Thursday, December 31, 2009

SEDARLAH MELAYU!!!


LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin. Idea Hadi itu ditolak.
SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis. Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama, sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut 'political animal'. Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan atau dalam konteks gagasan perpaduan, MELAYU. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud. Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan.
Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz. Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu. Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi. Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.
Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang. Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.
Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain, UMNO dicercanya sebegitu rupa. Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis. "UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu. "Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.
Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini. Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental. Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah. Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.
Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya. Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.
Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu. Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah.
Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali. Sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam. Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air." "… tapi untuk merealisasinya bukan mudah.
Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya. "Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat. Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.
pemudagerik: Perjuangan UMNO yang dikatakan sebagai membela umat melayu, ya benar. Tetapi bukan bersifat assabiyah seperti kata Nik Aziz kerana orang-orang Melayu menurut perlembagaan negara adalah orang-orang Islam jua. Perlu diingatkan juga bahawa 'PAS BUKANNYA ISLAM, ISLAM BUKANNYA PAS'. PAS adalah parti politik yang memperjuangkan kepentingan politik dengan menjadikan Islam sebagai 'batu loncatan'. UMNO menggunakan kepentingan politik demi memartabatkan Islam!

Monday, December 28, 2009

Guan Eng: Disiasat Akta Hasutan


Persoalannya siapa pembunuh Teoh Beng Hock???

Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan semasa berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat bahawa Teoh Beng Hock mati akibat dibunuh. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa kertas siasatan telah dibuka dan beberapa saksi yang mendengar ucapan tersebut dipanggil untuk memberi keterangan. Pada hakikatnya, Guan Eng sepatutnya tidak memberikan sebarang kenyataan sesuka hati kerana kes tersebut masih lagi dalam inkues di mahkamah. Tetapi seperti biasa, Guan Eng yang langsung tidak takut dengan undang-undang negara Malaysia akan bertindak sewenang-wenangnya.

Asalnya, Teoh Beng Hock, Setpol Exco Selangor, dipanggil sebagai saksi untuk membantu siasatan kes salah guna kuasa seorang exco kerajaan negeri Selangor. Beliau juga memberi jaminan kepada SPRM untuk kembali dengan membawa beberapa dokumen yang dianggap penting dalam siasatan tersebut. Selesai siasatan, Teoh dikatakan telah menghubungi seseorang dan bertindak berehat di bangku luar bilik siasatan. Pada keesokan harinya, dia didapati mati setelah dikatakan terjatuh di bangunan SPRM. Pada fikiran kita adakah dia dibunuh atau terpaksa membunuh diri?? Pada masa kini, mahkamah sedang dalam proses inkues terhadap kes tersebut tetapi Guan Eng telah pun mengaku bahawa Teoh telah dibunuh. Ini seterusnya merungkai bahawa jika benar Teoh dibunuh, maka siapa dalang pembunuhnya?? Jika di negara Jepun misalnya, seseorang yang taat setia dalam sesebuah kumpulan atau pertubuhan kongsi gelap, perkara membunuh diri adalah perkara biasa kerana mereka berpegang pada sumpah yang telah dibuat. Jika mereka ditahan oleh pihak berkuasa atau kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang lain, mereka akan membunuh diri bagi mengelakkan sebarang RAHSIA DAPAT DIBONGKAR!

pemudagerik: Harap pihak polis akan mengambil tindakan yang keras kepada mereka yang tidak hormat pada undang-undang negara. "ADAKAH MEREKA INI BUKAN WARGANEGARA??"

Wednesday, November 18, 2009

SELADANG.NET UMPAMA PARTI POLITIK


Apabila melayari komuniti rasmi Kelab Penyokong Maya Bolasepak Perak, Seladang.net tak ubah seperti sedang membaca blog-blog politik. Memang membosankan apabila membaca komen-komen yang ditulis seolah-olah ia dikendalikan oleh seseorang yang kuat politik. Jika ini tiada pembahruan, bagaimanalah pula dengan pasukan Perak musim hadapan. Harapan tinngi menggunung diletakkan di atas bahu pemain-pemain muda dan juga jurulatih barunya, Raja Azlan Shah. Tetapi pentadbirannya 'hancus', kewangan yang 'nazak' dan wujudnya 'tikus-tikus politik' yang menjadi penumpang dalam persatuan hanya akan membawa lebih banyak kehancuran sahaja.

NIZAR ANGKUH DENGAN JAWATAN PRESIDEN PERAK F.A

Pemain dan pegawai Persatuan Bolasepak Perak menderita dengan masalah yang semakin 'tenat' dihadapi oleh persatuan. Ini kerana kantong kewangan yang susut dengan mendadak akibat kegagalan pihak majlis tertinggi dan pengurusan mentadbir dengan baik. Yang agak menghairankan kedatangan penonton tidaklah seteruk yang dialami oleh pasukan-pasukan yang berstatus kelab atau kelompok pasukan yang bertanding di Liga Perdana. Malah pada saat-saat perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia yang lalu jelas menampakkan kesetiaan penyokong skuad Seladang dan boleh dikatakan agak ramai memandangkan rakyat Perak masih lagi memberi sedikit harapan kepada 'skuad muda' kendalian M.Karathu.

Sebagai langkah terakhir, beberapa pemimpin utama serta penyokong2 setia skuad Seladang berjumpa dan meminta jasa baik MB Perak, Dato' Seri Zambry, membantu Perak FA mengatasi masalah kewangan tersebut. Dato' Seri MB, dengan perasaan yang sangat kecewa dengan masalah tersebut meminta agar kepimpinan Perak FA segera membuat rombakan yang sedia ada untuk memberi laluan kepada mereka yang benar2 layak dan bijak dalam pentadbiran sukan. Beliau juga sedia memberi kerjasama penuh dan bertekad akan membantu Perak FA.

Namun, Nizar selaku Presiden Perak FA ketika ini, dengan lantang mengkritik Dato' Seri MB kononnya mahu merampas kerusi Presiden daripada dia. Dia juga tidak mahu berganjak dari kerusi yang memerlukan komitmen yang tinggi seorang tokoh yang boleh mentadbir dengan baik dan memahami sukan bolasepak dengan mendalam. Dia dengan sombongnya mahu kerajaan negeri memberi bantuan kewangan sepertimana kerajaan negeri di bawah bekas MB, Dato' Seri Tajol Rosli, tanpa melepaskan jawatannya. Dia mengambil contoh Tan Sri Anuar Musa yang berupaya membawa pasukan Kelantan dan Kelatan FA ke tahap tertinggi hasil daripada bantuan kewangan kerajaan negeri. Ini jelas satu pembohongan dan penipuan yang paling bodoh kita dengar kerana TS Anuar bergerak bukan kerana bantuan kerajaan negeri Kelantan sebaliknya beliau mempunyai minat yang amat tinggi mengenai bolasepak, memahami pentadbiran dengan efisyen dan mempunyai 'networking' dengan tokoh-tokoh kenamaan negara. TS Anuar bergerak atas kakinya sendiri, beliau menggerakkan pentadbiran Kelantan FA dengan suasana kerja yang mantap dan menggunakan segala kelebihan yang ada pada diri beliau untuk memartabatkan Kelantan FA. Kerajaan negeri Kelantan tidak pernah ambil tahu dengan apa yang berlaku pada bolasepak Kelantan (selama 20 tahun mentadbir negeri), mereka hanya mengambil kesempatan pada perlawanan akhir sahaja. Sebagai contoh, pada perlawanan akhir Piala FA mereka hanya memberi RM30 ribu dan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 09 barulah imbuhan tersebut 'naik sedikit'.

Nizar perlu mencontohi TS Anuar jika mahu Perak FA dan 'politik dirinya' naik. Bukan menuding kepada sesiapa atas kelemahan diri sendiri. Jika tidak tahu bagaimana nak tadbir sebuah badan sukan, jangan ambil jawatan, jika dah ambil..letak jawatan! Nizar yang kita tahu bukanlah seorang peminat sukan kerana sebelum dia menjadi Presiden Perak FA, beliau bukanlah sesiapa dalam arena sukan negeri atau negara. Hatta di dalam PAS sendiri pun, dia belum pasti pernah jadi pengerusi lajnah sukan. Dia dipilih menerajui Perak FA kerana pada masa itu dia adalah MB dan anggapan pemimpin2 dalam Perak FA dia mampu membawa Perak FA ke arah lebih baik kerana kononnya dia mampu. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila dia hanya menumpukan kepada 'politiking' dan agenda2 perkauman sahaja.

