Sunday, March 8, 2009

JANGAN HINA DEWAN KEMULIAAN PERAK

1- Sidang DUN bawah pokok sebenarnya menunjukkan sikap sebenar pemimpin PR yang tidak menghormati undang-undang. Media PR sengaja menghentam SUK Perak kononnya melanggar kuasa speaker tetapi mereka lupa sidang DUN hendaklah mendapat kebenaran dari keputusan mahkamah dahulu. Janganlah putar belitkan fakta kerana rakyat bukannya bodoh!

2- Sidang DUN bawah pokok adalah jerat dan taktik kotor PR untuk terus mendesak pembubaran DUN dan menunjukkan seolah-olah mereka ini hebat dan rakyat mahukan mereka memerintah semula. Melayu mudah lupa, PAS juga terlupa siapa mereka di kerusi exco negeri. Sombong dan angkuh sekali sifat mereka, adakah ini selari dengan Islam?

3- Sidang DUN bawah pokok sengaja dicetuskan kononnya sistem pemerintahan di Malaysia ini sangat teruk dan mengamalkan diskriminasi. Sedarkah mereka yang pihak luar tak kesian langsung tetapi memandang sebagai pemimpin yang ada pada PR dangkal dengan undang-undang dan hilang pedoman sebagai pemimpin.

4- Sidang DUN bawah pokok adalah persidangan penipuan terang-terangan kerana speaker menghalang semua ADUN BN dan BEBAS hadir serta meluluskan 3 usul. Jika semua ADUN hadir sudah pasti bukan sahaja undi tidak percaya berlaku kepada Nizar bahkan speaker juga bakal dinyahkan dari kerusinya itu. Rasionallah sikit pemimpin PR, kami rakyat sudah muak dan jelek dengan tindakan anda semua!

No comments: