Wednesday, April 1, 2009

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KEPIMPINAN PEMUDA YANG BARU

1- Pada 28 mac 2009, terbentuklah saf kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda, YB Razali Ibrahim serta Exco-exco yang telah dipilih oleh perwakilan yang merupakan suara hasrat akar umbi. Semoga pemuda akan lebih produktif dan efisyen dalam menjana modal insan terbilang.

2- Mantan Ketua Pemuda, Dato' Seri Hishammudin menjelaskan yang beliau mahu melihat saf kepimpinan pemuda yang dipilih hendaklah terus memartabatkan UMNO dalam arus politik negara. Beliau juga mengharapkan agar perpaduan dan ikatan kerjasama yang kukuh akan terbina serta dijaga oleh pemimpim pemuda kerana apa yang penting bukan sahaja jawatan dalam parti semata-mata tetapi kemenangan setiap kali pilihanraya. UMNO mesti menjadi tonggak harapan bangsa melayu dan terus memainkan peranan dalam pentadbiran negara.

3- Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak juga mahukan pemuda berani berubah dalam pendekatan politiknya. Pemuda bukan sahaja pendokong kepada aspirasi perjuangan pasti malah memainkan peranan yang lebih agresif dan bersatu padu menggembleng tenaga bagi menjayakan hasrat parti untuk menjaga kepentingan bangsa melayu, agama islam dan kemakmuran negara.

No comments: