1- Seluruh rakyat Malaysia bersyukur di atas pelantikan secara rasmi Dato' Seri Najib sebagai PM ke-6. Peralihan kepimpinan tertinggi negara dengan bersih dan lancar ini jelas menunjukkan UMNO mempunyai kerjasama yang jitu serta toleransi yang cukup tinggi. Tidak ada perebutan kuasa atau penggulingan kerajaan sebaliknya pemimpin UMNO sedia berbincang untuk menyatupadukan dan mengukuhkan perpaduan dalam parti melalui musyawarah. Pemilihan PM-6 merupakan pilihan yang tepat dengan arus perubahan politik semasa, semoga Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada beliau untuk mentadbir negara ini dengan terbaik.
2- Terima kasih juga diucapkan kepada Tun Abdullah di atas segala jasa dan pengorbanan beliau selama hampir separuh abad dalam mengabdikan diri sebagai penjawat awam dan pentadbir negara. Walaupun diasak kanan dan kiri, tanpa rasa goyah atau gentar beliau berhadapannya secara 'gentlement'. Inilah sebenarnya kekuatan beliau dan juga pemimpin dalam UMNO. Nasihat dan panduan yang beliau berikan kepada UMNO sungguh bermakna, amanah ini akan dibela serta dijaga selagi hayat dikandung badan.
3- Pihak pembangkang nyata gagal dalam usaha mereka untuk menghalang peralihan kuasa kepimpinan negara. Memorandum dan bantahan yang dikemukakan nyata palsu serta tidak berasas. Mereka ini wujud dalam sosialisasi politik hanya memperjuangkan kepentingan parti sahaja, jiwa mereka tidak langsung menggambarkan kepentingan rakyat melebihi segala-galanya, pegangan mereka "matlamat menghalalkan cara", propaganda dan persepsi menjadi senjata politik mereka. Ini semua bukan sebab untuk UMNO jatuh mahupun lemah tetapi menjadikan UMNO lebih berani, segar dan berjuang dengan sepenuh hati. Walaupun terdapat juga rakyat yang percaya malah taksub dengan fitnah-fitnah dan cerita-cerita palsu mereka, tetapi percayalah sebahagian besar rakyat tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sudah 52 tahun negara kita merdeka, rakyat amat prihatin dalam konteks kepimpinan negara.
'SATU MALAYSIA' - "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
No comments:
Post a Comment