1- Dalam laporan Malaysiakini dan Harakahdaily, PAS telah menjelaskan bahawa terdapat 'mata-mata' dalam kem-kem tentera atau polis untuk menjadi pelapor kepada parti itu dalam menghadapi persaingan pilihanraya kini dan pada masa akan datang. Seorang bekas pegawai tentera berpangkat tentera yang dikenali sebagai Kapten (B) Izaini, yang juga pengurus sebuah kantin kem tentera terlibat dalam gerakan tersebut. 'Mata-mata' yang dinyatakan oleh PAS termasuklah dari kalangan pegawai kanan sehingga berpangkat rendah.
2- PAS juga memaklumkan bahawa tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk memastikan BN tidak membuat sebarang kempen pilihanraya dalam majlis-majlis tertentu. Persoalan juga timbul, mengapakah PAS hendak mempolitikkan tentera dalam pergerakan mereka? Sedangkan mereka patut tahu bahawa tentera pastinya akan menyokong kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka dengan memberi peluang pekerjaan, menaikkan gaji sehingga 25%, elaun yang tinggi dalam setiap operasi dan kebajikan keluarga tentera. Ini menunjukkan PAS takut realiti sebenarnya dan cuba membuat propaganda berlebihan dalam kempen-kempen mereka.
3- Apa yang paling menyedihkan terdapat segelintir pegawai tentera yang tidak ada langsung sifat keinsanan dalam diri mereka. Kebanyakan tentera yang berpangkat rendah adalah terdiri dari lepasan PMR dan SPM, manakala pegawainya pula terdiri dari lepasan ijazah yang mana terdapat juga ijazah khusus dalam bidang ketenteraan seperti UPNM atau UTM dan diberi peluang untuk bekerja dengan kerajaan serta disediakan segala kemudahan yang sempurna. Mereka ibarat 'kacang lupakan kulit'! Mereka seharusnya insaf dengan perbuatan mereka yang kononnya menyokong PAS akan masuk syurga dan PAS adalah parti yang menerapkan kehidupan Islam yang sebenarnya. Ternyata pemahaman mereka amat dangkal kerana PAS hanyalah parti politik yang mahukan kuasa memerintah tetapi bukan parti yang mengajak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.
4- UMNO bukanlah parti yang meletakkan nama Islam dalam nama pertubuhan tersebut kerana UMNO adalah singkatan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu tetapi UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Lihat sahaja syiar Islam yang dibawa oleh UMNO, kebaikannya bukan sahaja dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi negara-negara Islam lain juga mencontohi perjuangan Islam yang dibuat oleh UMNO. Janganlah kita terlalu taksub dengan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, hakikatnya parti tersebut memperalatkan Islam demi mengejar cita-cita politik mereka sahaja.
2 comments:
tak apa pun. pak menteri nak datang kem pun bukan satu kesalahan dari segi undang-undang . mereka datang dengan atau atas dasar jawatan kerajaaan. pergi jalanlah dengan PR tu. Bukan cerdik sangat puak-puak PR ini. kencing aje lebih.
tulisan tuan menghina pasukan keselamatan negara.(seolah2 mereka golongan yang boleh di perbodoh2kan)
Tentera di Iran menyokong revolusi rakyat kerana pemimpin sebelumnya korupsi dan menindas Rakyat.
{tak payah siarlah komen ni sbb pemuda umno memang penakut)
Post a Comment