Monday, May 25, 2009

Tok Guru Nik Aziz Bercakap Tak Serupa Bikin

1- Tuduhan Nik Aziz yang menyatakan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry adalah 'MB Mahkamah' jelas memperlihatkan bahawa Nik Aziz kini tidak lagi relevan dalam dunia politik rasionalisasi. Beliau bukan sahaja tidak mengetahui keadaan sebenar tetapi beliau terus memeberi sesuatu pandangan tanpa merujuk kepada fakta yang sebenar. Mungkin kerana itu jugalah kita dapati bahawa terdapat pro-nik aziz dan pro-hadi awang dalam pucuk pimpinan PAS yang telah mencetuskan suasana yang tegang dalam isu pemilihan pada akan datang. Sbilangan penyokong-penyokong PAS melihat Nik Aziz tidak lagi mampu memberi pandangan yang menjurus ke arah modenisasi PAS dalam arus politik globalisasi tetapi pandangan Nik Aziz hanyalah bersifat 'pandangan politik kedai kopi'. Nik Aziz yang dilantik sebagai Marsyidul Am ( penaung/penasihat) cuba bertindak mencampuri urusan kepimpinan PAS yang nyata menghasilkan kekalutan politik yang tidak stabil terhadap PAS.

2- Datuk Seri Dr. Zambry terpaksa menjelaskan situasi yang sebenar dan membetulkan kenyataan salah yang dibuat oleh Nik Aziz. "Di sini saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu, proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum". Jadi siapa yang sepatutnya patut digelar MB Mahkamah? Bukankah Nizar sebelumnya telah memenangi di mahkamah Tinggi tempoh hari? Nik Aziz patut menyelidiki mengapa Nizar bersungguh-sungguh mahu memenangi jawatan MB Perak di mahkamah tetapi terus mengumumkan mahu berjumpa Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN. Apa muslihat disebaliknya. Jika semata-mata untuk rakyat, mengapa mahu melepaskan jawatan? Mengapa tidak mempertahankan jawatan jika memenangi jawatan MB? Jelas Nik Aziz tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku dalam politik negeri lain selain Kelantan. Jika benar PAS mahu memperjuangkan negara, mengapa hanya di Kedah dan Kelantan sahaja tidak wujud Pakatan Rakyat?

No comments: