Wednesday, April 22, 2009

Raja Berpelembagaan : Kuasa Demokrasi Di Tangan Rakyat, Berpaksikan Kepada Ketuanan Melayu

1- Pandangan dari sahabat WARTHOG amat saya hargai. Jelas menunjukkan bahawa sahabat tahu pemula kepada era tamadunisasi umat melayu khasnya. UMNO bukan ditubuhkan untuk memperolehi hak kemerdekaan tanah melayu malah kini UMNO memperjuangkan hak orang-orang melayu dalam modenisasi dunia masa kini. Bukan mudah untuk merdeka kerana ia memerlukan pengorbanan yang sangat luas dan berjasa. Namun adakah kerana momokan pengkhianat bangsa yang kononnya UMNO itu telah terpesong dari perjuangan sebenar dan sikap ketamakannya dalam menjaga kepentingan diri serta tunduk kepada nafsu kuasa, maka dengan mudah kita menyelar UMNO tidak patriotisma, islamik dan melayunisma.



2- Apabila negara kita mengamalkan pemilihan kuasa eksekutif dalam pentadbiran negeri atau negara, maka amalan demokrasi telah mekar dalam sistem kepimpinan negara. Nyata setelah hampir 52 tahun kemerdekaan negara, kini sistem demokrasi yang diamalkan semakin jelas lebih konsisten dan efisyen. Namun apa yang paling kita harapkan ialah sistem beraja yang telah lama diwarisi dalam kehidupan umat melayu dan sejarah ketamadunan umat melayu adalah tunjang kepada kekuatan bangsa kita. Dengan semangat ketuanan bangsa akan kita semua sematkan dalam sanubari sebagai panduan kita dalam evolusi umat melayu. Sultan dan Raja adalah payung kepada rakyat. Setiap sejarah melayu menekankan aspek kepentingan ketaatan kita terhadap Sultan dan Raja. Jangan sesekali kita menderhakai ketuanan melayu ini kelak nanti bangsa yang akan rugi. Jelaslah kata pepatah "raja memayungi rakyat, rakyat mendampingi raja".

No comments: