Tuesday, June 30, 2009

Manik Urai: Anwar memulakan fitnahnya

1- Belum pon sempat tarikh hari penamaan calon dilkasanakan, Anwar Ibrahim yang kita tahu berprofil tinggi dalam episod-episod dendam dan fitnah telah memulakan langkahnya. Ini dinyatakan sendiri oleh Anwar sewaktu menghadiri prosiding untuk mendengar pertuduhan ke atas beliau berkenaan kes liwatnya di Putrajaya.
2- Dengan nada 'sopan' Anwar menyatakan BN akan menggunakan strateginya dengan memfitnah Nik Azizi berkenaan dengan kenyataan Nik Aziz yang memfatwakan UMNO sebagai pengamal ajaran sesat dan lebih komunis dari komunis! Inilah yang dikatakan sebagai akhir zaman apabila orang-orang yang berkata dusta diangkat sebagai ulamak.
3- UMNO/BN bukannya hendak memburukkan Nik Aziz yang tengah berserabut memilih Anwar atau Hadi tetapi mempertahankan kebenaran dan haknya. Benarkah dakwaan Nik Aziz itu? Dari mana fakta yang diperolehinya? Mungkin DAP..kerana PAS tidak lagi berslogankan membangun bersama Islam tetapi MAJULAH NEGARA BERSAMA DAP..
4- Memang benar dan rasional jika kita lihat Nizar sewaktu jadi MB Perak hanya tahu mendengar dan menurut perintah DAP. DAP cakap bubar DUN, Nizar pun cakap. DAP cakap UMNO punca kehancuran politik di Perak, Nizar turut cakap. Alahai Nizar, acam 'kaduk naik junjung'.

Tuesday, June 23, 2009

KHALIFAH PAS DIANAKTIRIKAN

1- Isu kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Hadi Awang nampaknya bukan sahaja menaikkan amarah Nik Aziz malah dijadikan peluang kepada puak-puak yang gemar mengambil kesempatan dalam dunia politik. Puak-puak ini berjaya mempengaruhi minda 'tok guru' untuk membenci UMNO sehingga Nik Aziz dalam temubual dalam TV3 menyuruh Timb. Presiden PAS untuk letak jawatan dan masuk UMNO. Memang kelakar dalam dunia politik sempit PAS itu, mereka tidak membicarakan hal-hal kepentingan bangsa, agama atau negara tetapi lebih fokus kepada 'self-politicis' sahaja. Namun berang Nik Aziz sedikit kendur selepas 'dinasihatkan' oleh Anwar Ibrahim yang terus menjaga kepentingan DAP dalam pembangkang.

2- Untuk membuktikan Pakatan pembangkang terus kukuh, mereka akan mengadakan perhimpunan besar-besaran tanpa motif yang relevan. Mereka ingin menyatakan bahawa pakatan mereka ini kukuh dan kerajaan perpaduan tidak akan berlaku. Memang itulah taktik pakatan, PAS yang mengusulkan kerajaan perpaduan kemudian mereka akan menjelaskan UMNO yang bersungguh-sungguh nakkannya. Budak sekolah rendah pon boleh berfikir tentang taktik 'bodoh' seperti itu. UMNO/BN tidak pernah mengeluarkan hasrat untuk bergabung menjadi kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya bersedia mendengar cadangan PAS kerana negara kita mengamalkan 'sistem demokrasi tulen'.

3- Menjelang pilihanraya kecil Manik Urai pada Julai ini, poster Hadi Awang tidak akan digandingkan lagi bersama Nik Aziz kerana isu kerajaan perpaduan. Ini juga adalah desakan dari Kelab Penyokong PAS Kelantan (bukan Islam)yang tidak mahu mana-mana pemimpin PAS yang menyokong cadangan tersebut terlibat dengan pilihanraya tersebut. Nampaknya orang-orang cina sudah berjaya menerobos prinsip-prinsip perjuangan PAS. PAS tidak lagi mendengar cadangan dari pemimpin-pemimpinnya atau orang-orang melayu tetapi lebih bersikap 'politik liberal' yang jauh tersimpang dari perlembagaan sebenarnya.

pemudagerik: Manoharan, bekas tahanan ISA (hindraf), meminta pertubuhan NGO untuk orang-orang melayu (PERKASA) agar diharamkan dengan alasan boleh menakutkan orang-orang bukan melayu jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang semakin kurang ajar. Hindraf adalah pertubuhan haram yang bergerak secara haram dibumi Malaysia cuba mengajar orang melayu supaya hormat kepada mereka. 'api yang kecil jangan disemarakkan'!!!

Monday, June 15, 2009

NIZAR: BIADAP DAN MEMUALKAN..

1- SUDAH TERANG LAGI BERSULUH INILAH SEBENARNYA YANG DIMAHUKAN OLEH RAKYAT MASAKINI. MEREKA TIDAK MEMPERDULIKAN KETOKOHAN DAN KEBIJAKSANAAN DALAM MEMILIH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR MAHU MEMPERJUANGKAN RAKYAT SERTA MEMAHAMI UNDANG-UNDANG. HAKIKAT INI DAPAT DILIHAT APABILA NIZAR DAN BEBERAPA ORANG KUAT (DAP, PAS, PKR) BERLAGAK ANGKUH DAN SOMBONG APABILA HADIR PADA SESI PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT DENGAN MEMAKAI LILITAN KEPALA TERTULIS "BUBAR DUN". INI MENGGAMBARKAN MENTALITI NIZAR SEPERTI 'ANAK KECIL TERLEPAS SUSU', BELIAU SEOLAH-OLAH SUDAH LUPA KEPADA KEPERLUAN BELIAU DIPILIH SEBAGAI AHLI PARLIMEN YANG AKAN MEMBELA NASIB RAKYAT TERUTAMA DI BUKIT GANTANG.

2- SEHARUSNYA RAKYAT SEMUA SEDAR AKAN DALANG DISEBALIK KEMAHUAN PAKATAN RAKYAT YANG MAHUKAN DUN PERAK DIBUBARKAN. BUKAN KERANA HENDAK MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT TETAPI MEMENANGI HATI BANGSA-BANGSA TERTENTU SAHAJA. ORANG MELAYU DI PERAK SUDAH LUPA AGAKNYA APABILA NIZAR BERSETUJU UNTUK MENYERAHKAN TANAH 999 TAHUN KEPADA PENDUDUK CINA SEDANGKAN ORANG MELAYU SEBAHAGIANNYA MASIH LAGI MENDAPAT TARAF 99 TAHUN TETAPI TIDAK DIPERJUANGKAN OLEH NIZAR??? BUTA MATA ATAU BUTA HATI ORANG-ORANG MELAYU KINI SEHINGGA SANGGUP MEMPERJUDIKAN TANAH AIR DAN KEDAULATAN NEGARA SEHINGGA SANGGUP MEMILIH PEMIMPIN YANG TAMAK DAN RAKUS SEPERTI NIZAR???

pemudagerik: melayu mudah lupa..bila terpengaruh dengan dakyah atau fatwa dari pemimpin pembangkang yang hanya pandai menulis serta menghasut tanpa mengambilkira kesan anak bangsa.

Sunday, June 14, 2009

Harapan Palsu dan Kabur Pakatan Rakyat

1- Isu kerajaan perpaduan yang menjadi kontroversi dalam Muktamar PAS yang lalu mengundang pelbagai reaksi samada dari UMNO dan Pakatan Rakyat. Komen Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya PAS pertimbangkan semula peranan mereka dalam PR harus diberi perhatian khusus oleh PAS bahawa meraka bukanlah kuasa besar dalam PR. Sindiran Karpal dengan menyatakan kerusi parlimen PAS tidak sebesar mana berbanding PKR dan DAP seharusnya menyedarkan PAS untuk menginsafi yang sumbangan mereka tidak bermakna dalam PR.
2- Anwar Ibrahim seperti biasa akan berdolak-dalik dalam memberi reaksinya kerana keakraban beliau dengan Nik Aziz harus dijaga kerana Nik Aziz seperti lebih menyukai beliau berbanding Hadi Awang. Komen Anwar bahawa isu tersebut adalah selesai sebenarnya dibuat agar dapat mempengaruhi hati rakyat untuk tidak menghebohkan kekusutan yang berlaku dalam 'perjanjian PR'. Malah Anwar telah mengubah situasi dengan menuduh laporan media perdana yang membuat isu ini menjadi kontroversi dan beliau dengan angkuh menyatakan sokongan beliau agar Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia. Inilah helah Anwar, beliau sanggup memperjudikan hati-hati waris pejuang negara demi mencapai matlamatnya.
3- Laporan dari sebuah laman web dipetik, Kelab Penyokong PAS Kelantan meminta agar pemimpin-pemimpin PAS yang berfikiran terbuka mengenai kerajaan perpaduan untuk tidak campur tangan semasa pilihanraya Manik Urai jelas menunjukkan bahawa 'permainan perang saraf' oleh pihak-pihak tertentu telah berjaya. Inilah yang dikatan politik moden, tidak perlu kekerasan cuma memerlukan sedikit pengorbanan masa sahaja untuk menghapuskan kebenaran dan kekuasaan politik. Selepas parti-parti yang membela bangsa ini haus maka mudahlah bagi mereka-mereka tertentu menghitung kuasa dan kekayaan negara. PAS mesti kembali ke pangkal jalan. Sombongnya PAS tidak kemana kerana mereka bukan sesiapa kepada sesiapa!