Saturday, August 21, 2010

Doa kepada LGE: Politik Murahan PAS

Pendedahan mengejutkan oleh media massa baru2 ini amat menggemparkan, masakan tidak bacaan doa semasa khutbah jumaat menyebut nama Lim Guan Eng, LGE. Perkara ini dinyatakan oleh kariah dari Masjid Jamek Padang Menora dan Masjid Jamek Jelutong yang mengesahkan laporan media yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Pulan Pinang.

Menurut Pengerusi Masjid Jamek Padang Menora, bacaan doa itu diketuai oleh khatib jemputan dari negeri Perak. Yang lebih malang lagi apabila nama Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan ketua agama Islam bagi negeri tersebut (termasuk negeri tanpa Sultan/Raja/Yang Dipertuan Besar) tidak disebut dalam doa yang dibacakan. Bagi kariah Masjid Jamek Jelutong pula, perkara ini telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu.

Kebodohan dan 'ketaksuban' khatib2 tersebut jelas menampakkan agama Islam terus dipermainkan oleh puak2 pembangkang. Ini sangat ketara terutamanya di negeri2 bukan pemerintahan kerajaan UMNO/BN. Mereka terus 'berjihad' untuk puak DAP yang nyata dan jelas amat memusuhi Islam (rujuk kata2 Karpal singh).

Inilah bila 'mengidam' kuasa politik, agama Islam terus dipermainkan. Perkara khatib2 'bertopengkan ustaz' ini dah lama berlaku. Di Gerik pernah berlaku tajuk khutbah 'Rampasan Kuasa' oleh seorang khatib yang memang seorang pejuang PAS. Khatib tersebut tanpa rasa malu (terhadap Allah swt) dan segan dengan perangai jijiknya terus mencemuh kerajaan pimpinan BN dengan pelbagai tohmahan bahawa BN telah melakukan rampasan daripada kerajaan PR.

LGE akan terus menjadi 'kuat dan hebat', selain diangkat menjadi khalifah bagi puak2 politik kebajingan, LGE juga 'didoakan' mendapat kesejahteraan. Sebagai umat Islam, penulis amat malu dengan apa yang telah berlaku. Benarlah sabda Rasulullah, pada akhir zaman akan wujudnya manusia2 yang bertopengkan ulama' akan menghancurkan Islam dan umatnya. Nauzubillah..

Tuesday, August 10, 2010

Wawancara bersama Tun M: Akhbar Siasah dibidas..

