1- Keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah telah diterima oleh para pemimpin BN dengan terbuka kerana menganggap keputusan tersebut dibuat atas beberapa fakta yang diberikan oleh pihak pembangkang (PR). Namun pada keesokan harinya, pihak DS Zambry telah membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan Nizar sebagai MB kerana terdapat beberapa fakta yang akan dapat mengukuhkan DS Zambry sebagai MB yang sah memandangkan terdapat dokumen-dokumen berhubung Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang perlu diambilkira.
2- Setelah mendapat keputusan mahkamah tinggi, Nizar terus sahaja memberitahu kepada para wartawan yang beliau akan segera berjumpa dengan Tuanku Sultan untuk memohon memperkenankan pembubaran DUN. Ini sekali lagi jelas menunjukkan bahawa Nizar amatlah naif tentang undang-undang negara. Umum sudah mengetahui bahawa Sidang DUN Perak telah dirasmikan, maka Nizar sepatutnya membawa perkara ini kepada Sidang DUN terlebih dahulu. PR sebenarnya sudah tahu bahawa mahkamah tinggi akan menyebelahi mereka, kerana itulah mereka bersungguh-sungguh mahu menangguhkan sidang DUN pada 7/5/09 yang lalu. Tujuannya supaya Sivakumar terus menjadi speaker dan merestui keinginan Nizar untuk membubar DUN. Namun selepas Sidang DUN telah dirasmikan, maka Nizar terpaksa membawa usul ini untuk mendapat persetujuan dari semua ADUN Perak terlebih dahulu.
3- Polemik politik ini terjadi seolah-olah ada yang tidak kena dengan kepimpinan PR. Nizar dan wakil rakyat PAS atau PKR tidak boleh membaca pergerakan halus oleh parti gabungan mereka. Percayalah, jika pilihanraya dun Perak dilaksanakan. Jika PR menang, akan berlaku masalah politik yang lebih serius akan berlaku dan apa yang paling mustahak untuk Nizar ketahui ialah beliau bukan calon yang akan dilantik sebagai MB Perak! Fikirlah dengan bijak mengenai strategi politik, jangan kita hanya gila pada kuasa seperti kata pepatah "menang sorak. kampung tergadai".
No comments:
Post a Comment