Friday, April 24, 2009

KEBEBASAN AKHBAR DINODAI LAGI

1- Begitulah hakikatnya jika kepentingan politik melebihi tataetika dalam menyebarkan maklumat. Dalam kita menjadikan media sebagai medium penyebaran maklumat, kita juga harus faham bahawa sesuatu maklumat yang ingin disampaikan itu hendaklah tepat dan benar. Kita tidak perlu menipu rakyat untuk menjadikan sesuatu yang nyata salah dipandang sebagai benar. Propaganda yang dilakukan hendaklah berentitikan kesahihan dan telus.

2- Dalam akhbar Suara Keadilan, bilangan 178, keluaran 21-28 April 2009 di halaman 14 dengan jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang sangat ketandusan idea sehingga sanggup mempergunakan gambar yang telah diedit menggunakan teknik pertindihan gambar atau 'super imposed'. Pada gambar tersebut, Cikgu Suhasni dilihat sedang mengoyakkan gambar Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Teknik 'super imposed' yang digunakan tidaklah sukar untuk dikesan kerana teknik pencahayaan dan perbezaan gambar adalah sangat ketara. Namun apa yang menjadi persoalan, adakah ini sikap pihak pembangkang yang kononnya melaungkan perjuangan untuk rakyat?

3- Untuk itu, pada hari Rabu, 23 April 2009, Cikgu Suhasni yang diiringi Ketua Pemuda Grik, Saudara Mohd. Faizul Dahan dan beberapa AJK Pemuda Bahagian yang lain telah membuat laporan polis di IPD Pudu Kuala Lumpur berhubung dengan gambar tersebut pada jam 6.30 pm yang berakhir kira-kira 4 jam kemudian. Laporan itu dibuat bertujuan bagi membersihkan namanya dan mengelakkan salah faham terhadap kebenaran gambar palsu itu. Ini jelas, gambar palsu itu hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti beliau sebagai ahli pemuda UMNO. Selain itu, gambar palsu tersebut berniat jahat untuk membuat fitnah serta provokasi yang melampau. Menurut Saudara Faizul, "Pihak pembangkang dengan jelas cuba menipu rakyat dengan pelbagai cara sebagai jalan pintas untuk mempengaruhi minda rakyat. Ini juga merupakan antara contoh bagaimana pihak pembangkang sering menyalahgunakan kebebasan akhbar yang diberikan, jika permit mereka ditarik balik maka mereka akan mengatakan bahawa kerajaan membuat tindakan yang menyekat kebebasan bersuara yang diamalkan dalam konsep demokrasi sebenar". Oleh yang demikian, Cikgu Suhasni sedang berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan perundangan bagi membuktikan bahawa diri beliau telah dieksploitasi dan seterusnya memberi pengajaran kepada pihak pembangkang untuk sama-sama mengamalkan pendekatan berpolitik yang jujur, telus dan matang.

No comments: