Saturday, April 18, 2009

PKR TIADA NIAT MEMBELA RAKYAT

1- Selepas setahun menjadi sebahagian dalam sistem pemerintahan negara terutamanya di Pulau Pinang. PKR bolehlah dinilai sebagai parti yang tidak mempunyai asas perjuangan yang jelas dan bermatlamat. PKR seolah-olah sebuah parti yang dijadikan tempat kepada mereka yang berminat dalam dunia potik tetapi tidak mempunyai kesungguhan dalam mengurus tadbir rakyat dengan betul malah PKR adalah batu loncatan kepada sesetangah pemimpin yang suka bersandiwara sahaja.

2- Perkara ini jelas apabila daripa 6 pilihanraya kecil yang telah diakadan selepas PRU-12, 3 daripadanya adalah kerana masalah kepimpinan dalam PKR. Parlimen Permatang Pauh menyaksikan Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen untuk memberi ruang kepada suaminya, Anwar Ibrahim untuk kembali menjadi wakil rakyat (walaupun tidak pernah memberi kelebihan kepada rakyat Permatang Pauh). Ini diikuti DUN Bkt. Selambau (Kedah) di mana bekas wakil rakyat PKR melepaskan jawatannya kononnya diugut oleh pihak-pihak tertentu walhal carita sebenarnya bahawa beliau tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat yang akhirnya hanya menghabiskan masa cutinya di India dan Thailand. Yang terbaru pula adalah di DUN Penanti (P.Pinang), Fairus, bekas Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang ini dikatakan tidak pernah turun padang menjenguk masalah rakyat, berselisihan faham dengan ahli-ahli PKR yang mempunyai agenda lain, terlibat dengan isu rasuah untuk tender kuari, gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik dan tidak mempunyai usaha untuk membantu masalah orang-orang melayu P.Pinang. Malah alasannya untuk memberi tumpuan kepada pelajarannya dilihat sebagai alasan yang jengkel dan tidak bijak (Shahidan Kassim pernah mendapat Ph.D semasa beliau menjadi MB Perlis.

3- Sewajarnya BN menyokong penuh pandangan Perdana Menteri mengenai keperluan BN untuk bertanding di DUN Penanti. Ini bukan gambaran bahawa BN sebagai penakut atau gentar dengan pembangkang tetapi lebih kepada hal-hal kewangan yang mana setiap kali pilihanraya kecil diadakan, maka sejumlah peruntukan besar terpaksa digunakan sedangkan peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk menguruskan kebajikan rakyat. Inilah dikatakan sebagai pemimpin yang telus dan bijaksana. PM bukanlah seorang wakil rakyat yang baru bermain dalam politik, beliau sangat arif dengan keputusan PKR untuk terus bersandiwara dan memperdayakan rakyat dengan hebahan untuk setiap kali pilhanraya maka isu-isu kotor dapat dilontarkan dengan sewenang-wenangnya. Maka, semua parti komponen BN harus bijak menilai mengenai apa yang diutamakan oleh pembangkang.

No comments: