Sunday, October 18, 2009

Isa Samad 'jagoan' Bagan Pinang

1- Sebelum pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, namanya telah pun menjadi sebutan bagi masyarakat tempatan sebagai orang yang paling layak bertanding mewakili calon BN. Walaupun terdapat suara-suara lain yang mahukan calon kawasan itu diberikan kepada individu-individu lain tetapi hasrat orang tempatan yang mahukan TSIS terus menabur bakti tidak boleh dipertikaikan. PRU-12 yang lalu, beliau tidak bertanding bukan kerana tidak layak dari sudut perlembagaan tetapi atas prinsip keikhlasan perjuangan parti, beliau taat setia dengan hukuman penggantungan sebagai ahli selama 3 tahun kerana dikaitkan dengan kesalahan politik wang.

2- Setelah disahkan oleh BN bahawa TSIS akan menjadi calon prk Bagan Pinang, PAS dengan segera melancarkan gerakan yang biasa digunakan mengikut situasi politik iaitu mendedahkan keburukan calon, TSIS. Segala tohmahan seperti pemimpin rasuah, kronisme dan 'lembik' sehingga ada juga fitnah-fitnah yang jelas tidak masuk akal terus dilemparkan oleh PAS bagi mempengaruhi rakyat tempatan. Setiap malam, mereka akan menerobos ke ceruk-ceruk kampung untuk tujuan fitnah itu. Dalam ceramah-ceramah mereka, PAS menggunakan taktik yang amat jijik selain memburukkan calon, mereka juga telah melancarkan jihad fisabilillah kepada UMNO atas alasan UMNO bukan islamik seperti mereka (yang hanya pada nama). PAS juga terus memburu pengundi-pengundi pos yang dikatakan tertakluk kepada hak kerajaan memerintah yang mana mereka lupa bahawa terdapat 2000 pengundi pos telah mengundi mereka pada pru12 yang lalu.

3- Hukuman Allah swt terhadap PAS dilihat semasa hari pengundian dilakukan, walaupun PAS sedaya upaya menggerakkan pelbagai provokasi menakutkan rakyat yang bertujuan untuk menghalang rakyat keluar mengundi tetapi sebanyak 85% pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing. TSIS, calon BN telah diumumkan menang prk Bagan Pinang menewaskan Pesuruhjaya PAS Negeri, Zulkefly Mohd. Omar dengan majoriti 5435 undi iaitu lebih 110% majoriti pada pru12 yang lalu. Terdapat 3 sebab utama yang membuatkan TSIS menang besar dalam prk tersebut. Pertama- rakyat tempatan amat mengenali TSIS dan jasanya selama lebih 22 tahun sebagai MB Negeri Sembilan. Kedua- rakyat tempatan menolak 'orang luar' yang hanya mahukan kuasa politik tetapi bukan untuk berkhidmat untuk rakyat. Ketiga- Pengundi pos hilang keyakinan kepada pembangkang yang seolah-olah tidak menghormati pendirian mereka terutama yang telah memberi undi semasa pru12 yang lalu.

pemudagerik: Gerak kerja pemuda umno negeri sembilan memang 'mantop'. Terima kasih kerana telah memberi kerjasama kepada pemuda gerik. Tahniah!!!

No comments: