Wednesday, May 5, 2010

Kedah Gawat!!!

Semalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah telah diadakan di Wisma Darul Aman. Pada mulanya perkara-perkara yang berbangkit adalah berkisar kepada hal-hal semasa dan penyelesaian beberapa projek yang belum terlaksana.

Tiba-tiba seorang Exco mencelah ketika MB sedang memberi penerangan berhubung dengan isu pembalakan. Si Azizan 'panas punggung' bila isu integriti dan ketelusan dalam pemberian kontrak dibangkitkan, maka berlakulah sedikat pertengkaran kerana sikap tidak tahu beberapa Exco berkenaan undang-undang tanah.

Lebih menghangatkan lagi keadaan apabila seorang dua Exco membantah perlantikan 'orang baru' dalam barisan kabinet negeri. Mereka mendakwa Si Zizan tak maklumkan atau bawa berbincang terlebih dahulu. Si Zizan dikatakan lebih memilih bulu daripada bertindak adil!

Keadaan semakin parah apabila, Exco's yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Si Zizan dan mengambil pendekatan keluar mesyuarat. Mereka menganggap yang Si Zizan memang tak reti nak urus tadbir negeri kerana lebih mengutamakan puak2nya sahaja. Situasi ini boleh mengundang sesuatu yang lebih parah...tapi ape nak heran kerusi PR masih lagi banyak kat Kedah. So, nak keluar or 'nak blah' anytime jer...