Tuesday, March 24, 2009


Calon Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin tenang ketika ditemuramah oleh pihak media semasa ditemui di lobi PWTC selepas majlis perasmian.

YB Mukhriz disambut oleh para penyokongnya sewaktu hadir ke perhimpunan perasmian mesyuarat wanita, pemuda dan puteri di PWTC semalam

PERWAKILAN BIJAK MENENTUKAN KEPIMPINAN BERWIBAWA

1- Hari ini sesi pemilihan kepimpinan pemuda bagi sesi 2009-20012 akan berlangsung di PWTC. Calon-calon bagi Ketua Pemuda terdiri daripada YB Mukhriz Mahathir, YB Khairy Jamaluddin dan YB Khir Toyo. Manakala pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda iaitu YB Razali Ibrahim dan Reezal Merican Naina Merican serta 65 orang yang akan bertanding bagi Exco Pemuda.

2- Amanat dan mesej yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib mengenai peranan serta tanggungjawab para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu mengembalikan kekuatan UMNO disamping mengelakkan daripada terpengaruh dengan sentimen luar jangka. Tambah beliau, pemilihan kali ini dilihat 'paling berat dalam sejarah' memandangkan kekuatan dan kelayakan yang dimililiki oleh setiap calon. Tegas beliau juga, pemilihan kali ini merupakan penentu kepada survival politik UMNO dalam mengharungi arus politik yang semakin kompleks.

pemudagerik : semoga sesi pemilihan dapat dijalankan dengan lancar dan pemimpin yang dipilih nanti akan membawa perubahan positif dalam menggerakkan institusi pemuda yang lebih cemerlang.


Monday, March 23, 2009

MAJLIS PEGUAM USAH CABAR ISLAM!!!

1- Majlis Peguam Malaysia diberi amaran terakhir supaya tidak terus mencabar kesabaran umat Islam apabila mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman webnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis itu sepatutnya menghormati perkara itu kerana kes itu masih dalam semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kabinet juga mengarahkan semua pihak menghentikan membincangkan isu tersebut.

2- Beliau juga sudah menyatakan di Parlimen isu itu tidak boleh dijadikan bahan perbincangan dan tindakan Majlis Peguam mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu menerusi laman webnya disifatkan tidak bijak. "Saya nak beri amaran terakhir kepada Majlis Peguam Malaysia dan harap mereka sebagai peguam profesional dan peguam sivil, menghormatinya. Kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dibuat tinjauan (pendapat) dan ia seolah-olah mencabar (perasaan dan kesabaran) orang Islam. "Jangan bermain api dengan orang Islam dan saya harap sikap kita (umat Islam) menghormati agama lain harus juga diterjemah oleh mereka untuk menghormati agama Islam".

3- Tegas beliau lagi, "saya harap selepas ini tidak ada lagi individu atau organisasi mempersoalkan isu ini dan menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan kerajaan negeri yang juga sudah lama mewartakan perkara itu, dihormati sepenuhnya." Ditanya adakah Majlis Peguam akan dipanggil untuk memberi penjelasan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak perlu memanggil badan itu. "Hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kalau mereka mempertikaikan ertinya secara tidak langsung mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu. "Mereka jangan marah kalau menerima kebangkitan perasaan marah orang Islam," katanya. Langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam berhubung perkara itu disokong oleh beliau.

pemudagerik : Majlis Peguam sepatutnya berperanan untuk memartabatkan institusinya dengan mengambil pendekatan berkecuali dalam hal ehwal politik. Rakyat sebenarnya tahu apa yang berlaku dan apa yang dikehendaki oleh Majlis Peguam iaitu untuk berjuang demi kepentingan pihak-pihak tertentu serta sifatnya yang suka berselindung dengan hal-hal keguaman. Janganlah rasa menjadi peguam adalah menjadi manusia yang terlalu bijak pandai sehinggakan mengenepikan kepentingan negara dan kebijaksanaan rakyat keseluruhannya. Jika berminat dalam politik, jangan berselindung dengan perkataan majlis peguam tetapi turunlah ke gelanggang.

MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU BUKAN SIKAP PERKAUMAN

1- Semakin kuat dan lantang suara-suara pejuang melayu mengenai masalah yang melanda hidup orang melayu atau ketuanan melayu maka akan kedengaran jugalah suara-suara sumbang yang seolah-olah mempertikaikan konsep ketuanan melayu di negara kita. Para pejuang melayu ini tidak langsung menyentuh apatah lagi mempertikaikan hak-hak orang bukan melayu yang nyata kebanyakannya dapat hidup dengan senang di negara bertuah ini. Sehinggakan kedengaran suara lagaknya seperti protes yang datang dari seseorang dari Johor yang melabelkan melayu mengamalkan dasar bumiputerisma dalam pentadbiran negara. Saya dan ramai rakyat tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan bumiputerisma itu? Adakah ia menyamai dengan dasar aparthied digunakan di salah sebuah negara afrika? Jika itulah maksud yang dinyatakan, ini menunjukkan bahawa beliau merupakan rakyat yang biadap dan tidak memahami apakah sebenarnya dasar aparthied. Beliau lupa dengan sistem apakah yang beliau dapat hidup dengan aman, memperolehi pendidikan yang sewajarnya dan sehingga beliau diangkat menjadi seorang pemimpin! Kami orang-orang melayu hanya menghendaki yang hak kami sebagai bangsa utama atau majoriti dalam negara ini dapat dibela serta dibantu oleh kerajaan kerana dengan kami jugalah kerajaan dapat dibentuk untuk mentadbir negara Malaysia. Dalam hal ini, sepatutnya semua kaum di Malaysia faham akan tanggungjawab menjaga keamanan mahupun keselamatan di negara ini dilakukan tanpa perasaan syak wasangka mahupun perasaan hasad dengki demi kepentingan diri sendiri. Keterlaluan yang ditunjukkan oleh HINDRAF sebenarnya sedang membakar api-api pahlawan yang selama ini berjaya dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin dari semua kaum selepas peristiwa 13 mei. Melayu itu berjiwa lembut tetapi tegas, Melayu itu bersikap evolusi dalam revolusi dan Melayu itu sangat pantang dicabar jika bangsa atau agama Islam diusik seperti barang mainan!!!

2- Saya telah membaca dari akhbar Utusan Melayu dalam ruangan surat pembaca. Apa yang dapat disimpulkan dalam tulisan beliau nyata mengundang jawapan dalam kotak pemikiran saya tentang realiti yang berlaku terhadap masyarakat negara kita. Persoalan yang dilontarkan oleh beliau sewajarnya diambil perhatian yang positif dan serius oleh umat melayu masa kini. Dalam tulisannya, beliau menyentuh keupayaan orang-orang bukan melayu yang dapat hidup dengan lebih baik berbanding orang-orang melayu. Namun begitu, tersentuh juga penilaian saya mengenai sikap patriotisma yang sebenar-benarnya. Berikut adalah sedikit kupasan mengenai tulisan beliau.
*"Orang-orang bukan melayu seperti cina atau india tidak takut jika tidak mendapat pekerjaan di Malaysia kerana kaum-kaum mereka terdapat di merata-rata tempat. Sebagai contoh kenalan saya (penulis surat) mendapat kerja di Amerika, di sana beliau bekerja sehingga berjaya dan kaya. Setelah pulang ke Malaysia, dia masih lagi dapat hidup dengan senang untuk beberapa tahun. Selepas beberapa tahun kemudian, beliau mendapat panggilan untuk bekerja di Bangkok bersama rakannya. Dia tidak pernah merasa susah dalam hal-hal pekerjaan kerana mendapat bantuan dari rakan-rakan atau saudara-maranya"
*" Berlainan pula dengan rakan saya (penulis surat) orang melayu, dia telah berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara dan selepas tamat pengajian beliau pulang semula ke tanah air. Setelah berhempas-pulas barulah beliau mendapat pekerjaan walaupun tidak memadai dengan kelulusan yang diperolehinya.

Apa yang saya hendak ulas di sini, usahlah kaum-kaum lain terutamanya cina atau india bersungguh-sungguh untuk berjuang menyatakan bahawa kerajaan seolah-olah ada diskriminasi kepada mereka. Ini kerana kerajaan perlulah memberikan kelebihan kepada bangsa melayu dalam setiap tindakan mahupun keputusan bagi mengimbangi keperluan kaum melayu dengan kaum lain. Sejujurnya saya dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang melayu tidak mempunyai saudara-mara dari negara-negara luar berbanding orang-orang cina. Di sinilah tanah tumpah kami dan di sini jugalah kami berjuang. Jadi kaum-kaum lain perlu sedar akan hakikat yang tidak dapat ditolak ataupun diketepikan.

Sunday, March 22, 2009

Pakatan Rakyat bergelora!!!

1- PAS sangat kecewa kerana wakil PKR, Manikumar telah dicalonkan pada pilihanraya kecil DUN Selambau. PAS sebelum ini telah mewar-warkan kepada para pengikutnya bahawa parti tersebut akan mendapat perkenan majlis tertinggi PR bagi mendapat hak sebagai calon bagi kerusi dun tersebut walaupun PAS sebenarnya mengetahui bahawa kerusi tersebut bukan untuk bahagian PAS. Bagi mengelakkan perasaan para pengikutnya terguris, PAS telah mengesahkan akan bertanding di peringkat parlimen di Perak nanti.

2- Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd. Fairus Khairudin telah meletakkan jawatannya semalam. Ini berikutan krisis yang berlaku dalam sistem kepimpinannya dan ketidakpuashatian beliau dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran negeri. Namun beliau akan kekal sebagai DUN Penanti dan ahli PKR. Sebab perletakkan jawatan tersebut tidak dinyatakan tetapi hasil maklumat sumber-sumber tertentu, Fairus dipercayai menyatakan sebab beliau meletak jawatan kerana ingin menyambung pengajiannya. Selain itu, terdapat juga desas-desus mengatakan bahawa Fairus telah gagal mematuhi arahan dari Anwar Ibrahim dalam kerja-kerja politik.

pemudagerik: Parlimen Bkt. Gantang semakin panas!!!

Friday, March 20, 2009

LELONGAN TUGU DEMOKRASI..

1- PR diketuai oleh DAP akan melancarkan lelongan kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk membeli serpihan tugu demokrasi yang telah dihancurkan oleh pihak berkuasa. Terdapat 6 buah serpihan yang di'frame'kan tetapi hanya 5 yang akan dijual sementara 1 lagi akan diletakkan di pejabat DAP sebagai tanda peringatan.

2- Sembang-sembang dengan rakyat Perak, umum telah mengetahui semua angkara dan perancangan yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan BN di Perak adalah usaha-usaha oleh puak-puak DAP manakala PAS dan PKR seperti kata pepatah "lembu dicucuk hidung". Tugas PAS dan PKR adalah menghimpunkan orang-orang melayu atau india untuk menghadiri ceramah atau demontrasi.

3- Di sini sekali lagi kita memperlihatkan bahawa DAP memainkan peranannya sebagai 'master mind' dalam gerakan menghancurkan Kesultanan Melayu. Orang-orang PAS dan PKR amnya dan melayu khususnya perlu sedar siapa dalang disebalik provokasi untuk mengahancurkan bangsa kita?? Jangan nanti menang sorak, kampung tergadai....!

Dari malaysiakini.com : Speaker Perak 'ada elemen salah guna kuasa', kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada elemen bahawa Speaker DUN Perak, V Sivakumar menyalah guna kuasa sewaktu menggantung Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan memanggil lagi beberapa Adun termasuk BN bagi memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan kes itu, lapor laman web Berita Harian."Bagi kita ada elemen salah guna kuasa, SPRM jalankan siasatan... bukan pendakwaan untuk menentukan keterangan berhubung perkara itu dapat dikumpul."Setakat ini, siasatan masih berjalan dan kita akan panggil beberapa lagi (wakil rakyat) yang ada ketika kejadian," beliau dipetik berkata di majlis Gerak Mesra SPRM bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan hari ini.

Pada 18 Februari lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, yang diketuai Sivakumar, menggantung menteri besar daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Semalam SPRM memanggil baki empat ahli jawatankuasa tersebut: Loke Chee Yan (DAP-Kepayang), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) dan Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai). Sebelumnya Sivakumar dan Adun PAS Selinsing, Husin Din telah memberi keterangan kepada SPRM.

Wednesday, March 18, 2009

Ketua AMK suka populariti...!

1- Wah..wah..wah..hebat sungguh budak gila populariti nie, si shamsul iskandar. Siap pergi buat laporan pada SPRM tentang rasuah politik wang Ali Rustam. Semua tu bukan apa, saja nak tunjuk hero kat hingusan-hingusan AMK yang dia ni memang 'terer' ambil kesempatan. Kononnya umno ni dah berat sangat dengan rasuah.

2- Dalam sibuk dok ambil tahu hal orang lain, cuba-cubalah sama jenguk-jenguk aliran tunai PKR Selangor yang kononnya semua harta exco negeri boleh ditonton melalui website kerajaan negeri. Kot-kot yang ditulis tu baru 10% dari apa yang dia orang dapat. Kes lembu dan kereta pon belum selesai, silap-silap yang tu kene dulu.