Akhbar Siasah yang dulunya dilihat agak 'neutral' dalam isu semasa politik negara, kini nampaknya telah condong dengan puak pembangkang. Sejak 3 tahun lalu, penulis yang telah pun menjadi pembaca utama akhbar2 berbentuk tabloid terutama hal ehwal politik termasuklah Siasah. Ini kerana, penulis teringin benar hendak mengetahui sejauh mana keintelektualan wartawan/penulis tamu dalam akhbar2 tersebut. Tidak dinafikan terdapat beberapa orang wartawan/penulis tamu yang mempunyai sifat tanggungjawab dan benar2 ikhlas dalam memperjuangkan isu politik negara. Tidak kurang pula, mengetengahkan fakta2 palsu, berita2 khabar angin atau semata2 bertujuan provokasi bagi menanam kebencian terhadap sesiapa mahupun parti politik terutamanya UMNO kepada rakyat.
Tidak terlepas dengan sikap2 provokasi termasuklah Akhbar Siasah pada edisi2 terkini, penulis juga terkilan serta terkeliru dengan konsep yang cuba diterjemahkan kerana akhbar tersebut seolah2 berkeadaan terkial2 mencari publisiti. Ikutilah beberapa soalan 'cepumas' dari Akhbar Siasah dan jawapan 'intelek' dari Tun Dr. Mahathir semasa wawancara bersama tokoh negarawan tersebut dalam edisi 8-14 Ogos 2010.
AS: Boleh Tun huraikan lebih lanjut tentang perpecahan orang melayu dengan kewujudan parti UMNO, pas dan pkr?
Tun M: Oleh kerana hendakkan kemudahan2 mereka sendiri, mereka membelaknagkan bangsa sehingga sanggup memecahkan perpaduan orang2 melayu. Ini bermula apabila ulamak2 keluar dari UMNO untuk menubuhkan PAS. Sejak itu, kita dapati orang melayu memikirkan tentang apa yang mereka dapat dalam perjuangan ini. Bila kita fikir apa yang akan kita dapat, maka semangat kebangsaan sudah tentulah akan luntur.
AS: Bagaimana pandanga Tun apabila UMNO mengajak PAS supaya bersatu dan bekerjasama dalam menegakkan Islam di negara ini?
Tun M: Dahulu kita sudah bekerjasama, lebih kepada perjuangan untuk orang melayu. Dan orang yang menubuhkan PAS dulu adalah orang UMNO. Apabila mereka tidak mendapat peluang, mereka menubuhkan parti mereka sendiri. Apabila mereka (PAS) menyertai BN selepas 13 Mei 1969, mereka tidak bekerja untuk Bn tetapi mereka bekerja memperkuatkan parti mereka sendiri sahaja. Jadi dengan itu, timbul perselisihan faham antara PAS dan UMNO yang akhirnya berpisah. Sebab itu PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak ada dasar2 yang baik atau yang tulen bagi orang2 melayu.
AS: Dalam hal ini, PAS mahukan kerjasama dan perpaduan dibina atas dasar Islam bukan melayu, apa pandangan Tun?
Tun M: Islam itu diguna sahaja. Sebenarnya tidak banyak Islam yang diperjuangkan. Pertama yang diperjuangkan dalam Islam ialah perpaduan sesama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Kalau tidak mahu bersaudara itu bukan Islam tetapi jangan kata kita berjuang untuk Islam. Guna Islam ini untuk daya penarik untuk mendapat sokongan. Banyak benda yang kita tengaok tidak begitu islam misalnya mendakwa sesiapa yang mengundi PAS pasti akan masuk syurga. Ini dilihat begitu bertentangan sehingga PAS begitu berkuasa untuk boleh menentukan siapa yang masuk syurga dan siapa masuk neraka.
AS: Pada pandangan Tun, kenapa agaknya Malaysia tidak boleh mengamalkan dasar Islam walaupun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3 (2) jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara?
Tun M: Kita dapati negara yang penduduknya 100% Islam pun tidak dapat nak jadi negara Islam yang sebenar, kita dapati mereka tidak bersaudara, mereka sering berperang, mereka tidak menolong sahabat2 mereka. Contohnya orang Palestin yang hidup menderita walaupun 100% penduduknya orang Islam. Tambahan pula kita di sini hanya 56% sahaja orang Islam, selebihnya bukan Islam. Jadi Islam menegah perbuatan yang boleh menimbulkan huru-hara. Dalam Islam, kita tidak boleh paksa agama kita ke atas orang bukan Islam sehingga boleh mencetuskan huru-hara. Jadi naka kata kita tidak mengamalkan (ajaran Islam) tidak boleh juga. Kita banyak mengamalkan ajaran Islam setakat kemampuan kita.
Pemudagerik: Sesungguhnya orang2 Islam itu bersaudara, jadi kalau kita tidak 'bersaudara' dengan orang Islam lain yang tidak berideologi sama denga kita. Maka kita telah pun melanggar ajaran Islam. Mengapa PAS sanggup 'bersaudara' dengan DAP (parti yang menolak ajaran Islam) dan PKR (yang sebahagian besarnya terdiri dari orang2 kuat Church)..???

Saturday, August 7, 2010

Sarawak: PAS nak takluk 8 DUN???

Angin bertiup kencang di negeri Sarawak yang membisikkan bahawa pilihanraya negeri akan berlaku selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. Benar atau tidak belum dapat ditentukan kerana DS Najib masih lagi bercuti tetapi sambutan terhadap isu tersebut di media maya memang hangat diperkatakan. Malah Bulten Utama TV3, 7/8/10, juga menyentuh isu tersebut dengan melaporkan SPR bersedia memperuntukkan rm30 juta untuk persediaan pilihanraya.

Namun apa yang menjadi perhatian penulis ialah 'nafsu serakah' parti yang menggunakan perjuangan jihad islam bagi meneruskan kesinambungan politik mereka, PAS. Parti ini melalui lidah rasmi atau lidah tumpangan dengan bangga akan mewarwarkan bahawa mereka amat yakin kerajaan BN akan tumbang dengan PR pada pilihanraya kali ini. Alasan mereka berdasarkan kepada kononnya sokongan terhadap parti mereka semakin menjulang.

Kawasan DUN yang mereka impikan ialah di Beting Maro, Jepak, Batang Sadong, Senading, Nangka dan Tupong. Selain itu, kawasan2 lain masih lagi dalam pemerhatian mereka. PAS mendakwa rakyat2 dikawasan tersebut sudah muak dengan BN dan mahukan perubahan kepimpinan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Mereka juga mendakwa sudah membuat 'bancian' dan hasilnya mereka amat yakin dapat memenangi kawasan2 tersebut.

Apa yang menjadi PAS sebegini angkuh dan optomis ialah mereka tidak perlu mengeluarkan terlalu banyak bajet kerana semua itu telah disediakan oleh DAP dan PKR (anwar baru balik dari USA). PAS hanya perlu terus menipu rakyat kononnya perjuangan mereka adalah perjuangan Islam kerana dengan 'mengundi mereka, syurga dah ditentukan'. Inilah buah fikiran PAS untuk pengundi di Sarawak nanti. Begitu juga dengan 'habuan pilihanraya'.

