Monday, March 7, 2011

GAGASAN 1MALAYSIA PENCETUS TRANSFORMASI WAWASAN NEGARA

Ketika Dato' Seri Najib mengumumkan dasar Gagasan 1Malaysia, ramai yang tertanya-tanya mengapa perlunya 1Malaysia??? Bahkan slogan ini menjadi 'umpan' kepada puak2 pembangkang untuk memutar belitkan isu ini sehingga menggusarkan perasaan rakyat. Ianya semakin kusut apabila wujudnya suara2 halus dari pembangkang kenapa tidak ada 2Malaysia atau 3Malaysia..maka seperti biasa kedengaran hilai mengilai penyokong2 pembangkang bilamana mendengar ceramah dari 'tok karut' pembangkang. Pada suatu ketika, kejayaan PRK dilihat menyebelahi pembangkang kerana isu ini.

1Malaysia yang mentafsirkan identiti sebenar rakyat Malaysia kini menjadi 'idola' bahkan slogan tersebut telah berjaya menambat hati rakyat yang semakin yakin dengan kemampuan Perdana Menteri membawa negara ke era kemajuan disamping mengekalkan kemakmuran yang sangat harmonis. Sejak akhir2 ini, slogan 1Malaysia dilihat sebagai pencetus semangat dan kejayaan PRK kepada BN serta UMNO khususnya. 'Tok karut' yang berdondang tentang 1Malaysia hilang entah kemana tetapi semua rakyat sedia maklum mereka bukan sekadar hilang malah 'tebal muka' kerana sikap kebodohan mereka mempersendakan 1Malaysia menyebabkan pembangkang tidak terdaya menahan asakan ombak badai dalam PRK. Bak kata pepatah Melayu 'membujur lalu, melintang patah'..begitulah hebatnya penangan 1Malaysia.

Keangkuhan dan kebodohan kerajaan Selangor dalam isu 1Malaysia nyata telah memberi kesan kepada mereka. Rakyat yang melihat MB sebagai boneka kepada 'firaun2' semakin kuat perasaan benci mereka dan yang pastinya mereka akan terjemahkan dalam PRU13 nanti.

Sekalung tahniah atas dasar atau slogan 1Malaysia oleh Perdana Menteri serta agenda trasformasi negara seperti Plan Transformasi Politik dan Plan Transformasi Ekonomi Negara. Sama2 kita dokong perjuangan yang berteraskan untuk rakyat ini. Wsalam..