FAM pada bulan Oktober 2009 yang lalu telah pun mengisytiharkan Perak antara pasukan2 yang tidak boleh bertanding dalam Liga Malaysia (Liga Super) kerana gagal mencarumkan KWSP pemain2 nya yang mana ini adalah syarat wajib bagi setiap pasukan yang mahu mendaftar untuk bermain pada musim hadapan. Tetapi apa yang menjadi persoalan, kenapa setiap kali perlawanan di stadium, penyokong yang hadir agak ramai juga? Mungkin ada yang masuk 'free'? Siapa?? Jadi, kepada Nizar..jika tak mampu menanggung tanggungjawab, janganlah beban yang kamu pikul. Berundurlah sebelum rakyat Perak semakin membenci kamu!

Thursday, October 29, 2009

Pakatan Rapuh bikin kecoh!


Kronologi gelagat ADUN Pembangkang..
7.30am : Berkumpul di dalam bangunan DAP di depan Bangunan SUK Perak.
7.55 am : Pegawai Khas kepada Ngeh turun ke bawah membeli sarapan pagi.
8.30 am: PAS meminta penyokong-penyokongnya sembahyang hajat di atas jalanraya, depan
bangunan DAP. Tujuan untuk memusnahkan orang2 yang tidak sokong islam.
10.00 am: Berkumpul di depan Bangunan SUK, meminta semua penyokong untuk berkumpul.
10.20 am: Sivakumar dipakaikan jubah Speaker dan bergerak ke Bangunan SUK.
10.30 am: Sivakumar dihalang oleh pihak polis kerana memakai jubah speaker sedangkan beliau
bukan lagi speaker yang sah. Sivakumar mengamuk dan memaki hamun polis. ADUN
PR yang lain buat bising seolah-olah Sivakumar dibelasah oleh polis.
11.00 am: Berjalan ke Dewan DUN setelah menandatangani kehadiran di buku kehadiran.
12.30 pm: Masuk ke Dewan DUN yang berhenti berehat. Buat sidang 'DUN' sendiri, Sivakumar
bercakap dari meja wakil rakyat. Nizar seolah-olah membentangkan bajet 2010.
1.30 pm: Ketika Speaker, R. Ganesan memberi arahan agar Dewan DUn dihormati, ADUN2 ini
terus bercakap dan membuat bising. Kata2 'bubarkan dun' dan 'speaker haram'
dilontarkan kepada Speaker.
2.00 pm: Ketika Sidang DUN hendak bersambung, ADUN2 pembangkang keluar dewan.

pemudagerik: Pemimpin yang bijaksana akan bertindak seperti orang bijak dan berkata dengan perkataan yang bijak. Tetapi jika pemimpin itu bukan dari kalangan orang2 bijak maka ia kelihatan seperti orang bodoh sombong dan gila kuasa.

Sunday, October 25, 2009

Sidang DUN Perak: Pembangkang atur strategi

1- Sidang bajet DUN Perak akan dibentangkan pada 28 Oktober ini (Rabu) selaras dengan tanggungjawab kerajaan untuk menyatakan bajet pada tahun 2010. Sidang bajet ini adalah kali pertama setelah kerajaan BN kembali menjadi pemerintah di negeri Perak.

2- Dalam laporan Malaysiakini, Nizar awal-awal lagi telah menyatakan kegusarannya dengan menuduh kerajaan BN menyediakan 15 orang 'samseng' yang ditugaskan untuk membelasah ADUN PR bukan beragama islam. Beliau yang hanya mendengar dari mulut ke mulut memberitahu, lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji). Ini jelas satu kaedah penipuan untuk menakutkan rakyat bahawa kerajaan BN Perak adalah kerajaan samseng.

3- Selama ini rakyat juga sedar bahawa yang menjadi samseng dalam dewan adalah terdiri dari ADUN-ADUN PR sahaja, mereka bukan hanya menengking serta memaki hamun, malah menghentak meja, mencabut mikrofon dan juga makan di meja dewan. Ini ternyata helah pembangkang demi menutup kesalahan mereka yang mana kebanyakan meraka ini tidak tahu apa itu peraturan dewan.