Sebab itu kita lihat PAS amatlah bersungguh2 mempertahankan DAP kerana bagi mereka hanya DAP yanga akn dapat membantu mereka. Mereka tak perlukan sangat PKR yang mana mereka lihat DSAI boleh jadi liabiliti jika 'tersangkut' dalam kes liwatnya. Jadi inilah perjuangan 'islamik' PAS..?? Inikah yang dilaung2kan fisabilillah..?? Jika benar, maka benarlah yang dikatakan sebagai "PARTI ASAL SAPU"..mana yang baik tak kira apa konsep perjuangan pon mereka akan 'sapu'...PAS ohh PAS...

Thursday, August 5, 2010

Penang 'rebah' di pangkuan Lim Guan Eng

Penang boleh dikatakan sebagai port yang baik untuk pelaburan negara, sebab itu puak2 DAP bersungguh2 nak kuasai Penang sementelah dibawa (daftar pengundi) puak2 mereka ke situ kerana jaminan peluang perniagaan yang luas. Penang juga tempat yang paling strategik bagi menyekat kapal2 dagang untuk berlabuh dan memunggah barang dagangan sehingga memaksa Singapura yang 'panas punggung' telah menyekat laluan di perairan Tambak Johor.

Disebabkan itu jugalah PAP, 'anak emas' parti komunis dunia telah bertindak menjadi mentor atau 'papa kesayangan' kepada DAP untuk memerintah Penang dengan apa cara sekalipun. Dan usaha ini telah berjaya yang mana kita lihat DAP bukanlah nak kuasai Penang bagi membangunkan rakyat Malaysia tetapi lebih kepada 'menguasai politik' puak2 mereka.


Hakikatnya pada hari ini kita lihat, Penang dijadikan agenda PAP melalui DAP untuk dijadikan negara ke-2 keluar dari Malaysia dengan mengadakan pelbagai provokasi agar wujudnya sentimen perkauman dan ketidakpuashatian masyarakat terutamanya orang2 melayu. Dengan cara ini, TRAGEDI NATRAH dan strategi untuk keluar dari Malaysia bakal menjadi kenyataan. Apa yang menyusahkan puak2 ini ialah kawasan negeri di Georgtown kerana di situ terdapat ramai lagi orang2 melayu yang masih sokong UMNO. Untuk itu, strategi beikutnya ialah DAP akan memaksa PAS atau PKR untuk menang di kawasan tersebut seterusnya menawarkan kuasa Negeri Georgtown kepada PAS/PKR yang sememangnya dungu, bangang, rakus, buta hati serta dayus! Adakah ini sukar terjadi??? Tidak, kerana sejarah telah pun membuktikannya.


Hari ini tercatat bahawa kerajaan Penang di bawah Lim Guan Eng (khalifah puak2 PAS) telah mengalami kejatuhan yang teruk dalam pelaburan negeri tersebut. Ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi, kenapa perkara macam ni boleh berlaku dan bagaimana nak bangunkan semula?? Untuk rekod pada 2008, jumlah pelaburan ke dalam negeri berjumlah RM10.2 bilion dan pada 2009, jumlahnya menyusut hampir 80% iaitu kepada RM2.3 bilion. Pada tahun lepas. LGE dengan angkuh mengatakan bahawa kerajaan barunya itu lebih baik dari kerajaan BN dahulu kerana telah berjaya mengumpul harta yang besar tapi penipuan LGE sebenarnya dapat dilihat dari kaca mata logik kerana yang mencari pelaburan pada 2008 adalah kerajaan BN terlebih dahulu. Mereka sebagai kerajaan baru 'tukang sapu' saja.


Pada 'conclusion' mudah penulis, kenapa pelaburan Penang jatuh ialah kerana LGE dan DAP tidak ambil peluang ke atas kapal2 dagang untuk melabur sebaliknya kapal2 tersebut diberi 'laluan selesa' untuk ke Singapura, sebab itu pada tahun 2009, Singapura berjaya mencatat rekod pelaburan dan persinggahan kapal yang tertinggi di Asia Tenggara. Kita juga tak lupa bahawa Lim Kuan Yew, 'big boss' @ 'mentor' DAP dengan sungguh bersopan datang melawat Penang. Bukan kita tak tahu, yang si big boss ini cukup benci dengan Malaysia sejak dahulu kala lagi. Cuma sekarang die boleh amik peluang yg terhidang apabila DAP berjaya berkuasa dibumi Penang ini.


Walaupun begitu, penulis menfasirkan bahawa LGE akan terus berpolemik bagi mengaburi mata hati rakyat dengan mengatakan 'Pemerintahan kami lebih baik dari kerajaan dahulu yang memerintah lebih 50 tahun tapi berjaya kutip RM 10.2 bilion pada 2008'..Kononnya nak tutup mata rakyatlah dengan ayat macam tu, tapi kalau perangai puak2 PAS/PKR yang gila meroyan mereka dengan mudah akan percaya malah berbangga dengan pencapaian 'khalifah' mereka. Tetapi bagi orang2 biasa pula, mereka akan berfikir, jumlah itu hanyalah pada 2008, bagaimana pula dengan tahun2 yang lain dari 1957-2007, tak kan langsung tak ada?? Inilah sebenarnya tenberang LGE dan DAP, mereka bukan niat untuk bekerja sebaliknya 'menyempurnakan agenda' lain.


Penulis amat percaya bahawa agenda mereka telah sampai ke tahap 50% berdasarkan apa yang telah berlaku. Rentetan bermulanya menghalau orang2 kampung miskin di Kg. Buah Pala yang sekarang ni entah hilang kemana, mereka juga berjaya membuktikan orang2 melayu di Tanjung Tokong tidak layak menetap di situ kerena merempat di tanah kerajaan seterusnya dengan rakus mengusir penduduk yang telah lama berada di situ atau yang mungkin lahir juga di situ. Kemudian peniaga2 melayu yang meniaga kecil-kecilan bagi menampung makan minum keluarga dan belanja anak-anak sekolah diarahkan tutup malah gerai atas pokok pun mereka robohkan, ironinya penjaja2 babi mereka tak halau walau akta perniagaan tidak membenarkan perniagaan babi tidak boleh menjaja di kawasan umum. "peduli hapa, ini negeli wa yang punya". Yang terkini, 'memecat' pegawai kerajaan berbangsa melayu kononnya tidak beretika dan tidak hormat pada LGE, tapi kebodohan LGE tak kemana kerana pegawai tersebut bukan bekerja di bawah kerajaan negeri sebaliknya kerajaan pusat. Syukurlah, kalau tidak pegawai tersebut mungkin sekarang dah jadi tukang cuci kat mana2 restoran...


Jadi berhati2lah melayu di penang, jangan sebab terpedaya dengan janji manis Anwar al-jambani yang berslogankan 'harapan baru rakyat Malaysia', maka memang benar harapan untuk melihat orang2 melayu di Penang hanya tinggal lipatan sejarah saja. PAP, DAP, LGE, LKY dan segala puak2 penakluk ini tidak akan berhenti memperjuangkan 'hak kaum mereka' di tanah air ini. Mereka tidak lupa apa yang berlaku pada Tregedi 13 Mei yang lalu, dan yang pastinya 'HUTANG PASTI BERBAYAR'...

Wednesday, August 4, 2010

Adakah Puan Sri Salbiah tahu siapa madunya??




BINI NO.2 SI KHALID 'GAGAP'

Nama : Rahimah Bt Kamaruddin

Jawatan: Pegawai Koordinasi kepada MB Selangor

Gaji : RM 5000 Elaun : RM 2000

Alamat : Shah Alam dan Taman Cahaya Ampang (lain2 rahsia)


Tuesday, August 3, 2010

Wakil rakyat pembohong!!!


Seorang wakil rakyat DAP telah cuba menipu 'Dewan DUN' apabila dengan jelas mengatakan terdapat lebih 192 000 rakyat Perak yang hidup di bawah paras kemiskinan tegar. Namun 'fakta palsu' tersebut dapat dipatahkan oleh MB Perak, YAB DS Zambry yang menjelaskan terdapat lebih kurang 700 orang sahaja.


Ini jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang dengan sengaja cuba menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dengan membuat pelbagai tohmahan. Tidak cukup dengan ini bekas MB, Nizar, yang jelas kehabisan idea cuba menyerang kononnya harta kerajaan negeri mengalami defisit (rugi) sebanyak rm1.47 juta. Sekali lagi, fitnah itu dapat disangkal oleh DS Zambry yang menjelaskan bahawa profit (untung) kerajaan negeri sehingga Julai 2010 adalah melebih rm100 juta.


Bila penipuan dan fitnah yang cuba dilontarkan itu gagal, seperti biasa wakil2 rakyat pembangkang mula membuat kecoh dan bising. Bila si Nizar diperintahkan keluar, semua angkat punggung keluar beramai2 atas alasan memprotes keputusan Speaker.


Inilah hasilnya jika rakyat salah memilih pemimpin, sepatutnya semasa dalam sidang DUN lah pelbagai masalah rakyat dapat diketengahkan dan dihuraikan dengan jelas berdasarkan fakta2, bukti2 mahupun dokumen lengkap bagi menerangkan apa yang sedang berlaku dalam negeri seterusnya apa yang harus wakil2 rakyat lakukan bagi memajukan kawasan masing2.


Besok, mereka akan datang lagi..untuk menunjukkan sikap biaDAP mereka. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku esok.