1- Terkedu seketika apabila membaca artikel dalam blog malaysiakini tulisan Hishamudin Rais. Dia seorang penulis yang baik tetapi apa yang ditulisnya amatlah tidak baik. Mungkin orang-orang begini bangga dengan apa yang ditulisnya. Dia menulis dari apa yang difikirkannya betul dan benar. Orang sebegini biasanya tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang ditulis dan tidak peduli apa kesan hasil tulisannya. Jika dibaca dengan intonasi yang betul, jelas mendapati seolah-olah bangkai haiwan lebih bersih dari hatinya.
2- Penulisan yang menghina manusia lain umpama memakan daging manusia yang lain itu. Itulah hati dan jiwanya. Artikelnya yang bertajuk "kesetian kepada upah, bukan raja!" dan "anak muda tidak tergila-gilakan raja" boleh diumpamakan zionis melayu. Apa yang ditulisnya adalah satu pembohongan yang paling dahsyat dan amat-amat keji. Orang melayu yang mempertahankan institusi raja-raja melayu tidak ada sikap mengambil upah untuk menyokong raja dan tidak sesekali menghormati raja kerana keturunannya semata-mata. Bangsa melayu tahu batas-batas dalam menghormati rajanya dan tidak sesekali melanggar sumpah derhaka kepada pemerintahnya. Dia mungkin tidak kisah tidak mempunyai raja kerana dia hanya memuja 'che guevera' yang kononnya hebat dalam pemikirannya. Hebat sangatkah yang dipujanya itu, sehingga tidak ada contoh lain yang paling hebat. Inilah yang dikatakan sebagai agen pemikir barat yang sudah tentu sesat dalam penilaian kerohaniannya.
3- Bangsa melayu amat malu dengan kewujudan orang seperti ini. Dia seolah-olah menghina bangsa melayu dan bukan seperti orang berbangsa melayu yang tahu keluhuran peribadinya. Dia hanya menulis untuk kontroversi dan wang!. Janganlah dihati orang-orang melayu mempunyai jatidiri seperti ini kelak anak bangsa yang rugi. Jangan jadi munafik! Hanya nama dan keturunannya melayu tetapi jiwanya memuja orang-orang kafir yang tidak mahu mengakui yang Maha Esa. Sudahlah dengan momokan bahawa pemikr barat itu hebat dan istimewa kerana kita berpaksikan kepada syahadah. Ingatlah apa yang kita tulis pada hari ini akan terkesan kepada kita kemudian hari. Semoga dia insaf dan sedar bahawa menulis itu juga satu dakwah, berdakwahlah kepada kebenaran dan keilkhlasan untuk agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment