Monday, March 2, 2009

Nizar : Si Tanggang Moden

Rukun Negara yang kedua jelas menyatakan KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA tetapi apa yang berlaku kepada bekas MB Perak ini nyata tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang benar-benar memahami apa itu erti rukun negara. Apa yang menjadi tanda tanya mengapa ia berlaku kepada seorang yang diangkat menjadi pemimpin dan sudah tentunya merupakan rakyat negeri Perak. Adakah Nizar berbangga dengan status sebagai seorang MB atau terlalu megah bila menjadi orang no.1 dalam negeri. Sedarlah wahai Nizar, BN bukan menang dibumi Perak dengan mengambil kesempatan tetapi di atas kepincangannya semasa menjadi pemerintah. Rakyat sudah mulai sedar bahawa PR tidak membawa sebarang makna malah hanya gah atas nama kononnya pembawa demokrasi moden. Yang menghairankan ialah Nizar seolah-olah lupa bahawa siapa yang melantiknya menjadi MB sedangkan PAS hanya menang 6 kerusi DUN sahaja, atas tiket apa yang melayakkan dia duduk di kerusi empuk itu? Sudah tentu semuanya atas perkenan DYMM Sultan Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri sahaja. Sekarang ini Nizar sedang buat 'road show' di seluruh negara untuk menyatakan yang dia masih lagi MB Perak yang sah dan masih lagi mendapat kepercayaan rakyat di negeri Perak serta beria-ia mahu menyaman kerajaan pimpinan BN. Semua itu jelaslah bahawa sebenarnya Nizar ini seorang yang seolah-olah tidak tahu tentang undang-undang dan gagal menjadi pemimpin yang sejati tetapi lagak 'ayam berkokok di siang hari'.

2 comments:

GOD'S CHILD said...

I THOUGHT ONE WITH MASTERS DEGREE HAS GOT BRAIN BUT THIS STUPID CIKGU HASN'T GOT ONE. YOU SAY THAT RAKYAT HAS REALIASED THAT PR CANNOT BRING DEVELOPMENT TO PERAK , I OUGHT YOU TALKING SHIT,WE HAD FLOOD PROBLEM IN MERDEKA GARDEN IPOH OVER LAST 25 YEAR, THE BN GOVERNMENT NEVER TOOK THE INITIATIVE TO SOLVE THE PROBLEM. AFTER PR GOVERNMENT CAME TO POWER, THE FLOOD MITIGATION PROGRAM HAS STARTED WHAT ROD ARE TALK, I AM VERY SURE YOU ARE UMNO GOON .I DON'T REPRESENT ANY POLITICAL PARTY. I ALWAYS SEE AND HEAR THE GOOD ONLY

Anak Perelih said...

Jika betul rakyat sudah tidak menyokong PR sekarang ini, saya cabar UMNO/BN untuk membubarkan DUN supaya rakyat dapat menunjukkan ketidakpuasan mereka kepada PR disamping memberikan kedudukan lebih selesa kepada BN/UMNO dan menghentikan kemelut sekarang ini...

Adakah Tan Sri Ghazali Jawi (bapa D.S. Tajol Rosli) juga si Tanggang Moden dan tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang benar-benar memahami apa itu erti rukun negara kerana tidak mahu meletak jawatan MB apabila dititahkan oleh Sultan Idris untuk meletak jawatan?????