Wednesday, May 27, 2009

DAP CUBA MELEPASI UNDANG-UNDANG

1- Demontrasi haram yang dianjurkan oleh DAP di Ipoh tempoh hari jelas menunjukkan parti tersebut tidak menghormati undang-undang ketenteraman awam di negara ini. Kebiadaban yang cuba ditunjukkan atas alasan mencari 'demokrasi sebenar' nyata menimbulkan pelbagai persoalan, apa sebenarnya yang benar-benar yang dimahukan oleh DAP? Jika benar DAP berusaha kononnya mahukan DUN Perak dibubarkan, mengapa hanya DAP yang dilihat begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini. Terdapat juga beberapa wakil rakyat dari PKR dan seorang dari PAS begitu ghairah menyatakan DUN Perak patut dibubarkan. Ini menjadi persoalan pokok kepada rakyat Perak khususnya..adakah terdapat agenda lain?

2- Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, dengan angkuh dan sombongnya menggelarkan pihak polis sebagai "POLIS RAJA DI MALAYSIA". Kenyataan itu dibuat setelah beberapa orang wakil rakyat pembangkang yang terdiri dari DAP dan PKR telah ditahan oleh pihak polis kerana melanggar peraturan negara iaitu mengadakan demontrasi haram tanpa mendapat permit dan kebenaran pihak berkuasa sehingga mengganggu ketenteraman awam! Bilamana pihak polis membiarkan demontrasi itu berlaku dan terdapat beberapa pergaduhan kecil atau vandalisme maka mereka akan menyatakan bahawa pihak polis gagal mengawal keadaan dengan selamat tetapi jika pihak polis mengambil tindakan menahan mereka-mereka yang tidak mematuhi undang-undang mereka akan menggelarkan pihak polis dengan pelbagai gelaran! Ngeh juga mendakwa pihak polis menahan orang awam dengan sesuka hati tanpa menghiraukan hak asasi manusia..? Adakah demontrasi haram yang jelas mengganggu keteteraman awam bertujuan menjaga hak asasi manusia atau menjaga hak kepentingan politik mereka?

3- Rasanya pihak polis dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan sudah lama memerhatikan gelagat pihak DAP yang selama ini ibarat "diberi paha nak betis pula". Mereka seolah-olah tidak menghiraukan hak asasi orang awam yang lain. Tanpa mereka sedari tindakan yang mereka lakukan itu seumpama "mencurah minyak ke dalam api". Mereka hanya fikir merekalah yang lebih arif dan bijak pandai dari orang-orang lain sehingga mereka lupa terdapat lebih ramai bijak pandai yang ada diseliling meraka dan orang-orang yang mampu mengahalang mereka tanpa bantuan pihak polis!!! Sedarlah sebelum terlambat..

1 comment:

Anonymous said...

aku berani mati....!