Saturday, April 11, 2009

"KABINET RAKYAT" PEMACU PERUBAHAN NEGARA

1- Tahniah kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak kerana berjaya membentuk kabinet baru yang lebih efisien dan progresif disamping tidak melupakan toleransi perpaduan dalam Barisan Nasional. Syabas juga kepada Timb. PM, Menteri dan Timb. Menteri semua dalam saf kepimpinan yang dilihat sangat seimbang dari semua aspek. Semoga pemimpin-pemimpin kita ini akan terus memacu kegemilangan negara dan mampu memenuhi kehendak rakyat. Keyakinan rakyat terhadap para pemimpin sangat positif ketika ini. Dengan komitmen yang diberikan Insyaallah, BN akan sentiasa diberi menadat dalam pentadbiran negara.

2- Kedengaran juga desas-desus tentang saf kepimpinan baru ini mengenai tiadanya jawatan bagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Khairy Jamaluddin) dikalangan rakyat. Namun, jika kita fikirkan secara lebih mendalam kita mendapati strategi yang dilakukan oleh PM sangat realistik dan taktikal. Ini memandangkan pihak pembangkang cuba mengeksploitasi kemenangan beliau dalam pemilihan KP baru-baru ini. Isu-isu rasuah dan kronisme telah dimainkan semasa pilihanraya kecil sedangkan pembangkang langsung tidak ada bukti untuk menjeaskannya. Cuma apa yang boleh dibuat ialah memberi maklumat palsu dan menuduh kononnya UMNO mengamalkan rasuah keterlaluan. KJ tahu apa yang dibuatnya dan PM tahu apa yang dirancangnya.

3- Anwar Ibrahim dalam kenyataanya dalam malaysiakini.com, kononnya akan membongkar rahsia besar ke atas isu perlantikan Dato' Seri Najib sebagai PM-6 tetapi biasalah semua rakyat dah mengenali DSAI iaitu orang yang suka membuat kenyataan popular dan berlandaskan persepsi. Dengan cara ini beliau dapat mengekalkan perhatian penyokong-penyokongnya untuk sentiasa mengharap sesuatu berita yang sebenarnya adalah palsu dan kosong. Mungkin kepada ahli-ahli PKR yang umpama 'anak burung menunggu makanan' mereka tidak lagi mengenal erti perjuangan agama, bangsa dan negara. Apa yang mereka tahu ialah setiap inci dalam BN/UMNO adalah keji serta penipuan, mereka sangat daif dalam menilai kepimpinan dan perjuangan negara. Mereka lebih rela melihat dan menjadikan Malaysia seperti negara-negara lain yang bergolak. Jika dinilai, perbuatan mereka seperti dirancang oleh pihak-pihak tertentu? Fikirkanlah...

No comments: