Monday, May 25, 2009

Husam Musa : Jangan Persendakan UMNO Demi Jawatan

1- Kenyataan orang sudah terbayang kerusi no.2 dalam PAS ""Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia." Tambah beliau , "Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang". Sudah terang lagi bersuluh, inilah realiti sebenarnya pemimpin PAS. Mereka berselindung dengan nama agama dan memburukkan UMNO bagi mendapat sokongan pengundi masing-masing.

2- Jika kita sedar dan insaf, kita akan melihat dengan lebih mendalam dengan mata hati. Jangan kita leka dan lalai dengan apa yang diperjuangkan dengan PAS. Hakikatnya PAS bukan sahaja memesongkan pemikiran umat Islam dalam konsep perjuangan Islam sebenar malah mereka mengamalkan rasuah yang lebih teruk dan dahsyat berbanding UMNO iaitu rasuah duniawi dan rasuah ukhrawi. Rasuah duniawi mereka telah dibongkarkan sendiri oleh Pengerusi Dewan PAS yang menyatakan "terdapat unsur-unsur rasuah dalam pemilihan kepimpinan PAS kali ini, kerana itu kita melihat ramai yang berminat merebut jawatan-jawatan utama berbanding tahun-tahun dahulu". Rasuah ukhrawi pula kita boleh melihat terdapat usaha-usaha peraih-peraih undi PAS semasa menjelangnya setiap kali pilihanraya, " UNDI PAS MASUK SYURGA, UNDI BN (UMNO) MASUK NERAKA". Bukankah itu rasuah yang paling nyata dusta kerana urusan syurga dan neraka hak Allah SWT.

No comments: