Cita2 dan harapan Nizar untuk terus meraih simpati dari rakyat Perak dengan cara mempertahankan jawatan Presiden Pafa akhirnya terlerai jua. Nizar dan konco2nya meletak jawatan dalam pentadbiran dan pengurusan Pafa setelah didesak untuk berbuat demikian oleh ramai pihak terutamanya penyokong setia skuad Seladang. Nizar dan konco2nya bagaikan 'cacing kepanasan' bermula dari tahun lepas ekoran dari masalah kewangan yang membelenggu persatuan tersebut yang selama ini sangat kukuh sehingga memaksa Kerajaan Negeri Perak di bawah MB Perak D.S Dr. Zambry serta exco sukan, membantu untuk mendaftar pasukan Perak bagi bertanding di Liga Super Malaysia untuk tahun 2010. Tanpa bantuan kerajaan negeri, sudah pastinya nama pasukan Perak hanya terpahat sebagai salah satu pasukan yang pernah bertanding di Liga Malaysia dan perkara ini amat2 memberi impak kepada pemain2 (terpaksa cari pasukan lain / kerja lain), rakyat Perak (tidak dapat lihat pasukan kesayangan mereka beraksi) dan stadium (kosong dan hanya tinggal lalang shj nanti) seterusnya memalukan negeri Perak yang kaya dengan hasil masyhurnya..
Namun begitu, tindakan Nizar dan konco2nya sebenarnya amatlah lambat kerana pada masa sekarang pasukan Perak dilihat mempunyai masalah komitmen pemain yg dilihat sangat rapuh yg mungkin akibat masalah kewangan (gaji) dan kedudukan pasukan yang agak tercorot dalam liga. Seharusnya perletakan jawatan ini dilakukan lebih awal bagi mengelakkan masalah2 sebegini akan timbul. Bukan setelah mengetahui yang dia tidak akan mampu mepertahankan jawatan Presiden pada pemilihan akan datang.
Rakyat Perak dan penyokong2 setia akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan kesayangan kami. Keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh pemain juga dirasai oleh penyokong2 setia kerana 'harapan baru' dan 'janji baru' yang telah ditaburkan sebelum ini ibarat angin lalu sahaja.
pg: kalau tak pandai tentang sukan janganlah perasan hebat, belajar dari asas dulu baru boleh pegang jawatan tinggi2. ingat pegang jawatan tinggi2 boleh goyang kaki ka..sayonara puak2 lama.
No comments:
Post a Comment