Monday, March 23, 2009

MAJLIS PEGUAM USAH CABAR ISLAM!!!

1- Majlis Peguam Malaysia diberi amaran terakhir supaya tidak terus mencabar kesabaran umat Islam apabila mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman webnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata majlis itu sepatutnya menghormati perkara itu kerana kes itu masih dalam semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kabinet juga mengarahkan semua pihak menghentikan membincangkan isu tersebut.

2- Beliau juga sudah menyatakan di Parlimen isu itu tidak boleh dijadikan bahan perbincangan dan tindakan Majlis Peguam mendapatkan maklum balas mengenai perkara itu menerusi laman webnya disifatkan tidak bijak. "Saya nak beri amaran terakhir kepada Majlis Peguam Malaysia dan harap mereka sebagai peguam profesional dan peguam sivil, menghormatinya. Kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dibuat tinjauan (pendapat) dan ia seolah-olah mencabar (perasaan dan kesabaran) orang Islam. "Jangan bermain api dengan orang Islam dan saya harap sikap kita (umat Islam) menghormati agama lain harus juga diterjemah oleh mereka untuk menghormati agama Islam".

3- Tegas beliau lagi, "saya harap selepas ini tidak ada lagi individu atau organisasi mempersoalkan isu ini dan menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu mengenai larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan kerajaan negeri yang juga sudah lama mewartakan perkara itu, dihormati sepenuhnya." Ditanya adakah Majlis Peguam akan dipanggil untuk memberi penjelasan, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak perlu memanggil badan itu. "Hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kalau mereka mempertikaikan ertinya secara tidak langsung mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu. "Mereka jangan marah kalau menerima kebangkitan perasaan marah orang Islam," katanya. Langkah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam berhubung perkara itu disokong oleh beliau.

pemudagerik : Majlis Peguam sepatutnya berperanan untuk memartabatkan institusinya dengan mengambil pendekatan berkecuali dalam hal ehwal politik. Rakyat sebenarnya tahu apa yang berlaku dan apa yang dikehendaki oleh Majlis Peguam iaitu untuk berjuang demi kepentingan pihak-pihak tertentu serta sifatnya yang suka berselindung dengan hal-hal keguaman. Janganlah rasa menjadi peguam adalah menjadi manusia yang terlalu bijak pandai sehinggakan mengenepikan kepentingan negara dan kebijaksanaan rakyat keseluruhannya. Jika berminat dalam politik, jangan berselindung dengan perkataan majlis peguam tetapi turunlah ke gelanggang.

No comments: