Thursday, July 30, 2009

Konspirasi atau Apa???

Chua Jui Ming bekas Naib Presiden MCA letak jawatan dan masuk PKR.
Subramaniam bekas Naib Presiden MIC letak jawatan dan masuk PKR.

Setelah mereka berkuasa dan diberi keistimewaan dalam Barisan Nasional sehingga mereka menjadi pemimpin tetapi kerana sikap mereka yang ditolak oleh ahli parti mereka sendiri maka dengan jalan mudah mereka keluar dari Barisan Nasional. Inikah sebenarnya sikap seorang pemimpin?

UMNO seharusnya sedar akan agenda orang-orang seperti ini kerana mereka keluar dari BN bukan sahaja membawa diri mereka sendiri tetapi dengan pengikut-pengikut setia masing-masing. Jangan butakan hati, pekakkan jiwa. Nanti yang tergadai anak bangsa. Mereka tidak rugi apa-apa jika UMNO kalah dan musnah, yang mereka tumpukan bagaimana nak capai kuasa.

pemudagerik: Harap Tok Najib faham situasi ini...!

Tuesday, July 28, 2009

Chua: Suatu Penghinaan

Setelah BN memberinya kuasa sebagai Ahli Parlimen Bakri (Johor) selama hampir 17 tahun dan menjadi Menteri Kesihatan selama 9 tahun, Chua Jui Ming yang telah 2 kali tewas dalam pertandingan merebut kerusi Presiden MCA bertindak keluar dari BN dengan menyertai Pakatan Pembangkang. Tindakan beliau mengundang pelbagai persoalan, sejauh manakah kesetiaan orang-orang cina terhadap BN? Kerana tindakan beliau keluar parti mesti membawa agenda tersendiri dan bersama pengikut-pengikutnya.

Kenyataan yang Chua beri terhadap Perdana Menteri, menampakkan kebiadaban terhadap perjuangan BN yang membela nasib semua kaum tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti masing-masing. Dengan jelas, beliau menuduh PM Malaysia terlalu banyak kuasa termasuklah institusi dan parlimen serta parti-parti komponen BN. Kenyataan ini seolah-olah beliau meletakkan kegagalan beliau dalam merebut jawatan Presiden MCA kepada PM. Sedangkan banyak bahagian tidak menyokong beliau kerana beliau selama ini hanya bergantung dengan ihsan parti dan sokongan daripada individu tertentu bukan atas kredibiliti beliau sebagai ahli politik.

pemudagerik: sokong dengan Tun Mahathir "Kaki dalam kasut".

Friday, July 24, 2009

Melayu: Pro-ISA vs Anti-ISA

Tanggal 1 Ogos 2009 bakal tersingkap sejarah yang tidak pernah berlaku dalam bumi bertuah ini. Demontrasi besar-besaran berkenaan dengan Akta ISA yang diguna pakai oleh kerajaan bagi menahan dan menghalang individu2 yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah yang boleh memudaratkan orang awam seperti tali barut komunis, penjenayah yang dikehendaki pihak antarabangsa seperti al-qaeda atau jemaah islamiah dan pemberontak2 yang menghuru-harakan negara. Namun kononnya atas semangat perjuangan dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang mahukan keadilan yang sewajarnya serta melindungi hak asasi manusia, gerakan untuk memaksa kerajaan membubarkan ISA yang dinaungi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diketuai oleh 'presiden'nya, Syed Ibrahim Syed Noh, mengisytiharkan demontrasi besar-besaran pada tarikh tersebut. Selain GMI, dari laporan malaysiakini.com juga menyatakan terdapat 83 NGO turut sama akan berarak dari pusat bandar KL ke Istana Negara yang mana mereka akan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong DYMM Tuanku Mizan.

Walaubagaimanpun, demontrasi tersebut bukan sahaja akan menjadi medan kepada GMI untuk berdemontrasi untuk menghapuskan ISA tetapi secara 'kebetulan' melibatkan sebuah badan yang bergelar Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) yang bersama-sama 10 NGO yang terus memberi sokongan kepada kerajaan untuk mengekalkan ISA demi kepentingan keselamatan negara. Pewaris digambarkan sebagai 'pengacau' dan 'pencetus' huru-hara kerana melaksanakan demontrasi pada hari yang sama. Keadaan ini memaksa GMI meminta satu pasukan keselamatan 'haram' dikenali sebagai Unit Amal PAS untuk memastikan keselamatan dan suasana keadaan aman dan lancar. Unit Amal PAS juga digelar sebagai 'komando PAS' atau 'uniform merah' sudah awal-awal lagi kita ketahui bahawa mereka sentiasa gagal dalam menangani kekecohan termasuklah di pilihanraya kecil. Mereka ini tidak terlatih dan tidak diiktiraf sebagai badan pengawal keselatan malah unit ini disertai oleh individu-individu yang tidak bekerja tetap malah mempunyai rekod disiplin yang 'agak teruk'.

Jika dilihat kepada motif dan tujuannya dapatlah kita lihat GMI cuba membentuk satu gelombang yang bermotifkan politik semata-mata. Kita semua sedar dan yakin bahawa GMI didalangi oleh parti-parti politik yang berkepentingan dalam melihat kepada sisitem pertahanan negara sebagai senjata untuk menanam benci rakyat kepada kerajaan. Dahulu kita akui terdapat ramai orang-orang melayu yang ditahan di ISA atas berbagai kesalahan jenayah namun telah dibebaskan apabila kajian oleh pihak pertahanan negara bahawa individu tersebut tidak lagi menjadi ancaman kepada negara. Namun, sejak akhir-akhir ini tahanan ISA biasanya terdiri daripada orang-orang bukan melayu yang berjuangan atas tiket pertubuhan haram seperti HINDRAF. Selain itu, ada individu yang ditahan atas faktor mencetuskan huru-hara yang bersifat perkauman dan permainan politik yang boleh menjejaskan ketenteraman orang awam. Beberapa orang ahli PKR juga pernah ditahan sebelum ini kerana dengan sengaja mencetuskan situasi bahaya kepada orang awam.

Sedar atau tidak, kita orang-orang melayu sebenarnya telah terperangkap dengan jaring yang dipanggil sebagai 'HAK ASASI MANUSIA' dan ianya telah berjaya 'mensyabukan' beberapa orang melayu yang sepatutnya boleh memperjuangkan bangsa mereka tetapi memilih untuk menentang kerajaan yang pada hakikatnya sebenarnya telah memberi 'ruang' atau 'jalan' yang seluas-luasnya untuk kita dipijakkan kepala dan terus dihina sebagai bangsa yang mudah diperdaya. Permainan politik yang berteraskan kepada pemusnahan bangsa juga telah lama dipraktikkan di negara-negara lain apabila UMAT ISLAM digelar sebagai "PENGGANAS atau PENJENAYAH ANTARABANGSA". Inilah ang cuba mereka terapkan dalam sisitem pemerintahan negara dan secara dasarnya ianya telah menampakkan hasil yang boleh dikatakan hampir 50%. Mungkin 50 tahun lagi, negara kita ini tidak akan damai sebegini malah lebih teruk dan lebih musnah dari Iraq mahupun Palestin.

pemudagerik: Di mana Pemuda UMNO??? Oooo sibuk dengan mesyuarat rupanya.....

Tuesday, July 21, 2009

Sultan Azlan: Peranan raja melebihi peruntukan perlembagaan

Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah bahawa adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan.Peranan sebenar raja pemerintah, titah baginda, jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan.

Sultan Azlan titah demikian ketika merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan anjuran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini, lapor Bernama.

Titah baginda, pengekalan institusi Raja bukan sekadar memenuhi nilai sejarah dan nilai sentimental bangsa.Sebaliknya, titah baginda, Raja mempunyai peranan untuk memastikan keberkesanan mekanisme semak dan imbang yang dapat membantu memperkukuh institusi demokrasi."Selaku ketua negara, Raja berperanan sebagi tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Secara tersirat, pengekalan institusi Raja adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan berpaksikan Melayu di tanah air warisan bangsa. "(Ini merupakan) peranan, tugas dan tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (dan) demikian juga Raja-raja Melayu yang digariskan berlandaskan konsep Raja Berperlembagaan.

"Ini bermakna Raja-raja ada kuasa dan tanggungjawab kenegaraan yang berlandaskan undang-undang namun Beta pernah mengingkatkan bahawa Raja Pemerintah adalah Raja Pemerintah, sama ada secara mutlak atau secara berperlembagaan," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah perbezaan antara yang satu tidak memiliki batasan kuasa, sedangkan kuasa yang satu lagi berpandukan perlembagaan, tetapi adalah satu kesilapan untuk menganggap kuasa Raja sama dengan Presiden yang tertakluk semata-mata kepada perlembagaan."Peranan sebenar seorang Raja Pemerintah itu jauh mengatasi apa yang tersurat di dalam Perlembagaan," titah baginda.