4- Nizar juga tidak perlu berbohong berkenaan isu samseng ini kerana sebelum ini mereka telah pun menyediakan samseng khas yang datangnya dari PAS iaitu 'komander baju merah'. Mereka ini telah diupah untuk menjadi pengawal khas kepada setiap tindakan pembangkang samada semasa demontrasi atau pilihanraya. 'Komander baju merah' juga terdiri daripada remaja yang di bawah umur di mana mereka boleh jadikan alasan jika sesuatu masalah berlaku sebagai contoh, jika ahli bawah umur 'komander baju merah' ini ditangkap, maka polis bertindak zalim kerana menahan remaja bawah umur. Itulah taktik yang paling kotor dan keji.

5- Rakyat sudah muak dengan permainan dan gaya politik bodoh pembangkang. mereka hanya mahu melihat sebuah kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan bukan hanya pandai berlakon dalam dunia retorik politik pembangkang. Dalam suasana ekonomi yang tidak begitu baik diseluruh dunia, pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat seharusnya memainkan peranana penting dengan menjana idea-idea yang bijaksana untuk terus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

pemudagerik: Pakatan 'haram' Rakyat akan memanggil wartawan dari luar negara bagi menunjukkan kepada dunia bahawa seksanya politik di Malaysia. Tahniah kerana menipu!

Sunday, October 18, 2009

Isa Samad 'jagoan' Bagan Pinang

1- Sebelum pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, namanya telah pun menjadi sebutan bagi masyarakat tempatan sebagai orang yang paling layak bertanding mewakili calon BN. Walaupun terdapat suara-suara lain yang mahukan calon kawasan itu diberikan kepada individu-individu lain tetapi hasrat orang tempatan yang mahukan TSIS terus menabur bakti tidak boleh dipertikaikan. PRU-12 yang lalu, beliau tidak bertanding bukan kerana tidak layak dari sudut perlembagaan tetapi atas prinsip keikhlasan perjuangan parti, beliau taat setia dengan hukuman penggantungan sebagai ahli selama 3 tahun kerana dikaitkan dengan kesalahan politik wang.

2- Setelah disahkan oleh BN bahawa TSIS akan menjadi calon prk Bagan Pinang, PAS dengan segera melancarkan gerakan yang biasa digunakan mengikut situasi politik iaitu mendedahkan keburukan calon, TSIS. Segala tohmahan seperti pemimpin rasuah, kronisme dan 'lembik' sehingga ada juga fitnah-fitnah yang jelas tidak masuk akal terus dilemparkan oleh PAS bagi mempengaruhi rakyat tempatan. Setiap malam, mereka akan menerobos ke ceruk-ceruk kampung untuk tujuan fitnah itu. Dalam ceramah-ceramah mereka, PAS menggunakan taktik yang amat jijik selain memburukkan calon, mereka juga telah melancarkan jihad fisabilillah kepada UMNO atas alasan UMNO bukan islamik seperti mereka (yang hanya pada nama). PAS juga terus memburu pengundi-pengundi pos yang dikatakan tertakluk kepada hak kerajaan memerintah yang mana mereka lupa bahawa terdapat 2000 pengundi pos telah mengundi mereka pada pru12 yang lalu.

3- Hukuman Allah swt terhadap PAS dilihat semasa hari pengundian dilakukan, walaupun PAS sedaya upaya menggerakkan pelbagai provokasi menakutkan rakyat yang bertujuan untuk menghalang rakyat keluar mengundi tetapi sebanyak 85% pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing. TSIS, calon BN telah diumumkan menang prk Bagan Pinang menewaskan Pesuruhjaya PAS Negeri, Zulkefly Mohd. Omar dengan majoriti 5435 undi iaitu lebih 110% majoriti pada pru12 yang lalu. Terdapat 3 sebab utama yang membuatkan TSIS menang besar dalam prk tersebut. Pertama- rakyat tempatan amat mengenali TSIS dan jasanya selama lebih 22 tahun sebagai MB Negeri Sembilan. Kedua- rakyat tempatan menolak 'orang luar' yang hanya mahukan kuasa politik tetapi bukan untuk berkhidmat untuk rakyat. Ketiga- Pengundi pos hilang keyakinan kepada pembangkang yang seolah-olah tidak menghormati pendirian mereka terutama yang telah memberi undi semasa pru12 yang lalu.

pemudagerik: Gerak kerja pemuda umno negeri sembilan memang 'mantop'. Terima kasih kerana telah memberi kerjasama kepada pemuda gerik. Tahniah!!!