Demontrasi haram Anti-ISA yang digerakkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta disokong oleh beberapa pemimpin parti politik pembangkang tercetus selepas solat zohor. Penyokong-penyokong GMI berarak dari pelbagai tempat antaranya pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman (Sogo, Pertama Kompleks dan kawasan sekitar), Masjid Negara, Central Market dan Jalan Kuching.
Terdapat lebih kurang 5000 orang penyokong yang 99% adalah terdiri daripada orang-orang melayu PAS dan PKR memulakan perarakan setelah bertembung di jambatan Jalan Kuching menuju ke pusat bandar, Jalan TAR. Namun, pergerakan mereka awal-awal lagi telah dihalang oleh anggota FRU yang bertindak memberi amaran terlebih dahulu tetapi tidak diendahkan oleh mereka malah memaki hamun dengan perkataan "jangan kacau" dan "anjing kerajaan". Keadaan yang huru-hara tersebut memaksa FRU melepaskan gas pemedih mata dan semburan air menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Apa yang mengejutkan terdapat berpuluh-puluh kanak-kanak yang dibawa oleh ibubapa masing-masing terlibat dengan demontrasi haram ini. Kanak-kanak ini menangis ketakutan dan meminta untuk pulang tetapi ditegah oleh ibubapanya kerana mereka menyatakan ini "JIHAD". Kanak-kanak dipaksa rela untuk memuaskan 'nafsu' ibubapa mereka. Terdapat juga mahasiswa-wi dari pelbagai universiti yang turut terlibat antaranya dari UM, UPM dan UKM kerana mereka dengan berani memakai baju tertera lencana universiti mereka.
Suasana tegang semula apabila penyokong demontrasi haram bertindak berhimpun kembali bahkan mereka sanggup merempuh sekatan polis. Ini memaksa FRU bertindak dengan lebih 'garang' kerana tindakan mereka seolah-olah mencabar FRU.
Diketika itu, di kawasan Jalan TAR pula, sekumpulan penyokong GMI yang lain dalam jumlah 2000 orang berhimpun di tengah-tengah jalan bagi menanti ketibaan Anwar Ibrahim (DSAI). Sehingga jam 5 petang , DSAI yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba malah suasana yang aman bertukar tegang apabila beberapa penyokong GMI bertindak menahan kereta polis serta sebuah kereta bomba yang sedang dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kg. Baru. Polis terpaksa memanggil FRU untuk mengelakkan berlakunya kekacauan yang lebih teruk.
Apa yang menyedihkan ialah para penyokong GMI ini menggunakan 'khidmat orang awam' yang datang untuk membeli belah sebagai perisai dari gas pemedih mata dan semburan air oleh FRU. Penulis yang berada di tempat kejadian amat terkejut dengan sikap mereka dan tersangat kasihan dengan wanita atau kanak-kanak yang tidak berdosa. Tangisan-tangisan itu sudah pasti tidak dapat didengari oleh FRU yang terpaksa bertindak secara rawak. Dengan keadaan penulis yang tidak menentu tetapi menggagahi juga untuk memberi arahan kepada orang awam untuk segera menyelamatkan diri. Di satu sudut, terlihat penulis satu-satunya tempat yang boleh membawa beberapa orang untuk menyelamatkan diri iaitu Pertama Kompleks.
Sementara di Dataran Merdeka pula, penyokong GMI semakin bertindak liar sehingga memaksa FRU bertindak dengan lebih keras. Pada jam 6.15 petang, mengikut laporan akhir yang diterima seramai 400 orang penyokong GMI yang telah ditahan oleh pihak polis kerana cuba mencetuskan kekacauan yang lebih dahsyat.
pemudagerik: Hati ini terus bertanya, apa sebenarnya yang dimahukan oleh GMI kerana Perdana Menteri sendiri telah menyatakan Akta ISA akan dipinda. Namun terdetik juga, siapa DALANG disebalik semua ini. Jika setakat Presiden GMI, rasanya beliau bukan sesiapa untuk bertindak jika bukan didorong oleh pihak-pihak yang rakus dan lebih zalim. Rendahnya martabat orang-orang terpelajar dari beberapa buah universiti yang terlibat aktif dalam demontrasi haram ini.
3 comments:
Rakyat jgn lah bertindak ikut nafsu pemimpin yang gila..
Bertindaklah dengan matang,bukannya seperti nafsu ......,kita insan yang dikurniakan Allah akal yang sempurna,berfikirlah dengan bijak.Wahai umat melayu,berhentilah dari mengikut nafsu telunjuk pemimpin yang tak matang tu.
aku tak stuju btl lah dgn pembangkang nie..dorg ingt rakyat smua sokg dorg ker? aku rase kalu pemuda umno yg buat demontrasi baru dorg tau sape lg hebat kot.. kesian kat peniaga ngan pelancong yg datg hr tue..malu negara daa
Post a Comment