1- PPSMI telah diputuskan oleh kabinet akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat dan bermula tahun 2012 akan digunakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia dan bahasa ibunda (cina dan tamil). Pengumuman yang dibuat oleh TPM yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin, telah memberi kelegaan kepada hampir 3 juta pelajar melayu di seluruh negara yang mana rata-rata menganggap kelemahan penguasaan bagi subjek matematik dan sains berpunca dari penggunaan bahasa inggeris sebagai medium pembelajaran. Namun begitu, pihak pembangkang juga berjaya 'menangguk air di keroh' dengan menyatakan bahawa kejayaan pemansuhan PPSMI adalah dari perjuangan mereka selama ini tanpa mereka ketahui bahawa terdapat berpuluh-puluh NGO sebelum itu telah lama memperjuangkannya. Kerana itulah mereka sempat memperdayakan rakyat semasa pilihanraya kecil yang lalu seterusnya memberi sedikit kelebihan untuk menang.
2- Walaupun terdapat beberapa individu, NGO dan PIBG sekolah yang tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana amat yakin dengan PPSMI sewajarnya boleh diguna pakai lagi terutama sekolah-sekolah kawasan bandar tetapi kerajaan yang telah mempertimbangkan dari semua aspek serta kajian yang dilakukan tetap dengan pendiriannya demi memastikan objektif Wawasan 2020 tercapai dengan jayanya. Dengan hal itu jugalah kerajaan tidak melaksanakan pengembalian pengajaran matemati dan sains kepada bahasa asal secara mendadak.
3- Namun begitu, pihak pembangkang terus-menerus memainkan peranan mereka secara 'zahir' atau 'batin' dengan cara mempengaruhi beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI untuk menentang pula keputusan kerajaan tersebut. Mereka menawarkan perkhidmatan secara terus dengan menggalakkan pihak-pihak tersebut untuk membuat bantahan yang agresif bagi memastikan seolah-olah kerajaan bertindak 'zalim' dan 'kejam'. Salah satu tindakan yang mereka lakukan ialah memberi kertas soal selidik kepada PIBG sekolah tersebut untuk menyatakan pendirian berkenaan PPSMI. Hasilnya di sekolah SMK Sri Hartamas, 97% menyokong PPSMI semula.
pemudagerik: Dimana pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan PPSMI dahulu, sebelum ini beriya-iya benar untuk menghapuskan PPSMI sehingga 'memaksa' golongan Saaterwan Negara menyertai demontrasi yang mereka anjurkan. Tetapi bila ada sesetangah pihak yang membantah pemansuhan PPSMI, mereka ini terus sepi dan 'menyorok'. Adakah semua ini atas dasar konspirasi politik semata-mata.
No comments:
Post a Comment