Monday, March 23, 2009

MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU BUKAN SIKAP PERKAUMAN

1- Semakin kuat dan lantang suara-suara pejuang melayu mengenai masalah yang melanda hidup orang melayu atau ketuanan melayu maka akan kedengaran jugalah suara-suara sumbang yang seolah-olah mempertikaikan konsep ketuanan melayu di negara kita. Para pejuang melayu ini tidak langsung menyentuh apatah lagi mempertikaikan hak-hak orang bukan melayu yang nyata kebanyakannya dapat hidup dengan senang di negara bertuah ini. Sehinggakan kedengaran suara lagaknya seperti protes yang datang dari seseorang dari Johor yang melabelkan melayu mengamalkan dasar bumiputerisma dalam pentadbiran negara. Saya dan ramai rakyat tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan bumiputerisma itu? Adakah ia menyamai dengan dasar aparthied digunakan di salah sebuah negara afrika? Jika itulah maksud yang dinyatakan, ini menunjukkan bahawa beliau merupakan rakyat yang biadap dan tidak memahami apakah sebenarnya dasar aparthied. Beliau lupa dengan sistem apakah yang beliau dapat hidup dengan aman, memperolehi pendidikan yang sewajarnya dan sehingga beliau diangkat menjadi seorang pemimpin! Kami orang-orang melayu hanya menghendaki yang hak kami sebagai bangsa utama atau majoriti dalam negara ini dapat dibela serta dibantu oleh kerajaan kerana dengan kami jugalah kerajaan dapat dibentuk untuk mentadbir negara Malaysia. Dalam hal ini, sepatutnya semua kaum di Malaysia faham akan tanggungjawab menjaga keamanan mahupun keselamatan di negara ini dilakukan tanpa perasaan syak wasangka mahupun perasaan hasad dengki demi kepentingan diri sendiri. Keterlaluan yang ditunjukkan oleh HINDRAF sebenarnya sedang membakar api-api pahlawan yang selama ini berjaya dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin dari semua kaum selepas peristiwa 13 mei. Melayu itu berjiwa lembut tetapi tegas, Melayu itu bersikap evolusi dalam revolusi dan Melayu itu sangat pantang dicabar jika bangsa atau agama Islam diusik seperti barang mainan!!!

2- Saya telah membaca dari akhbar Utusan Melayu dalam ruangan surat pembaca. Apa yang dapat disimpulkan dalam tulisan beliau nyata mengundang jawapan dalam kotak pemikiran saya tentang realiti yang berlaku terhadap masyarakat negara kita. Persoalan yang dilontarkan oleh beliau sewajarnya diambil perhatian yang positif dan serius oleh umat melayu masa kini. Dalam tulisannya, beliau menyentuh keupayaan orang-orang bukan melayu yang dapat hidup dengan lebih baik berbanding orang-orang melayu. Namun begitu, tersentuh juga penilaian saya mengenai sikap patriotisma yang sebenar-benarnya. Berikut adalah sedikit kupasan mengenai tulisan beliau.
*"Orang-orang bukan melayu seperti cina atau india tidak takut jika tidak mendapat pekerjaan di Malaysia kerana kaum-kaum mereka terdapat di merata-rata tempat. Sebagai contoh kenalan saya (penulis surat) mendapat kerja di Amerika, di sana beliau bekerja sehingga berjaya dan kaya. Setelah pulang ke Malaysia, dia masih lagi dapat hidup dengan senang untuk beberapa tahun. Selepas beberapa tahun kemudian, beliau mendapat panggilan untuk bekerja di Bangkok bersama rakannya. Dia tidak pernah merasa susah dalam hal-hal pekerjaan kerana mendapat bantuan dari rakan-rakan atau saudara-maranya"
*" Berlainan pula dengan rakan saya (penulis surat) orang melayu, dia telah berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara dan selepas tamat pengajian beliau pulang semula ke tanah air. Setelah berhempas-pulas barulah beliau mendapat pekerjaan walaupun tidak memadai dengan kelulusan yang diperolehinya.

Apa yang saya hendak ulas di sini, usahlah kaum-kaum lain terutamanya cina atau india bersungguh-sungguh untuk berjuang menyatakan bahawa kerajaan seolah-olah ada diskriminasi kepada mereka. Ini kerana kerajaan perlulah memberikan kelebihan kepada bangsa melayu dalam setiap tindakan mahupun keputusan bagi mengimbangi keperluan kaum melayu dengan kaum lain. Sejujurnya saya dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang melayu tidak mempunyai saudara-mara dari negara-negara luar berbanding orang-orang cina. Di sinilah tanah tumpah kami dan di sini jugalah kami berjuang. Jadi kaum-kaum lain perlu sedar akan hakikat yang tidak dapat ditolak ataupun diketepikan.

Sunday, March 22, 2009

Pakatan Rakyat bergelora!!!

1- PAS sangat kecewa kerana wakil PKR, Manikumar telah dicalonkan pada pilihanraya kecil DUN Selambau. PAS sebelum ini telah mewar-warkan kepada para pengikutnya bahawa parti tersebut akan mendapat perkenan majlis tertinggi PR bagi mendapat hak sebagai calon bagi kerusi dun tersebut walaupun PAS sebenarnya mengetahui bahawa kerusi tersebut bukan untuk bahagian PAS. Bagi mengelakkan perasaan para pengikutnya terguris, PAS telah mengesahkan akan bertanding di peringkat parlimen di Perak nanti.

2- Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd. Fairus Khairudin telah meletakkan jawatannya semalam. Ini berikutan krisis yang berlaku dalam sistem kepimpinannya dan ketidakpuashatian beliau dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran negeri. Namun beliau akan kekal sebagai DUN Penanti dan ahli PKR. Sebab perletakkan jawatan tersebut tidak dinyatakan tetapi hasil maklumat sumber-sumber tertentu, Fairus dipercayai menyatakan sebab beliau meletak jawatan kerana ingin menyambung pengajiannya. Selain itu, terdapat juga desas-desus mengatakan bahawa Fairus telah gagal mematuhi arahan dari Anwar Ibrahim dalam kerja-kerja politik.

pemudagerik: Parlimen Bkt. Gantang semakin panas!!!

Friday, March 20, 2009

LELONGAN TUGU DEMOKRASI..

1- PR diketuai oleh DAP akan melancarkan lelongan kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk membeli serpihan tugu demokrasi yang telah dihancurkan oleh pihak berkuasa. Terdapat 6 buah serpihan yang di'frame'kan tetapi hanya 5 yang akan dijual sementara 1 lagi akan diletakkan di pejabat DAP sebagai tanda peringatan.

2- Sembang-sembang dengan rakyat Perak, umum telah mengetahui semua angkara dan perancangan yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan BN di Perak adalah usaha-usaha oleh puak-puak DAP manakala PAS dan PKR seperti kata pepatah "lembu dicucuk hidung". Tugas PAS dan PKR adalah menghimpunkan orang-orang melayu atau india untuk menghadiri ceramah atau demontrasi.

3- Di sini sekali lagi kita memperlihatkan bahawa DAP memainkan peranannya sebagai 'master mind' dalam gerakan menghancurkan Kesultanan Melayu. Orang-orang PAS dan PKR amnya dan melayu khususnya perlu sedar siapa dalang disebalik provokasi untuk mengahancurkan bangsa kita?? Jangan nanti menang sorak, kampung tergadai....!

Dari malaysiakini.com : Speaker Perak 'ada elemen salah guna kuasa', kata SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada elemen bahawa Speaker DUN Perak, V Sivakumar menyalah guna kuasa sewaktu menggantung Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan memanggil lagi beberapa Adun termasuk BN bagi memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan kes itu, lapor laman web Berita Harian."Bagi kita ada elemen salah guna kuasa, SPRM jalankan siasatan... bukan pendakwaan untuk menentukan keterangan berhubung perkara itu dapat dikumpul."Setakat ini, siasatan masih berjalan dan kita akan panggil beberapa lagi (wakil rakyat) yang ada ketika kejadian," beliau dipetik berkata di majlis Gerak Mesra SPRM bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan hari ini.

Pada 18 Februari lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, yang diketuai Sivakumar, menggantung menteri besar daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.Semalam SPRM memanggil baki empat ahli jawatankuasa tersebut: Loke Chee Yan (DAP-Kepayang), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) dan Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai). Sebelumnya Sivakumar dan Adun PAS Selinsing, Husin Din telah memberi keterangan kepada SPRM.

Wednesday, March 18, 2009

Ketua AMK suka populariti...!

1- Wah..wah..wah..hebat sungguh budak gila populariti nie, si shamsul iskandar. Siap pergi buat laporan pada SPRM tentang rasuah politik wang Ali Rustam. Semua tu bukan apa, saja nak tunjuk hero kat hingusan-hingusan AMK yang dia ni memang 'terer' ambil kesempatan. Kononnya umno ni dah berat sangat dengan rasuah.

2- Dalam sibuk dok ambil tahu hal orang lain, cuba-cubalah sama jenguk-jenguk aliran tunai PKR Selangor yang kononnya semua harta exco negeri boleh ditonton melalui website kerajaan negeri. Kot-kot yang ditulis tu baru 10% dari apa yang dia orang dapat. Kes lembu dan kereta pon belum selesai, silap-silap yang tu kene dulu.

3- Yang hebatnya dalam malaysiakini.com siap lapor yang pemuda umno melaka berbaring menghalang kereta ketua AMK, haiii takkan seronok dengan fitnah kot, pemuda umno bukan lah bodoh sampai setakat kereta ketua AMK nak baring-baring macam orang PAS yang halang kereta Raja Muda Perak. Nak panggil pemuda umno penderhaka ker? haha...

pemudagerik: Ketua AMK patut masuk AF7, tak pun Raja Lawak Astro la kalau minat nak jadi popular. Orang kat luar sana tengok meluat tengok orang perangai ala-ala 'poyo' ni. Tiap kali buat kecoh mesti panggil wartawan, dengan harapan dapat masuk muka depan. Huhh tak payah la susahkan diri, belia-belia bukan suka sangat kat AMK cuma seronok dapat rempit motor dan takbir politik (berdosa kalu bukan niat kerana Allah) masa kempen, itu aje...

Saturday, March 14, 2009

Ismail : Calon BN, PRK Bkt. Gantang

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini, Ismail Saffian berazam untuk memberikan khidmat sebaik mungkin kepada masyarakat di situ sekiranya diberikan kepercayaan untuk menjadi wakil mereka.Beliau berkata sebagai parti politik yang menerajui kerajaan pusat dan kerajaan negeri Perak ketika ini, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh BN untuk kemajuan dan kebaikan semua masyarakat di kawasan Bukit Gantang."Yang pentingnya masyarakat di sini masa hari mengundi nanti kena beri kepercayaan mereka kepada BN," katanya kepada pemberita selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beliau sebagai calon BN di majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat Taiping hari ini, lapor Bernama.

Ismail, 49, yang ketika ini adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara berkata beliau akan memohon untuk bersara secara pilihan daripada jawatan itu pada Isnin ini.Beliau yang berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang percaya ketika ini telah ada angin perubahan di kalangan masyarakat setempat yang akan memihak kepada BN lebih-lebih lagi selepas pucuk pimpinan parti itu membuat keputusan meletakkan anak tempatan sebagai calon dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang."Saya yakin kalau pihak jentera BN dapat menunjukkan semangat bekerja sebagai satu pasukan yang tinggi, saya percaya kita akan beroleh kemenangan dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang," katanya.Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang itu merupakan lulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam jurusan Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan mula menyertai Umno sebaik menamatkan pengajian pada 1984.

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada 1984 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Majlis, Majlis Daerah Kerian pada 1988 dan seterusnya bertukar ke Majlis Perbandaran Manjung pada 2000, juga sebagai Setiausaha Majlis.Pada 2008, Ismail bertukar pula ke Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dengan memegang jawatan yang sama sebelum dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang pada penghujung 2008.Beliau adalah Timbalan Ketua Cawangan Umno Kampung Kubu dan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang dan jawatan terakhirnya adalah Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang.Beliau mempunyai seorang isteri Poziah Noh, 45, seorang surirumah dan lima anak, dua lelaki dan tiga perempuan yang berumur antara 10 dan 24 tahun.

Tuesday, March 10, 2009

MB Perak : 'Kemuncak Penderhakaan'

1- Upacara penanaman pokok yang dilakukan oleh PR di Lebuh Istana ketika persidangan haram DUN bukan lambang demokrasi tetapi sebagai kemuncak penderhakaan dan kebiadaban terhadap Sultan dan Undang-undang (perintah mahkamah).

2- PR mengaitkan persidangan tersebut dengan sejarah revolusi Perancis pada 1789 adalah untuk mengelirukan rakyat kerana revolusi tersebut sebenarnya telah menjatuhkan sistem bermonarki mutlak (sistem beraja) dan itulah sebenarnya niat pembangkang iaitu untuk membunuh sistem raja berpelembagaan di negara kita.

3- Nizar dan PAS menipu apabila menyatakan persidangan DUN bawah pokok juga berkaitan dengan peristiwa perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Quraisy yang turut berlangsung di bawah pokok. Ini merupakan penyelewengan dokumentasi Islam yang tidak benar.

pemudagerik : rakyat Perak harus sedar antara yang benar dan salah. PR tidak peduli malah cuba memberi tafsiran salah dan memanipulasikan fakta politik sama ada ianya datang dari Al-Quran, Hadis ataupun sejarah dunia demi kepentingan parti mereka.