Wednesday, September 30, 2009

Kelantan Maju: Nik Aziz Berbohong Lagi

Pada 28/9 yang lalu, bekas PM, Tun Dr. Mahathir mempertikaikan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh negeri Kelantan di bawah pimpinan kerajaan PAS selama ini. Beliau mempersoalkan kerajaan PAS yang masih tidak menunjukkan sebarang pencapaian yang dapat membantu rakyat Kelantan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan dapat berdaya saing dengan rakyat di negeri-negeri lain. Tun menyatakan yang Kelantan masih lagi negeri paling mundur dalam menggerakkan perlaksanaan ekonomi walaupun pelbagai insentif telah diberikan termasuklah memberi pinjaman persekutuan yang mana Kelantan antara penerima tertinggi.



Namun, pada 29/9 iaitu keesokannya pula, MB Kelantan, Nik Aziz menyelar pandangan yang diberi oleh Tun dengan menjemput Tun untuk datang sendiri melihat pembangunan yang semakin rancak dibangunkan di Kelantan. Nik Aziz mempertikaikan kenyataan Tun sambil memberi beberapa contoh pembangunan yang telah dilaksanakan seperti KB Mall, Tesco, Parkson, hotel-hotel dan sebagainya.



Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz adalah satu pembohongan yang amat dahsyat oleh seseorang yang diangkat sebagai Tok Guru.



Pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan di Kelantan adalah hasil usaha orang-orang UMNO di Kelantan dan juga kerajaan pusat. KB Mall, Tesco, Mydin dll adalah bukan dimiliki oleh kerajaan PAS Kelantan sebaliknya pihak-pihak lain. Perancangan untuk membangunkan Kelantan pada dasarnya diwujudkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada rakyat Kelantan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan mengurangkan kebergantungan usahawan atau peniaga Kelantan terhadap negeri-negeri lain. Ini kerana selama ini, usahawan atau peniaga dari Kelantan terpaksa mencari tapak pernigaan di luar kelantan kerana kekurangan ruang dan bantuan oleh kerajaan negeri Kelantan. Usahasama antara orang-orang UMNO Kelantan dan kerajaan pusat dibuat sebelum PRU12 yang mana ketika itu, UMNO yakin dapat menawan Kelnatan demi pembangunan rakyatnya. Dalam pada itu, kedudukan kerusi DUN yang hanya tinggal 1 sahaja kerusi membezakan antara BN dan PAS.



Pelbagai rancangan telah dibuat termasuklah pembinaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Dengan berkat pertolongan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, baginda telah meminta kerajaan PAS Kelantan untuk meluluskan tanah di Bachok dan Jeli sebagai tempat UMK akan dilaksanakan. Pemilihan kedua-dua kawasan tersebut disebabkan wakil rakyat yang terdiri dari Adek Awang dan Mustapa Mohamad sebagai ahli parlimen, serta mereka juga sebagai pelopor kepada usahasama tersebut. Nik Aziz hanya tahu kewujudan Tesco, KB Mall dll setelah Tuanku menitahkan agar kerajaan negeri memberi pelepasan tanah untuk pembangunan tersebut. Kerajaan pusat juga telah meluluskan sebanyak RM140 juta sebagai memenuhi keperluan pembangunan UMK.



Pada asasnya, kebanyakan rakyat di kelantan telah menolak kerajaan pimpinan PAS tetapi PAS bijak bersandiwara dalam politik dengan terus menekankan perkara-perkara dengan memburukkan UMNO seperti rasuah, politik wang, kes al-tantuya (yang akhirnya didapati menipu), penyelewengan koridor raya iskandar, persengketaan Anuar Musa, Tok Pa dan Adek Awang (fitnah semata-mata) dan sebagainya. Undi pengundi rakyat kelantan dari luar banyak memihak kepada PAS kerana mereka tidak tahu tentang apa yang berlaku sebenarnya di Kelantan ketika itu.



Nik Aziz mesti menginsafi diri sendiri kerana telah melakukan dosa dengan menipu fakta yang benar, sebagai seorang yang diangkat ulamak oleh penyokongnya Nik Aziz seharusnya sedar bahawa tindakannya mempolitikkan keadaan sebenar pastinya akan menerima balasan nanti.

1 comment:

Nasionalis1982 said...

Bila UMNO mahu membawa perubahan di Kelantan,dituduh pula sebagai membawa doktrin 'Serambi Maksiat'.

Habis diracuni pemikiran rakyat Kelantan.

Serambi Mekah vs Serambi Maksiat

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/10/ohhhada-orang-buang-bayi-di-negeri_17.html