Tuesday, August 4, 2009

GMI & PAS : HAK ASASI MANUSIA ATAU MEMPERALAT MANUSIA

1- Pendedahan sensasi oleh seorang bapa yang 'berang' dengan tindakan penganjur perhimpunan haram anti-ISA membuatkan penganjurnya GMI dan PAS tidak senang duduk. Ini kerana menurut bapa kepada remaja yang hanya berusia 15 tahun tersebut, penganjur bertindak lepas tangan setelah anaknya terlibat dengan kemalangan di Bukit Beruntung sewaktu dalam perjalanan ke KL untuk terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. Menurut remaja itu juga beliau telah membayar RM35 untuk mengikuti rombongan tersebut dan dibekalkan sehelai 'baju merah' yang merujuk kepada baju yang dipakai oleh "Unit Amal PAS". Pemuda PAS hari ini telah membuat kenyataan yang mereka akan menyisat perkara tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan. Namun begitu, apa yang paling mengecewakan ialah Pemuda PAS memberi maklum balas bahawa tiada 'paksaan' untuk menyertai Unit Amal kerana ianya adalah secara sukarela tidak kira samada orang dewasa atau remaja bawah umur. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa mereka tidak tahu apa yang mereka perjuangkan dalam menuntut 'hak asasi manusia'!

2- Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, mengambil pendekatan mudah dalam menjawab isu tersebut dengan menyatakan ahli-ahli PAS bukan seperti penyokong UMNO yang setiap kali datang untuk berhimpun mesti hendak dibayar 'upah' atau sekurang-kurangnya nasi bungkus sebaliknya ahli-ahli PAS sanggup berkorban demi perjuangan mereka. Sedarkah PAS bahawa ahli-ahli UMNO telah lama berkorban dalam perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan secara "PERCUMA". Cuma bila mana ada segelintir ahli UMNO yang mempunyai sedikit harta sanggup berkorban harta mereka dengan sedekahkan kepada penyokong UMNO dalam program-program mereka. Mereka faham dan tahu akan keringat pengorbanan penyokong UMNO yang sanggup meninggalkan anak bini di rumah dan ambil cuti demi perjuangan untuk negara. Bukan sebaliknya seperti PAS yang sanggup memerah keringat penyokongnya dan tenaga mereka tanpa mengambilkira hal-hal lain bahkan orang-orang PAS yang kaya pun tak mengambil tahu bahkan sanggup melihat penyokong PAS susah dari membantunya. Yang bodoh, yang tertindas, yang teraniaya, yang kena gas pemedih mata, yang kena semburan air, yang berdemontrasi, yang sanggup tak bagi anak bini makan semata untuk simpan duit datang demo, yang kena tangkap dan yang terTIPU adalah penyokong PAS bawahan, orang atas senang lenang gelak ketawa.

3- Pengerusi GMI, dengan angkuhnya menafikan bahawa terdapat penyokongnya yang dibayar malah mendakwa semua adalah fitnah, tetapi mungkin beliau akan dilaknat kerana tidak bercakap benar kerana sudah jelas dan tersuluh bahawa beberapa orang penyokong sendiri mengakui mereka 'telah dibayar' untuk berdemontrasi pada hari itu. Bukan sahaja upah malah jaminan untuk mereka tidak ditahan turut diberi, jika ditahan juga maka GMI akan sediakan peguam untuk melepaskan mereka. Dengan sombong dan takbur beliau menambah, penyokong GMI akan mendapat balasan 'pahala' dari Allah s.w.t kerana sanggup berkorban untuk memusnahkan ISA. Persoalan di sini, siapa beliau untuk menentukan 'pahala' dan 'dosa'? Adakah berdemontrasi yang berjaya merosakkan sistem ekonomi orang-orang Islam yang berniaga di kawasan tersebut adalah halal disisi agama Islam? Dimanakah kezaliman kerajaan sehingga beliau benar-benar sengsara dan dizalimi?

pemudagerik: Ini semua taktik kotor pihak pembangkang untuk menarik perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa seolah-olah negara kita sedang mengalami krisis politik yang teruk setaraf Thailand, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Sedangkan hakikat sebenarnya pemimpin pembangkang juga menikmati kekayaan, kemakmuran, keharmonian dan kedamaian yang ada dalam negara. Cuma bila kuasa menjadi impian, sifat kemanusiaan menjadi kebinatangan.

1 comment:

jebat_baik said...

semoga pintu taubat terbuka untuk manusia-manusia yang rakus dgn kuasa. orang melayu jgn lah jadi hamba yang hina dina