Tuesday, August 3, 2010

Wakil rakyat pembohong!!!


Seorang wakil rakyat DAP telah cuba menipu 'Dewan DUN' apabila dengan jelas mengatakan terdapat lebih 192 000 rakyat Perak yang hidup di bawah paras kemiskinan tegar. Namun 'fakta palsu' tersebut dapat dipatahkan oleh MB Perak, YAB DS Zambry yang menjelaskan terdapat lebih kurang 700 orang sahaja.


Ini jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang dengan sengaja cuba menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dengan membuat pelbagai tohmahan. Tidak cukup dengan ini bekas MB, Nizar, yang jelas kehabisan idea cuba menyerang kononnya harta kerajaan negeri mengalami defisit (rugi) sebanyak rm1.47 juta. Sekali lagi, fitnah itu dapat disangkal oleh DS Zambry yang menjelaskan bahawa profit (untung) kerajaan negeri sehingga Julai 2010 adalah melebih rm100 juta.


Bila penipuan dan fitnah yang cuba dilontarkan itu gagal, seperti biasa wakil2 rakyat pembangkang mula membuat kecoh dan bising. Bila si Nizar diperintahkan keluar, semua angkat punggung keluar beramai2 atas alasan memprotes keputusan Speaker.


Inilah hasilnya jika rakyat salah memilih pemimpin, sepatutnya semasa dalam sidang DUN lah pelbagai masalah rakyat dapat diketengahkan dan dihuraikan dengan jelas berdasarkan fakta2, bukti2 mahupun dokumen lengkap bagi menerangkan apa yang sedang berlaku dalam negeri seterusnya apa yang harus wakil2 rakyat lakukan bagi memajukan kawasan masing2.


Besok, mereka akan datang lagi..untuk menunjukkan sikap biaDAP mereka. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku esok.

No comments: