1- Salam takziah diucapkan atas pemergian ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob (6o thn) dari UMNO khususnya dan BN khasnya. Walaupun kita bukan satu bumbung dalam berpolitik tetapi sebagai umat Islam kita sedar kita adalah seagama dan itu adalah hakikat yang tidak dapat dipisahkan. Biarlah hal politik hanya menjadi sebahagian dari keperluan dari perjuangan kita dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui ideologi masing-masing.
2- Jika di DUN Penanti, BN mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerana beberapa sebab iaitu tidak mahu membazirkan wang rakyat, tidak mahu mengikut jejak permainan politik pihak pembangkang yang tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat yang perlu diutamakan dan tidak mahu mencampuri urusan pihak pembangkang yang kucar-kacir dalam memburu kuasa politik semata-mata (perletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah). Mungkinkah BN akan bertanding di DUN Manik Urai akan terjawab apabila PM, Dato' Seri Najib akan kembali dari lawatan kerjanya nanti. Ini kerana DUN Manik Urai kosong kerana sebab yang munasabah.
3- BN amat positif untuk bertanding kerana sebelum ini, PRK yang lalu menunjukkan BN dapat menawan beberapa kerusi pada 2004-2007 di Kelantan. Rakyat Kelantan juga sedar bilamana setiap kali menjelang PRU, terdapat sebilangan besar rakyat tempatan tidak dapat balik mengundi kerana terdapat usaha-usaha untuk menghalangnya walaupun kerajaan pusat memberi bantuan yang secukupnya. Kita sedang menunggu reaksi Majlis Tertinggi BN bermesyuarat dan membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment