Tanggal 1 Ogos 2009 bakal tersingkap sejarah yang tidak pernah berlaku dalam bumi bertuah ini. Demontrasi besar-besaran berkenaan dengan Akta ISA yang diguna pakai oleh kerajaan bagi menahan dan menghalang individu2 yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah yang boleh memudaratkan orang awam seperti tali barut komunis, penjenayah yang dikehendaki pihak antarabangsa seperti al-qaeda atau jemaah islamiah dan pemberontak2 yang menghuru-harakan negara. Namun kononnya atas semangat perjuangan dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang mahukan keadilan yang sewajarnya serta melindungi hak asasi manusia, gerakan untuk memaksa kerajaan membubarkan ISA yang dinaungi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diketuai oleh 'presiden'nya, Syed Ibrahim Syed Noh, mengisytiharkan demontrasi besar-besaran pada tarikh tersebut. Selain GMI, dari laporan malaysiakini.com juga menyatakan terdapat 83 NGO turut sama akan berarak dari pusat bandar KL ke Istana Negara yang mana mereka akan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong DYMM Tuanku Mizan.
Walaubagaimanpun, demontrasi tersebut bukan sahaja akan menjadi medan kepada GMI untuk berdemontrasi untuk menghapuskan ISA tetapi secara 'kebetulan' melibatkan sebuah badan yang bergelar Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) yang bersama-sama 10 NGO yang terus memberi sokongan kepada kerajaan untuk mengekalkan ISA demi kepentingan keselamatan negara. Pewaris digambarkan sebagai 'pengacau' dan 'pencetus' huru-hara kerana melaksanakan demontrasi pada hari yang sama. Keadaan ini memaksa GMI meminta satu pasukan keselamatan 'haram' dikenali sebagai Unit Amal PAS untuk memastikan keselamatan dan suasana keadaan aman dan lancar. Unit Amal PAS juga digelar sebagai 'komando PAS' atau 'uniform merah' sudah awal-awal lagi kita ketahui bahawa mereka sentiasa gagal dalam menangani kekecohan termasuklah di pilihanraya kecil. Mereka ini tidak terlatih dan tidak diiktiraf sebagai badan pengawal keselatan malah unit ini disertai oleh individu-individu yang tidak bekerja tetap malah mempunyai rekod disiplin yang 'agak teruk'.
Jika dilihat kepada motif dan tujuannya dapatlah kita lihat GMI cuba membentuk satu gelombang yang bermotifkan politik semata-mata. Kita semua sedar dan yakin bahawa GMI didalangi oleh parti-parti politik yang berkepentingan dalam melihat kepada sisitem pertahanan negara sebagai senjata untuk menanam benci rakyat kepada kerajaan. Dahulu kita akui terdapat ramai orang-orang melayu yang ditahan di ISA atas berbagai kesalahan jenayah namun telah dibebaskan apabila kajian oleh pihak pertahanan negara bahawa individu tersebut tidak lagi menjadi ancaman kepada negara. Namun, sejak akhir-akhir ini tahanan ISA biasanya terdiri daripada orang-orang bukan melayu yang berjuangan atas tiket pertubuhan haram seperti HINDRAF. Selain itu, ada individu yang ditahan atas faktor mencetuskan huru-hara yang bersifat perkauman dan permainan politik yang boleh menjejaskan ketenteraman orang awam. Beberapa orang ahli PKR juga pernah ditahan sebelum ini kerana dengan sengaja mencetuskan situasi bahaya kepada orang awam.
Sedar atau tidak, kita orang-orang melayu sebenarnya telah terperangkap dengan jaring yang dipanggil sebagai 'HAK ASASI MANUSIA' dan ianya telah berjaya 'mensyabukan' beberapa orang melayu yang sepatutnya boleh memperjuangkan bangsa mereka tetapi memilih untuk menentang kerajaan yang pada hakikatnya sebenarnya telah memberi 'ruang' atau 'jalan' yang seluas-luasnya untuk kita dipijakkan kepala dan terus dihina sebagai bangsa yang mudah diperdaya. Permainan politik yang berteraskan kepada pemusnahan bangsa juga telah lama dipraktikkan di negara-negara lain apabila UMAT ISLAM digelar sebagai "PENGGANAS atau PENJENAYAH ANTARABANGSA". Inilah ang cuba mereka terapkan dalam sisitem pemerintahan negara dan secara dasarnya ianya telah menampakkan hasil yang boleh dikatakan hampir 50%. Mungkin 50 tahun lagi, negara kita ini tidak akan damai sebegini malah lebih teruk dan lebih musnah dari Iraq mahupun Palestin.
pemudagerik: Di mana Pemuda UMNO??? Oooo sibuk dengan mesyuarat rupanya.....
No comments:
Post a Comment