Wednesday, May 27, 2009

DAP CUBA MELEPASI UNDANG-UNDANG

1- Demontrasi haram yang dianjurkan oleh DAP di Ipoh tempoh hari jelas menunjukkan parti tersebut tidak menghormati undang-undang ketenteraman awam di negara ini. Kebiadaban yang cuba ditunjukkan atas alasan mencari 'demokrasi sebenar' nyata menimbulkan pelbagai persoalan, apa sebenarnya yang benar-benar yang dimahukan oleh DAP? Jika benar DAP berusaha kononnya mahukan DUN Perak dibubarkan, mengapa hanya DAP yang dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini. Terdapat juga beberapa wakil rakyat dari PKR dan seorang dari PAS begitu ghairah menyatakan DUN Perak patut dibubarkan. Ini menjadi persoalan pokok kepada rakyat Perak khususnya..adakah terdapat agenda lain?

2- Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, dengan angkuh dan sombongnya menggelarkan pihak polis sebagai "POLIS RAJA DI MALAYSIA". Kenyataan itu dibuat setelah beberapa orang wakil rakyat pembangkang yang terdiri dari DAP dan PKR telah ditahan oleh pihak polis kerana melanggar peraturan negara iaitu mengadakan demontrasi haram tanpa mendapat permit dan kebenaran pihak berkuasa sehingga mengganggu ketenteraman awam! Bilamana pihak polis membiarkan demontrasi itu berlaku dan terdapat beberapa pergaduhan kecil atau vandalisme maka mereka akan menyatakan bahawa pihak polis gagal mengawal keadaan dengan selamat tetapi jika pihak polis mengambil tindakan menahan mereka-mereka yang tidak mematuhi undang-undang mereka akan menggelarkan pihak polis dengan pelbagai gelaran! Ngeh juga mendakwa pihak polis menahan orang awam dengan sesuka hati tanpa menghiraukan hak asasi manusia..? Adakah demontrasi haram yang jelas mengganggu keteteraman awam bertujuan menjaga hak asasi manusia atau menjaga hak kepentingan politik mereka?

3- Rasanya pihak polis dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan sudah lama memerhatikan gelagat pihak DAP yang selama ini ibarat "diberi paha nak betis pula". Mereka seolah-olah tidak menghiraukan hak asasi orang awam yang lain. Tanpa mereka sedari tindakan yang mereka lakukan itu seumpama "mencurah minyak ke dalam api". Mereka hanya fikir merekalah yang lebih arif dan bijak pandai dari orang-orang lain sehingga mereka lupa terdapat lebih ramai bijak pandai yang ada diseliling meraka dan orang-orang yang mampu mengahalang mereka tanpa bantuan pihak polis!!! Sedarlah sebelum terlambat..

Tuesday, May 26, 2009

Wajarkah Chin Peng Dibawa Kembali?

1- Episod duka rakyat Tanah Melayu yang hidup sengsara di bawah kekuasaan Komunis dan kerakusan Chin Peng masih belum reda, lukanya masih berdarah dan peritnya masih belum sembuh. Kini seorang ANAK MELAYU yang digelar Mat Amin cuba membawa sejarah hitam itu ke dalam masyarakat melayu yang generasi mudanya rata-rata mudah dipengaruhi oleh fakta-fakta palsu jika amat-amat buta sejarah. Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Mat Amin? Mungkinkah merasakan dirinya seorang pejuang sejati atau sekadar mahu menarik perhatian masyarakat serta pemimpin untuk meraih simpati mahupun pangkat/darjat?

2- Chin Peng menubuhkan Parti Komunis Malaya hasil dari gerakan parti politik di China yang menggunakan ideologi komunis iaitu membentuk sebuah negara yang autokratik dan secara jelasnya jauh tersimpang dari ajaran Islam iaitu menguasai orang lain dengan cara paksaan. Kerana itulah anak-anak melayu yang berjaya ditarbiahkan oleh penggiat-penggiat komunis dijadikan 'tali barut' pertubuhan haram itu. Mereka diasuh, dididik dan dilatih dengan alasan kononnya untuk menghapuskan 'orang putih' di Malaya (ketika itu). Untuk mencapai matlamat tersebut, slogan "matlamat menghalalkan cara" digunakan termasuklah merompak, membunuh, merogol, membakar rumah-rumah orang melayu dan sebagainya. Istilah tersebut juga digunapakai oleh beberapa parti politik sekarang cuma mereka tidak menggunakan kekerasan fizikal sebaliknya agenda mereka tertumpu kepada fitnah, maki-hamun, menuduh orang lain rasuah, propaganda menghina parti lain, menggunakan saluran media untuk memburukkan orang lain dan sebagainya. Inilah yang dikatakan sebagai idealogi komunis!

3- Chin Peng dikenakan hukuman yang sangat ringan berbanding dengan jenayah-jenayah yang dilakukan. Tinggal dalam buangan ini biasanya dikenakan kepada pesalah-pesalah yang melakukan jenayah ringan beberapa kali tetapi Chin Peng berjaya memperolehinya. Parti Gerakan cuba berlagak angkuh dengan mendesak kerajaan Malaysia untuk membenarkan Chin Peng dibawa kembali ke Malaysia atas alasan kemanusiaan. Sedar atau tidak itulah antara perjuangan DAP! Oleh itu, parti Gerakan harus berfikir secara rasional dan tidak membatasi hak-hak dalam perpaduan BN. Mengapakah isu membawa pulang Chin Peng menjadi agenda sesetengah pihak? Mungkinkah mereka mempunyai ikatan yang rapat dengan beliau?

pemudagerik: Jika benar Chin Peng dijadikan perwira oleh pihak-pihak berkepentingan jangan lupa sejarah pahlawan-pahlawan Melayu masa lalu. Ingatlah nama-nama Dato' Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Tun Perak dan lain-lain yang menjadi darah daging keturunan bangsa melayu!

Monday, May 25, 2009

Tok Guru Nik Aziz Bercakap Tak Serupa Bikin

1- Tuduhan Nik Aziz yang menyatakan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry adalah 'MB Mahkamah' jelas memperlihatkan bahawa Nik Aziz kini tidak lagi relevan dalam dunia politik rasionalisasi. Beliau bukan sahaja tidak mengetahui keadaan sebenar tetapi beliau terus memeberi sesuatu pandangan tanpa merujuk kepada fakta yang sebenar. Mungkin kerana itu jugalah kita dapati bahawa terdapat pro-nik aziz dan pro-hadi awang dalam pucuk pimpinan PAS yang telah mencetuskan suasana yang tegang dalam isu pemilihan pada akan datang. Sbilangan penyokong-penyokong PAS melihat Nik Aziz tidak lagi mampu memberi pandangan yang menjurus ke arah modenisasi PAS dalam arus politik globalisasi tetapi pandangan Nik Aziz hanyalah bersifat 'pandangan politik kedai kopi'. Nik Aziz yang dilantik sebagai Marsyidul Am ( penaung/penasihat) cuba bertindak mencampuri urusan kepimpinan PAS yang nyata menghasilkan kekalutan politik yang tidak stabil terhadap PAS.

2- Datuk Seri Dr. Zambry terpaksa menjelaskan situasi yang sebenar dan membetulkan kenyataan salah yang dibuat oleh Nik Aziz. "Di sini saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu, proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum". Jadi siapa yang sepatutnya patut digelar MB Mahkamah? Bukankah Nizar sebelumnya telah memenangi di mahkamah Tinggi tempoh hari? Nik Aziz patut menyelidiki mengapa Nizar bersungguh-sungguh mahu memenangi jawatan MB Perak di mahkamah tetapi terus mengumumkan mahu berjumpa Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN. Apa muslihat disebaliknya. Jika semata-mata untuk rakyat, mengapa mahu melepaskan jawatan? Mengapa tidak mempertahankan jawatan jika memenangi jawatan MB? Jelas Nik Aziz tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku dalam politik negeri lain selain Kelantan. Jika benar PAS mahu memperjuangkan negara, mengapa hanya di Kedah dan Kelantan sahaja tidak wujud Pakatan Rakyat?

Husam Musa : Jangan Persendakan UMNO Demi Jawatan

1- Kenyataan orang sudah terbayang kerusi no.2 dalam PAS ""Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia." Tambah beliau , "Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang". Sudah terang lagi bersuluh, inilah realiti sebenarnya pemimpin PAS. Mereka berselindung dengan nama agama dan memburukkan UMNO bagi mendapat sokongan pengundi masing-masing.