3- Yang hebatnya dalam malaysiakini.com siap lapor yang pemuda umno melaka berbaring menghalang kereta ketua AMK, haiii takkan seronok dengan fitnah kot, pemuda umno bukan lah bodoh sampai setakat kereta ketua AMK nak baring-baring macam orang PAS yang halang kereta Raja Muda Perak. Nak panggil pemuda umno penderhaka ker? haha...

pemudagerik: Ketua AMK patut masuk AF7, tak pun Raja Lawak Astro la kalau minat nak jadi popular. Orang kat luar sana tengok meluat tengok orang perangai ala-ala 'poyo' ni. Tiap kali buat kecoh mesti panggil wartawan, dengan harapan dapat masuk muka depan. Huhh tak payah la susahkan diri, belia-belia bukan suka sangat kat AMK cuma seronok dapat rempit motor dan takbir politik (berdosa kalu bukan niat kerana Allah) masa kempen, itu aje...

Saturday, March 14, 2009

Ismail : Calon BN, PRK Bkt. Gantang

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini, Ismail Saffian berazam untuk memberikan khidmat sebaik mungkin kepada masyarakat di situ sekiranya diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil mereka.Beliau berkata sebagai parti politik yang menerajui kerajaan pusat dan kerajaan negeri Perak ketika ini, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh BN untuk kemajuan dan kebaikan semua masyarakat di kawasan Bukit Gantang."Yang pentingnya masyarakat di sini masa hari mengundi nanti kena beri kepercayaan mereka kepada BN," katanya kepada pemberita selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau sebagai calon BN di majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat Taiping hari ini, lapor Bernama.

Ismail, 49, yang ketika ini adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara berkata beliau akan memohon untuk bersara secara pilihan daripada jawatan itu pada Isnin ini.Beliau yang berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang percaya ketika ini telah ada angin perubahan di kalangan masyarakat setempat yang akan memihak kepada BN lebih-lebih lagi selepas pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan meletakkan anak tempatan sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang."Saya yakin kalau pihak jentera BN dapat menunjukkan semangat bekerja sebagai satu pasukan yang tinggi, saya percaya kita akan beroleh kemenangan dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang," katanya.Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang itu merupakan lulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan mula menyertai Umno sebaik menamatkan pengajian pada 1984.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada 1984 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Kerian pada 1988 dan seterusnya bertukar ke Majlis Perbandaran Manjung pada 2000, juga sebagai Setiausaha Majlis.Pada 2008, Ismail bertukar pula ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dengan memegang jawatan yang sama sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang pada penghujung 2008.Beliau adalah Timbalan Ketua Cawangan Umno Kampung Kubu dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang dan jawatan terakhirnya adalah Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang.Beliau mempunyai seorang isteri Poziah Noh, 45, seorang surirumah dan lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan yang berumur antara 10 dan 24 tahun.

Tuesday, March 10, 2009

MB Perak : 'Kemuncak Penderhakaan'

1- Upacara penanaman pokok yang dilakukan oleh PR di Lebuh Istana ketika persidangan haram DUN bukan lambang demokrasi tetapi sebagai kemuncak penderhakaan dan kebiadaban terhadap Sultan dan Undang-undang (perintah mahkamah).

2- PR mengaitkan persidangan tersebut dengan sejarah revolusi Perancis pada 1789 adalah untuk mengelirukan rakyat kerana revolusi tersebut sebenarnya telah menjatuhkan sistem bermonarki mutlak (sistem beraja) dan itulah sebenarnya niat pembangkang iaitu untuk membunuh sistem raja berpelembagaan di negara kita.

3- Nizar dan PAS menipu apabila menyatakan persidangan DUN bawah pokok juga berkaitan dengan peristiwa perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Quraisy yang turut berlangsung di bawah pokok. Ini merupakan penyelewengan dokumentasi Islam yang tidak benar.

pemudagerik : rakyat Perak harus sedar antara yang benar dan salah. PR tidak peduli malah cuba memberi tafsiran salah dan memanipulasikan fakta politik sama ada ianya datang dari Al-Quran, Hadis ataupun sejarah dunia demi kepentingan parti mereka.

Ali Rustam : Hukum Pihak Hina Raja

1- Kerajaan perlu bertindak dengan melaksanaan undang undang-undang bagi mengelakkan pihak tertentu berani menghina dan menghasut rakyat supaya membenci sultan.

