1- Ketika memberi ceramah di Bkt. Gantang semalam, Anwar dengan angkuh telah cuba menghasut rakyat agar tidak mempercayai kepimpinan PM-6, Dato Seri Najib. Dalam ucapannya, Anwar menyebut bahawa pembebasan 13 tahanan ISA adalah salah satu strategi politik kotor BN terutama jika seseorang PM baru dilantik. Anwar juga sanggup terus menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kuasa pemerintahan negara tidak lama lagi. Alasannya cukup mudah iaitu, mereka akan mendesak kes pendakwaan rasuah dan pembunuhan Altantuya ke atas Najib. Setelah Najib kalah kes maka secara total, pilihanraya umum akan berlaku dan PR akan menang dalam pilihanraya itu nanti. Itu JANJI ANWAR dalam ceramahnya.
2- Pada hakikatnya adakah rakyat terlalu bodoh untuk menilai apa yang diperkatakan oleh Anwar. Bagaimana beliau bersungguh-sungguh menyatakan bahawa Najib akan bersalah dalam tuduhan-tuduhan itu nanti, lagaknya Anwar telah mengatasi kuasa undang-undang malah seolah-olah beliau adalah hakim! Rakyat boleh mendengar khabar angin tetapi tidak sesekali melanggar fakta yang sah. Ini kerana untuk mensabitkan kesalahan seseorang itu bukannya satu tugas yang mudah tanpa bukti atau saksi yang kukuh.
3- Rakyat semua sedia maklum, sikap keterbukaan dan toleransi yang diamalkan oleh UMNO bertujuan untuk menjaga kepentingan perpaduan rakyat. Namun, pihak pembangkang tanpa segan silu mengambil kesempatan ini untuk memburukkan kerajaan dan UMNO. Sejarah ayahanda Najib, Tun Razak jelas mempengaruhi gaya kepimpinan Najib iaitu berjuang memartabatkan orang-orang melayu terutamanya warga FELDA. Jika terdapat juga warga FELDA yang membenci Najib nyata boleh diumpamakan sebagai 'anjing menggigit tangan yang memberi makan'.
4- Karismatik dan sifat jatidiri Najib yang banyak memberi keistimewaan kepada setiap kementerian yang dipegangnya memberi impak yang cukup tinggi terhadap sokongannya. Lihat sahaja institusi pendidikan yang memberi kebaikan kepada guru-guru, bidang ketenteraan yang memperlihatkan perajurit-perajurit kita sentiasa diiktiraf dan dihargai dan lapangan belia serta sukan yang menjadi pemangkin kepada generasi muda yang berdaya saing. Najib tidak pernah berbanggga dengan apa yang telah beliau lakukan kerana beliau memegang amanah sebagai pemimpin dengan tulus ikhlas dan penuh istiqmah.
No comments:
Post a Comment