2- Jika kita sedar dan insaf, kita akan melihat dengan lebih mendalam dengan mata hati. Jangan kita leka dan lalai dengan apa yang diperjuangkan dengan PAS. Hakikatnya PAS bukan sahaja memesongkan pemikiran umat Islam dalam konsep perjuangan Islam sebenar malah mereka mengamalkan rasuah yang lebih teruk dan dahsyat berbanding UMNO iaitu rasuah duniawi dan rasuah ukhrawi. Rasuah duniawi mereka telah dibongkarkan sendiri oleh Pengerusi Dewan PAS yang menyatakan "terdapat unsur-unsur rasuah dalam pemilihan kepimpinan PAS kali ini, kerana itu kita melihat ramai yang berminat merebut jawatan-jawatan utama berbanding tahun-tahun dahulu". Rasuah ukhrawi pula kita boleh melihat terdapat usaha-usaha peraih-peraih undi PAS semasa menjelangnya setiap kali pilihanraya, " UNDI PAS MASUK SYURGA, UNDI BN (UMNO) MASUK NERAKA". Bukankah itu rasuah yang paling nyata dusta kerana urusan syurga dan neraka hak Allah SWT.

Friday, May 22, 2009

Pilihanraya Kecil: BN akan bertanding di DUN Manik Urai, Kelantan?

1- Salam takziah diucapkan atas pemergian ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob (6o thn) dari UMNO khususnya dan BN khasnya. Walaupun kita bukan satu bumbung dalam berpolitik tetapi sebagai umat Islam kita sedar kita adalah seagama dan itu adalah hakikat yang tidak dapat dipisahkan. Biarlah hal politik hanya menjadi sebahagian dari keperluan dari perjuangan kita dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui ideologi masing-masing.

2- Jika di DUN Penanti, BN mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerana beberapa sebab iaitu tidak mahu membazirkan wang rakyat, tidak mahu mengikut jejak permainan politik pihak pembangkang yang tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat yang perlu diutamakan dan tidak mahu mencampuri urusan pihak pembangkang yang kucar-kacir dalam memburu kuasa politik semata-mata (perletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah). Mungkinkah BN akan bertanding di DUN Manik Urai akan terjawab apabila PM, Dato' Seri Najib akan kembali dari lawatan kerjanya nanti. Ini kerana DUN Manik Urai kosong kerana sebab yang munasabah.

3- BN amat positif untuk bertanding kerana sebelum ini, PRK yang lalu menunjukkan BN dapat menawan beberapa kerusi pada 2004-2007 di Kelantan. Rakyat Kelantan juga sedar bilamana setiap kali menjelang PRU, terdapat sebilangan besar rakyat tempatan tidak dapat balik mengundi kerana terdapat usaha-usaha untuk menghalangnya walaupun kerajaan pusat memberi bantuan yang secukupnya. Kita sedang menunggu reaksi Majlis Tertinggi BN bermesyuarat dan membuat keputusan.

MB PERAK : MAHKAMAH RAYUAN MEMBUAT KEPUTUSAN

1- Tepat pada jam 3.30 petang (22/5/09), Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Dato' Raus Sharif bersama-sama tiga orang lagi hakim telah memutuskan bahawa Dato' Dr. Zambry sebagai MB Perak yang sah!

2- Keputusan yang dibuat setelah kesemua hakim tersebut mengambil kira Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang memutuskan bahawa Sultan berhak melantik Menteri Besar jika sesuatu parti atau komponennya mempunyai majoriti kerusi di DUN, menurut fasal 16 (6) pula ialah Sultan berhak melantik Menteri Besar yang baru jika MB yang lama telah hilang kelayakan dalam DUN tanpa mengambilkira peruntukan undi tidak percaya. Selain itu, Sultan Perak juga telah bertindak betul apabila memanggil kesemua ADUN BN + Bebas yang bersetuju untuk membenarkan BN memerintah negeri Perak.

3- Barisan Nasional sangat bersikap rasional dan profesional dalam menurut peruntukan undang-undang dan perlembagaan. Walaupun sebelum ini, jika BN boleh membuat protes terhadap kerajaan campuran (Pakatan Rakyat) namun BN tidak berbuat demikian kerana tahu tidak ada dalam peruntukan perundangan untuk menghalang sesuatu parti bergabung dengan parti-parti yang lain untuk membentuk kerajaan campuran. Hakikatnya rakyat harus sedar bahawa Pakatan Rakyat hanya wujud di negeri Perak, Selangor dan P.Pinang. Mengapa di Kelantan dan kedah tidak wujud?

pemudagerik: Pakatan Pembangkang @ pakatan rakyat akan berusaha untuk menuntut hak di Mahkamah Persekutuan pula selepas ini. Sebelum itu, akan wujud konspirasi untuk memburukkan dan menjatuhkan integriti hakim-hakim mahkamah tersebut nanti. Adakah ini yang dinamakan sebagai demokrasi tulen yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Pembangkang? Terdengar juga Pakatan Pembangkang akan membawa isu ini ke Pertubuhan Parlimen Komanwel, untuk apa? Siapa dalang disebaliknya? Kita tunggu dan saksikan..!!!

Thursday, May 14, 2009

BN Perak Tidak 'Melatah' Dengan Keputusan Mahkamah

1- Keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah telah diterima oleh para pemimpin BN dengan terbuka kerana menganggap keputusan tersebut dibuat atas beberapa fakta yang diberikan oleh pihak pembangkang (PR). Namun pada keesokan harinya, pihak DS Zambry telah membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan Nizar sebagai MB kerana terdapat beberapa fakta yang akan dapat mengukuhkan DS Zambry sebagai MB yang sah memandangkan terdapat dokumen-dokumen berhubung Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang perlu diambilkira.

2- Setelah mendapat keputusan mahkamah tinggi, Nizar terus sahaja memberitahu kepada para wartawan yang beliau akan segera berjumpa dengan Tuanku Sultan untuk memohon memperkenankan pembubaran DUN. Ini sekali lagi jelas menunjukkan bahawa Nizar amatlah naif tentang undang-undang negara. Umum sudah mengetahui bahawa Sidang DUN Perak telah dirasmikan, maka Nizar sepatutnya membawa perkara ini kepada Sidang DUN terlebih dahulu. PR sebenarnya sudah tahu bahawa mahkamah tinggi akan menyebelahi mereka, kerana itulah mereka bersungguh-sungguh mahu menangguhkan sidang DUN pada 7/5/09 yang lalu. Tujuannya supaya Sivakumar terus menjadi speaker dan merestui keinginan Nizar untuk membubar DUN. Namun selepas Sidang DUN telah dirasmikan, maka Nizar terpaksa membawa usul ini untuk mendapat persetujuan dari semua ADUN Perak terlebih dahulu.

3- Polemik politik ini terjadi seolah-olah ada yang tidak kena dengan kepimpinan PR. Nizar dan wakil rakyat PAS atau PKR tidak boleh membaca pergerakan halus oleh parti gabungan mereka. Percayalah, jika pilihanraya dun Perak dilaksanakan. Jika PR menang, akan berlaku masalah politik yang lebih serius akan berlaku dan apa yang paling mustahak untuk Nizar ketahui ialah beliau bukan calon yang akan dilantik sebagai MB Perak! Fikirlah dengan bijak mengenai strategi politik, jangan kita hanya gila pada kuasa seperti kata pepatah "menang sorak. kampung tergadai".

Friday, May 8, 2009

Pakatan Rakyat memalukan Sidang DUN Perak!!

1- Perasmian Sidang DUN Perak yang sepatutnya diadakan pada jam 9.00 pagi telah ditangguhkan kira-kira 5 jam kemudian. Raja Dr. Nazrin Shah amat kesal dengan kejadian ini kerana ia melibatkan pemimpin-pemimpin rakyat. Agak memalukan bagi rakyat perak khususnya kerana dengan secara jelas terdapat segolongan pemimpin yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati perlembagaan negeri. Kehangatan mengenai peristiwa ini berlaku sejak minggu yang lalu apabila mahkamah mendapati MB Perak bersama-sama exconya berhak hadir ke Sidang DUN kerana mendapati tidak terdapat apa-apa perkara yang boleh disabitkan kesalahan kepada mereka. Namun, Sivakumar (bekas speaker) yang bertindak menggantung MB Perak dan barisan exconya tidak berpuas hati lalu memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan untuk menangguh Sidang DUN. Permohonan beliau tidak mendapat perkenan Sultan kerana menganggapnya sebagai bukan keperluan sedangkan rakyat memerlukan kerajaan negeri yang sah untuk pelbagai urusan. Sehinggalah pada hari Sidang DUN, pemimpin dan penokong PR telah berkumpul di Bangunan SUK Perak bagi membuat huru-hara agar Sidang DUN dapat ditangguhkan.



2- Setelah pemilihan Sidang DUN dirasmikan, BN dan wakil rakyat Bebas telah membuat undian tidak percaya kepada Sivakumar sebagai speaker dan melantik R.Ganesan (bekas ADUN Sungkai) untuk menjadi speaker yang baru. Sivakumar yang tidak berpuas hati terus mengomel dan memprotes sehingga dilihat hilang fokus untuk sesi persidangan. R.Ganesan beberapa kali meminta Sivakumar untuk memberi perhatian terhadap sidang DUN namun tidak diendahkan Sivakumar, oleh itu R.Ganesan meminta Sivakumar untuk keluar 'berehat seketika' tetapi Sivakumar enggan keluar sebaliknya mempertikaikan kuasa speaker baru itu. Maka, bentara yang menjaga sidang DUN terpaksa memujuk Sivakumar untuk mematuhi dewan mulia. tersentak dengan itu, Sivakumar cuba melawan dan bertindak menolak bentara sehingga terjadinya beberapa kekecohan. Selepas Sivakumar keluar, speaker telah menangguhkan sidang DUN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.



3- Hasil pemerhatian dan penelitian, dapatlah disimpulkan bahawa sebahagian ADUN PR tidak memahami secara jelas konsep dan peraturan Dewan Undangan Negeri. Mereka menganggap Sidang DUN seperti mesyuarat 'bawah pokok'. Mereka langsung tidak tahu bagaimana tatasusila untuk menghormati dewan dan kepimpinan. Malah mereka juga sudah membuat perancangan yang rapi untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Selepas Sivakumar keluar, beliau bersama ADUN PR yang lain terus membuat sidang akhbar yang mempunyai tulisan 'malu' dan membuat laporan polis. Mereka juga merancang untuk membuat laporan kepada SUHAKAM dan Persatuan Parlimen Komanwel bagi menceritakan betapa buruknya Barisan Nasional. Mereka juga telah merakam dan meng'edit' beberapa rakaman untuk dijadikan bahan bukti. Inilah wajah PR yang sebenarnya...

Friday, May 1, 2009

Hina dan Keji Apabila Anak Bangsa Menghina Bangsanya

1- Terkedu seketika apabila membaca artikel dalam blog malaysiakini tulisan Hishamudin Rais. Dia seorang penulis yang baik tetapi apa yang ditulisnya amatlah tidak baik. Mungkin orang-orang begini bangga dengan apa yang ditulisnya. Dia menulis dari apa yang difikirkannya betul dan benar. Orang sebegini biasanya tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang ditulis dan tidak peduli apa kesan hasil tulisannya. Jika dibaca dengan intonasi yang betul, jelas mendapati seolah-olah bangkai haiwan lebih bersih dari hatinya.

2- Penulisan yang menghina manusia lain umpama memakan daging manusia yang lain itu. Itulah hati dan jiwanya. Artikelnya yang bertajuk "kesetian kepada upah, bukan raja!" dan "anak muda tidak tergila-gilakan raja" boleh diumpamakan zionis melayu. Apa yang ditulisnya adalah satu pembohongan yang paling dahsyat dan amat-amat keji. Orang melayu yang mempertahankan institusi raja-raja melayu tidak ada sikap mengambil upah untuk menyokong raja dan tidak sesekali menghormati raja kerana keturunannya semata-mata. Bangsa melayu tahu batas-batas dalam menghormati rajanya dan tidak sesekali melanggar sumpah derhaka kepada pemerintahnya. Dia mungkin tidak kisah tidak mempunyai raja kerana dia hanya memuja 'che guevera' yang kononnya hebat dalam pemikirannya. Hebat sangatkah yang dipujanya itu, sehingga tidak ada contoh lain yang paling hebat. Inilah yang dikatakan sebagai agen pemikir barat yang sudah tentu sesat dalam penilaian kerohaniannya.

3- Bangsa melayu amat malu dengan kewujudan orang seperti ini. Dia seolah-olah menghina bangsa melayu dan bukan seperti orang berbangsa melayu yang tahu keluhuran peribadinya. Dia hanya menulis untuk kontroversi dan wang!. Janganlah dihati orang-orang melayu mempunyai jatidiri seperti ini kelak anak bangsa yang rugi. Jangan jadi munafik! Hanya nama dan keturunannya melayu tetapi jiwanya memuja orang-orang kafir yang tidak mahu mengakui yang Maha Esa. Sudahlah dengan momokan bahawa pemikr barat itu hebat dan istimewa kerana kita berpaksikan kepada syahadah. Ingatlah apa yang kita tulis pada hari ini akan terkesan kepada kita kemudian hari. Semoga dia insaf dan sedar bahawa menulis itu juga satu dakwah, berdakwahlah kepada kebenaran dan keilkhlasan untuk agama, bangsa dan negara.