Monday, April 27, 2009

Final Piala FA : Kepimpinan UMNO Kelantan Wajar Di Puji

1- Perlawanan akhir Piala FA 2009 menyaksikan pasukan Kelantan dan Selangor mempamerkan aksi yang menarik. Walaupun kedua-dua pasukan menyajikan permainan yang terlalu berhati-hati namun telah berjaya menghiburan lebih 90 ribu penonton dan penyokong kedua-dua pasukan. Pemerhatian yang dilakukan, terdapat penyokong Kelantan telah sehari 'berkampung' lebih awal sebelum sepak mula. Ini menunjukkan bahawa bolasepak masih lagi sebagai sukan no.1 di negara kita. Keputusan akhir telah menyebelahi pasukan Selangor apabila memenangi sepakan penalti, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 setelah mengharungi perlawanan masa tambahan. Tahniah dan syabas kepada Selangor mahupun Kelantan.

2- Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah kesungguhan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Anuar Musa yang mana tanpa rasa jemu dan bersikap prejudis sanggup berusaha mengembalikan kegemilangan bolasepak Kelantan. Usaha beliau yang bersungguh-sunguh membawa beberapa pemain berpengalaman untuk digabungkan dengan pemain tempatan malah berjaya membawa jurulatih asing profesional serta telah berpengalaman terhadap bolasepak rantau asia tenggara iaitu Peter Butler (pernah membimbing pasukan Thailand dan kelab Indonesia). Tan Sri juga bersedia menerima risiko dalam peraturan dan kerenah bolasepak Malaysia. Yang terkini, walaupun pasukan Kelantan kalah dalam perlawanan akhir tetapi Tan Sri tetap menawarkan ganjaran kunjungan ke Old Trafford (stadium bolasepak Manchester United). Semua ini dilakukan kerana untuk kembali mengangkat maruah dan kegemilangan bolasepak Kelantan yang mana kali terakhir bermain dalam perlawanan akhir peringkat nasional ialah pada tahun 1970 (39 tahun lalu). Inilah jasa yang patut dikenang oleh rakyat Kelantan khususnya.

3- Tan Sri Anuar Musa perlu mendapat pengiktirafan oleh rakyat Kelantan. Walaupun beliau kalah dalam PRU-13, beliau masih mahu menabur jasa kepada Kelantan. Inilah pemimpin, bukan hanya menang menghina, menabur fitnah dan memenangi hati rakyat dengan tuduhan-tuduhan palsu. Namun apa yang mengecewakan ialah terdapat sikap suka 'mengambil kesempatan' oleh pihak-pihak yang sepatutnya terlibat aktif tetapi hanya suam-suam kuku dan apabila pasukan bolasepak masuk ke perlawanan akhir, tanpa segan silu menyatakan bahawa mereka telah banyak membantu sehingga sanggup menawarkan puluhan ribu ringgit semata-mata mahu menunjukkan mereka terlibat secara langsung. Ada juga rakyat yang terpedaya dan buta hati sehingga sanggup mengibarkan bendera pihak tersebut semasa di stadium. Orang berbudi, kita berbahasa maka dengan itu jika kita celik hati dan jiwa fikir-fikirkan lah.

pemudagerik : Red Warriors unik dengan slogan "gomo kelate gomo"

No comments: