Monday, March 23, 2009

MEMPERJUANGKAN HAK MELAYU BUKAN SIKAP PERKAUMAN

1- Semakin kuat dan lantang suara-suara pejuang melayu mengenai masalah yang melanda hidup orang melayu atau ketuanan melayu maka akan kedengaran jugalah suara-suara sumbang yang seolah-olah mempertikaikan konsep ketuanan melayu di negara kita. Para pejuang melayu ini tidak langsung menyentuh apatah lagi mempertikaikan hak-hak orang bukan melayu yang nyata kebanyakannya dapat hidup dengan senang di negara bertuah ini. Sehinggakan kedengaran suara lagaknya seperti protes yang datang dari seseorang dari Johor yang melabelkan melayu mengamalkan dasar bumiputerisma dalam pentadbiran negara. Saya dan ramai rakyat tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan bumiputerisma itu? Adakah ia menyamai dengan dasar aparthied digunakan di salah sebuah negara afrika? Jika itulah maksud yang dinyatakan, ini menunjukkan bahawa beliau merupakan rakyat yang biadap dan tidak memahami apakah sebenarnya dasar aparthied. Beliau lupa dengan sistem apakah yang beliau dapat hidup dengan aman, memperolehi pendidikan yang sewajarnya dan sehingga beliau diangkat menjadi seorang pemimpin! Kami orang-orang melayu hanya menghendaki yang hak kami sebagai bangsa utama atau majoriti dalam negara ini dapat dibela serta dibantu oleh kerajaan kerana dengan kami jugalah kerajaan dapat dibentuk untuk mentadbir negara Malaysia. Dalam hal ini, sepatutnya semua kaum di Malaysia faham akan tanggungjawab menjaga keamanan mahupun keselamatan di negara ini dilakukan tanpa perasaan syak wasangka mahupun perasaan hasad dengki demi kepentingan diri sendiri. Keterlaluan yang ditunjukkan oleh HINDRAF sebenarnya sedang membakar api-api pahlawan yang selama ini berjaya dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin dari semua kaum selepas peristiwa 13 mei. Melayu itu berjiwa lembut tetapi tegas, Melayu itu bersikap evolusi dalam revolusi dan Melayu itu sangat pantang dicabar jika bangsa atau agama Islam diusik seperti barang mainan!!!

2- Saya telah membaca dari akhbar Utusan Melayu dalam ruangan surat pembaca. Apa yang dapat disimpulkan dalam tulisan beliau nyata mengundang jawapan dalam kotak pemikiran saya tentang realiti yang berlaku terhadap masyarakat negara kita. Persoalan yang dilontarkan oleh beliau sewajarnya diambil perhatian yang positif dan serius oleh umat melayu masa kini. Dalam tulisannya, beliau menyentuh keupayaan orang-orang bukan melayu yang dapat hidup dengan lebih baik berbanding orang-orang melayu. Namun begitu, tersentuh juga penilaian saya mengenai sikap patriotisma yang sebenar-benarnya. Berikut adalah sedikit kupasan mengenai tulisan beliau.
*"Orang-orang bukan melayu seperti cina atau india tidak takut jika tidak mendapat pekerjaan di Malaysia kerana kaum-kaum mereka terdapat di merata-rata tempat. Sebagai contoh kenalan saya (penulis surat) mendapat kerja di Amerika, di sana beliau bekerja sehingga berjaya dan kaya. Setelah pulang ke Malaysia, dia masih lagi dapat hidup dengan senang untuk beberapa tahun. Selepas beberapa tahun kemudian, beliau mendapat panggilan untuk bekerja di Bangkok bersama rakannya. Dia tidak pernah merasa susah dalam hal-hal pekerjaan kerana mendapat bantuan dari rakan-rakan atau saudara-maranya"
*" Berlainan pula dengan rakan saya (penulis surat) orang melayu, dia telah berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara dan selepas tamat pengajian beliau pulang semula ke tanah air. Setelah berhempas-pulas barulah beliau mendapat pekerjaan walaupun tidak memadai dengan kelulusan yang diperolehinya.

Apa yang saya hendak ulas di sini, usahlah kaum-kaum lain terutamanya cina atau india bersungguh-sungguh untuk berjuang menyatakan bahawa kerajaan seolah-olah ada diskriminasi kepada mereka. Ini kerana kerajaan perlulah memberikan kelebihan kepada bangsa melayu dalam setiap tindakan mahupun keputusan bagi mengimbangi keperluan kaum melayu dengan kaum lain. Sejujurnya saya dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang melayu tidak mempunyai saudara-mara dari negara-negara luar berbanding orang-orang cina. Di sinilah tanah tumpah kami dan di sini jugalah kami berjuang. Jadi kaum-kaum lain perlu sedar akan hakikat yang tidak dapat ditolak ataupun diketepikan.

1 comment:

Melayugrik said...

malangnya orang yang memperjuangkan Melayu sering digantung keahlian..... Kenapa ?? Apakah UMNO itu masih relevan memperjuangkan nasib Melayu di Tanah Melayu tercinta ini ?? Cakap melambung-melambung tindakan sering bercanggah dengan apa yang diperkatakan !!