Tuesday, July 28, 2009

Chua: Suatu Penghinaan

Setelah BN memberinya kuasa sebagai Ahli Parlimen Bakri (Johor) selama hampir 17 tahun dan menjadi Menteri Kesihatan selama 9 tahun, Chua Jui Ming yang telah 2 kali tewas dalam pertandingan merebut kerusi Presiden MCA bertindak keluar dari BN dengan menyertai Pakatan Pembangkang. Tindakan beliau mengundang pelbagai persoalan, sejauh manakah kesetiaan orang-orang cina terhadap BN? Kerana tindakan beliau keluar parti mesti membawa agenda tersendiri dan bersama pengikut-pengikutnya.

Kenyataan yang Chua beri terhadap Perdana Menteri, menampakkan kebiadaban terhadap perjuangan BN yang membela nasib semua kaum tanpa mengira bangsa, agama mahupun parti masing-masing. Dengan jelas, beliau menuduh PM Malaysia terlalu banyak kuasa termasuklah institusi dan parlimen serta parti-parti komponen BN. Kenyataan ini seolah-olah beliau meletakkan kegagalan beliau dalam merebut jawatan Presiden MCA kepada PM. Sedangkan banyak bahagian tidak menyokong beliau kerana beliau selama ini hanya bergantung dengan ihsan parti dan sokongan daripada individu tertentu bukan atas kredibiliti beliau sebagai ahli politik.

pemudagerik: sokong dengan Tun Mahathir "Kaki dalam kasut".

1 comment:

Arif Omar said...

biarlah dia keluar. ada pun buat sakitkan hati aje. cuma saya nak sentuh pemuda gerakan ini. suaranya seperti parti pembangkang. pemuda bn perlu buat sesuatu . pe,muda gerakan ini kerap menikam rakan dari belakang.