1- Perasmian Sidang DUN Perak yang sepatutnya diadakan pada jam 9.00 pagi telah ditangguhkan kira-kira 5 jam kemudian. Raja Dr. Nazrin Shah amat kesal dengan kejadian ini kerana ia melibatkan pemimpin-pemimpin rakyat. Agak memalukan bagi rakyat perak khususnya kerana dengan secara jelas terdapat segolongan pemimpin yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati perlembagaan negeri. Kehangatan mengenai peristiwa ini berlaku sejak minggu yang lalu apabila mahkamah mendapati MB Perak bersama-sama exconya berhak hadir ke Sidang DUN kerana mendapati tidak terdapat apa-apa perkara yang boleh disabitkan kesalahan kepada mereka. Namun, Sivakumar (bekas speaker) yang bertindak menggantung MB Perak dan barisan exconya tidak berpuas hati lalu memohon perkenan DYMM Tuanku Sultan untuk menangguh Sidang DUN. Permohonan beliau tidak mendapat perkenan Sultan kerana menganggapnya sebagai bukan keperluan sedangkan rakyat memerlukan kerajaan negeri yang sah untuk pelbagai urusan. Sehinggalah pada hari Sidang DUN, pemimpin dan penokong PR telah berkumpul di Bangunan SUK Perak bagi membuat huru-hara agar Sidang DUN dapat ditangguhkan.
2- Setelah pemilihan Sidang DUN dirasmikan, BN dan wakil rakyat Bebas telah membuat undian tidak percaya kepada Sivakumar sebagai speaker dan melantik R.Ganesan (bekas ADUN Sungkai) untuk menjadi speaker yang baru. Sivakumar yang tidak berpuas hati terus mengomel dan memprotes sehingga dilihat hilang fokus untuk sesi persidangan. R.Ganesan beberapa kali meminta Sivakumar untuk memberi perhatian terhadap sidang DUN namun tidak diendahkan Sivakumar, oleh itu R.Ganesan meminta Sivakumar untuk keluar 'berehat seketika' tetapi Sivakumar enggan keluar sebaliknya mempertikaikan kuasa speaker baru itu. Maka, bentara yang menjaga sidang DUN terpaksa memujuk Sivakumar untuk mematuhi dewan mulia. tersentak dengan itu, Sivakumar cuba melawan dan bertindak menolak bentara sehingga terjadinya beberapa kekecohan. Selepas Sivakumar keluar, speaker telah menangguhkan sidang DUN ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
3- Hasil pemerhatian dan penelitian, dapatlah disimpulkan bahawa sebahagian ADUN PR tidak memahami secara jelas konsep dan peraturan Dewan Undangan Negeri. Mereka menganggap Sidang DUN seperti mesyuarat 'bawah pokok'. Mereka langsung tidak tahu bagaimana tatasusila untuk menghormati dewan dan kepimpinan. Malah mereka juga sudah membuat perancangan yang rapi untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Selepas Sivakumar keluar, beliau bersama ADUN PR yang lain terus membuat sidang akhbar yang mempunyai tulisan 'malu' dan membuat laporan polis. Mereka juga merancang untuk membuat laporan kepada SUHAKAM dan Persatuan Parlimen Komanwel bagi menceritakan betapa buruknya Barisan Nasional. Mereka juga telah merakam dan meng'edit' beberapa rakaman untuk dijadikan bahan bukti. Inilah wajah PR yang sebenarnya...
No comments:
Post a Comment