Baginda turut bertitah semangat utama yang tersirat di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan adalah untuk membangunkan sebuah negara merdeka yang stabil, aman, bersatu padu dan makmur, yang akan dicapai melalui ikatan perpaduan dan penyatuan di antara warga yang berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa.

"Perlembagaan itu digubal sedemikian rupa bagi menjamin berlakunya keadilan, memberikan perlindungan secara saksama baik kepada yang kuat mahupun yang lemah, baik kepada kumpulan majoriti mahupun kepada kumpulan minoriti, baik kepada orang yang memerintah mahu yang diperintah, baik yang melindungi Raja begitu juga yang melindungi rakyat," titah baginda.

Titah baginda lagi, telah tercapai kata muafakat bahawa setiap warga Malaysia itu terjamin diberikan perlindungan secara adil - secara saksama, terpahat kesediaan mengakui hakikat bahawa anak peribumi itu amat jauh ketinggalan daripada segi pencapaian sosio ekonomi, kekayaan, penguasaan harta dan kemahiran.

Oleh itu, baginda bertitah bahawa kebimbangan peribumi perlu difahami dan untuk itu orang Melayu demikian juga bumiputera diberikan jaminan melalui peruntukan-peruntukan tertentu yang memberikan mereka keistimewaan. "Pada masa yang sama orang bukan Melayu yang telah berhijrah ke bumi ini, yang memperlihatkan kesetiaan kepada Raja dan negara, yang mengamalkan sikap ,"di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung", diberikan perkenan untuk diterima sebagai rakyat Malaysia," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah Perlembagaan Persekutuan dihasilkan atas semangat rundingan, persefahaman, hasrat untuk membina penyatuan rakyat, dengan matlamat membina sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.Demi keamanan dan kesejahteraan negara, rakyat hendaklah disemaikan dengan budaya kehidupan yang berlandaskan kepada semangat Perlembagaan - semangat yang menghormati undang-undang serta institusi penguatkuasa undang-undang, titah baginda.

Baginda mengingatkan jika prinsip asas itu tidak dipatuhi lagi dan mahu diketepikan kerana pengaruh budaya luar yang cuba diserapkan, dikhuatiri negara akan terheret kepada satu anarki."Akhirnya kelangsungan sejarah negara bangsa, keamanan dan kesejahteraan akan tinggal sejarah," titah baginda.

pemudagerik: Sepatutnya hakikat ini diketahui oleh semua rakyat dan tidak diperbodohkan oleh pemimpin yang tamakkan kuasa..Daulat Tuanku!

Tuesday, July 14, 2009

Keputusan Manek Urai : UMNO tidak kecewa

1- Dengan perbezaan 65 undi majoriti telah menidakkan keinginan hampir 10,000 orang rakyat untuk melihat pembangunan dan kemajuan di DUN Manek Urai sekali lagi. Rata-rata mereka (yang tidak dapat mengundi) sangat kecewa dengan kemenangan PAS kerana menganggap PAS akan meneruskan tradisi lama iaitu hanya membiarkan aspek pembangunan fizikal malah tidak langsung berusaha untuk membantu golongan rakyat yang miskin atau susah. Sebaliknya hanya bersandiwara atas nama Islam dengan cara menanamkan perjuangan benci, fitnah dan hinaan.

2- Tuan Aziz, calon BN, yang menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka menganggap kekalahan itu mungkin mempunyai hikmah disebaliknya dan beliau memberi jaminan akan terus menabur bakti serta tenaganya sedaya upaya untuk membantu rakyat Manek Urai. Namun beliau juga bersyukur kerana hasil keputusan tersebut menunjukkan sokongan rakyat terhadap UMNO/BN semakin meningkat berbanding keputusan PRU-12 yang mana majoritinya lebih kurang 1000 undi. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengundi beliau, petugas-petugas pilihanraya dari UMNO mahupun komponen BN dan pihak penguatkuasa yang telah menjalankan tugas dengan amat baik.

pemudagerik: Rakyat perlu bijak memilih pemimpinnya kerana pemimpin yang berilmu akan memimpin ke arah kemajuan dan kesajateraan rakyat dan generasinya. Jangan nanti 'menang sorak, kampung tergadai'.