di pejabat DAP Selangor semalam. DAP memiliki hubungan yang baik dengan Pas di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional. Pua berkata DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin. Minggu lalu, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam. Ekoran tindakan itu, Hasan Mohamed mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu. Roslan berkata pihaknya sebenarnya telah mengharapkan penyelesaian positif daripada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang membuat pengumuman tengah hari tadi. Roslan Shahir menambah, PAS Selangor akan mengkaji kenyataan Menteri Besar sebelum mengeluarkan pendiriannya.
(hambali1.blogspot.com)
pemudagerik: PAS jadi 'bola' tendangan DAP dalam Pakatan 'haram' Rakyat, dimainkan ikut suka hati takde pengadil dan takde peraturan. Inilah ceritanya bilamana PAS membisu dalam kes kandang babi. Tan Sri Khalid 'langsung tidak bijak' dan 'penakut' dalam kenyataan atau reaksi sehingga mengatakan SEMUA INI BUKAN ISU. Baguslah kalau macam tu reaksi MB, yang teraniaya terus ditindas dan yang menganiaya terus menindas.