2- Penderhaka-penderhaka tersebut mesti dihukum dengan cara dilucutkan hak kerakyatan atau ditahan ISA atau dihadapkan ke mahkamah.

pemudagerik : jika penderhaka tersebut kurang ajar terhadap kedaulatan undang-undang dan tidak setia kepada raja, mereka boleh keluar dari menjadi rakyat Malaysia!

Sunday, March 8, 2009

JANGAN HINA DEWAN KEMULIAAN PERAK

1- Sidang DUN bawah pokok sebenarnya menunjukkan sikap sebenar pemimpin PR yang tidak menghormati undang-undang. Media PR sengaja menghentam SUK Perak kononnya melanggar kuasa speaker tetapi mereka lupa sidang DUN hendaklah mendapat kebenaran dari keputusan mahkamah dahulu. Janganlah putar belitkan fakta kerana rakyat bukannya bodoh!

2- Sidang DUN bawah pokok adalah jerat dan taktik kotor PR untuk terus mendesak pembubaran DUN dan menunjukkan seolah-olah mereka ini hebat dan rakyat mahukan mereka memerintah semula. Melayu mudah lupa, PAS juga terlupa siapa mereka di kerusi exco negeri. Sombong dan angkuh sekali sifat mereka, adakah ini selari dengan Islam?

3- Sidang DUN bawah pokok sengaja dicetuskan kononnya sistem pemerintahan di Malaysia ini sangat teruk dan mengamalkan diskriminasi. Sedarkah mereka yang pihak luar tak kesian langsung tetapi memandang sebagai pemimpin yang ada pada PR dangkal dengan undang-undang dan hilang pedoman sebagai pemimpin.

4- Sidang DUN bawah pokok adalah persidangan penipuan terang-terangan kerana speaker menghalang semua ADUN BN dan BEBAS hadir serta meluluskan 3 usul. Jika semua ADUN hadir sudah pasti bukan sahaja undi tidak percaya berlaku kepada Nizar bahkan speaker juga bakal dinyahkan dari kerusinya itu. Rasionallah sikit pemimpin PR, kami rakyat sudah muak dan jelek dengan tindakan anda semua!

Friday, March 6, 2009

SEDARLAH WAHAI PAS DAN NIZAR...

1. Nizar perlu muhasabah diri sendiri, atas sebab apakah dia dilantik menjadi MB. Sebagai peringatan kepadanya dan rakyat Perak amnya, Nizar dilantik memegang jawatan MB Perak setelah Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak menghendaki hanya orang melayu sahaja yang layak menjadi MB dan menerajui kerajaan negeri Perak setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan Perak.

2. Apakah PAS lupa bahawa berapakah kerusi DUN yang dimenanginya dalam pru-12? Bukankah lebih sedikit berbanding dengan DAP tau PKR? Adakah kerana angkuhnya bila orang PAS dilantik sebagai MB maka dengan penuh rasa syahidnya sanggup menghalang kereta Raja Dr. Nazrin...

3. Mungkin PAS mahupun Nizar lupa bahawa orang-orang UMNO lah yang membuka lembaran Undang-undang Kerajaan Tubuh Negeri Perak bagi memastikan hanya yang berhak sahaja memegang jawatan orang no.1 dalam pentadbiran kerajaan negeri. UMNO berjuang untuk memastikan Nizar dilantik jadi MB walau hakikatnya UMNO hanyalah pembangkang dalam DUN. Insaf dahulu pendapatan, insaf kemudian tiada gunanya...

To God's Child..

1. Maybe u are not in politician side (u said) but i'm surely u follow what happened in politics.

2. If u think logically, can PR Perak state goverment or Nizar will be plan to settle the flood issue in 11 month? How and when can they got the 'dana'?They just keep and continue what the BN planning, maybe u dont know about that right?

3. What i'm mentioned is about coorperation and enhancement to DYMM Sultan Perak. At the same time i just remember to him that who put him in that post (MB)? We have democracy system, when 3 PR DUN out from their parties so absolutely BN can take over the state goverment. U sure about that right?

Tersirat dan Tersurat

Kita sebagai Pemuda UMNO hendaklah bersatu dan bekerjasama dengan pemuda Selangor yang sekarang memperjuangkan hak kita. Mereka sanggup ke hadapan untuk bertarung dengan Karpal Singh dan konco-konconya yang mengatakan Pemuda UMNO celaka.

Jika kita fikir secara rasional, apakah maksud disebalik ayat tersebut. UMNO didokong 100% orang-orang melayu. Maka, pemuda UMNO adalah generasi orang-orang melayu. Jika celaka pemuda UMNO maka celakalah pemuda melayu! Pernahkah orang-orang melayu PAS, PKR, NGO atau yang tak ambil tahu tentang politik berfikir???

