Wednesday, March 3, 2010

WAKIL RAKYAT DAN AHLI PKR KELUAR PARTI. TANDANYA??

Fenomena beberapa orang wakil rakyat (mungkin ada lagi) dan ahli-ahli PKR keluar dari landasan perjuangan reformasi dan demokrasi untuk Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa kesedaran telah hadir disaat DSAI mencanangkan bahawa dia sedang mendapat kepercayaan dari masyarakat luar.

Salam dihulurkan kepada Ahli Parlimen yang telah sanggup berkorban demi perjuangan mereka iaitu 'Berkhidmat Untuk Rakyat' walaupun hanya sebagai wakil rakyat bebas. MP Datuk Seri Zahrain (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai). Salam perjuangan juga kepada barisan bekas ahli-ahli PKR yang lain spt Ezam M.Noor (bekas ketua angkatan muda keadilan nasional/setiausaha politik DSAI), Anuar Shaari (bekas setiausaha sulit DSAI), Datuk Salehudin Hashim (bekas setiausaha agung pkr), Zahid Mat Arip (bekas naib ketua amk pkr/cucu kpd allahyarham Tun Ghafar Baba), M. Fairuz Khairudin (bekas ADUN Penanti/Timb.Ketua Menteri 1 P.Pinang) dan yang lain-lain.

Apa yang dapat disimpulkan, perjuangan PKR bukanlah perjuangan nasionalis mahupun untuk agama, bangsa dan negara. PKR hanyalah tempat bagi DSAI dan konco-konconya meraih simpati rakyat. Mereka ini tergolong dalam kelompok manusia yang mementingkan kepentingan politik peribadi berbanding kepentingan rakyat.

DSAI sedang bergelumang dengan kes liwatnya, hilang kepercayaan daripada 'orang kuat' serta pengikut2nya, isu tuduhan sebagai 'boneka' paksi luar dan kegagalan DSAI dalam membela nasib rakyat yang memerlukan 'keadilan'.

DSAI hanya perlu mengenepikan tohmahan-tohmahan (yang tidak dapat dijawabnya lagi) dilemparkan kepada dia jika mahu diberi kepercayaan oleh rakyat lagi
1- benarkah dia tidak meliwat saiful?
2- mengapa dia tidak berani membuat sumpah laknat?
3- siapakah sebenarnya Michael Danby, ketua rombongan MP australia yang membantah kes liwatnya?
4- siapakah Bob Brown, MP australia yang membantah kes liwatnya?
5- siapakah Asil (penasihat media DSAI untuk luar negara)???