Sampai bila kita sebagai anak bangsa nak dengar penghinaan dan cercaan sebegini, perlukah kita secara diplomasi atau toleransi? Jangan biar kudis-kudis ini merebak menjadi barah, nanti yang rugi bangsa sendiri. Jika pahlawan kita Dato' Maharajalela tahu begini akan berlaku, sumpah dia tak akan bunuh JWW Birch! Kerana dia malu melihat anak bangsa ini diperlekeh dan diinjak-injak seperti tiada maruah!!!

Thursday, March 5, 2009

BILA PEMIMPIN HILANG RASIONAL

Di media massa kini hangat memperkatakan tentang DUN Perak. Isunya tak lain tak bukan tentang perundangan Dewan Undangan Negeri. Nampaknya speaker Sivakumar cuba bermain dengan api apabila dengan sengaja berterusan mencetuskan suasana politik tegang dengan cara menghalang Wakil rakyat BN / Bebas hadir ke persidangan DUN dan mengiktiraf Nizar sebagai MB sedangkan kita sedia maklum jawatan itu kini dipegang oleh Dr. Zambry yang pelantikannya diperkenankan oleh DYMM Sultan Perak. Perkara terbaru apabila sidang DUN khas haram telah dilakukan di bawah pokok bak cerita Laksamana Do Re Mi. Apa yang dimahukan oleh PR ini? Semuanya hanyalah polemik politik yang menunjukkan pemimpin dari PR memang bukan berjuang untuk rakyat tetapi hanyalah kepentingan parti politik masing-masing. Sungguh memalukan kita rakyat dari negeri bertuah ini apabila perkara seperti itu berlaku dikala isu masalah ekonomi dan pekerjaan sedang melanda rakyat. Inikah pemimpin yang nak membela rakyat atau suka main ‘pondok-pondok’. Kerajaan BN sedang berusaha dengan pelbagai cara agar rakyat Malaysia amnya dapat hidup dengan baik ketika kegawatan ekonomi dunia jatuh merudum. Kepada rakyat Perak, kita hendaklah mengambil iktibar dan pedoman ke atas apa yang terjadi. Janganlah kita dengan sewenang-wenangnya percaya dengan janji manis pemimpin PR yang sedap bercakap dari buat kerja. Pemimpin PR juga dinasihatkan agar jangan cuba bermain dengan api kerana nanti binasa diri, pemuda-pemuda UMNO dah lama bersabar dan ada juga yang semakin tidak sabar terutama dengan penghinaan ke atas DYMM Suktan Perak dan kebiadapan Karpal Singh dalam ayatnya “Pemuda UMNO celaka”.

Monday, March 2, 2009

Nizar : Si Tanggang Moden

Rukun Negara yang kedua jelas menyatakan KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA tetapi apa yang berlaku kepada bekas MB Perak ini nyata tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang benar-benar memahami apa itu erti rukun negara. Apa yang menjadi tanda tanya mengapa ia berlaku kepada seorang yang diangkat menjadi pemimpin dan sudah tentunya merupakan rakyat negeri Perak. Adakah Nizar berbangga dengan status sebagai seorang MB atau terlalu megah bila menjadi orang no.1 dalam negeri. Sedarlah wahai Nizar, BN bukan menang dibumi Perak dengan mengambil kesempatan tetapi di atas kepincangannya semasa menjadi pemerintah. Rakyat sudah mulai sedar bahawa PR tidak membawa sebarang makna malah hanya gah atas nama kononnya pembawa demokrasi moden. Yang menghairankan ialah Nizar seolah-olah lupa bahawa siapa yang melantiknya menjadi MB sedangkan PAS hanya menang 6 kerusi DUN sahaja, atas tiket apa yang melayakkan dia duduk di kerusi empuk itu? Sudah tentu semuanya atas perkenan DYMM Sultan Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri sahaja. Sekarang ini Nizar sedang buat 'road show' di seluruh negara untuk menyatakan yang dia masih lagi MB Perak yang sah dan masih lagi mendapat kepercayaan rakyat di negeri Perak serta beria-ia mahu menyaman kerajaan pimpinan BN. Semua itu jelaslah bahawa sebenarnya Nizar ini seorang yang seolah-olah tidak tahu tentang undang-undang dan gagal menjadi pemimpin yang sejati tetapi lagak 'ayam berkokok di siang hari'.