Sunday, June 14, 2009

Harapan Palsu dan Kabur Pakatan Rakyat

1- Isu kerajaan perpaduan yang menjadi kontroversi dalam Muktamar PAS yang lalu mengundang pelbagai reaksi samada dari UMNO dan Pakatan Rakyat. Komen Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya PAS pertimbangkan semula peranan mereka dalam PR harus diberi perhatian khusus oleh PAS bahawa meraka bukanlah kuasa besar dalam PR. Sindiran Karpal dengan menyatakan kerusi parlimen PAS tidak sebesar mana berbanding PKR dan DAP seharusnya menyedarkan PAS untuk menginsafi yang sumbangan mereka tidak bermakna dalam PR.
2- Anwar Ibrahim seperti biasa akan berdolak-dalik dalam memberi reaksinya kerana keakraban beliau dengan Nik Aziz harus dijaga kerana Nik Aziz seperti lebih menyukai beliau berbanding Hadi Awang. Komen Anwar bahawa isu tersebut adalah selesai sebenarnya dibuat agar dapat mempengaruhi hati rakyat untuk tidak menghebohkan kekusutan yang berlaku dalam 'perjanjian PR'. Malah Anwar telah mengubah situasi dengan menuduh laporan media perdana yang membuat isu ini menjadi kontroversi dan beliau dengan angkuh menyatakan sokongan beliau agar Chin Peng dibenar kembali ke Malaysia. Inilah helah Anwar, beliau sanggup memperjudikan hati-hati waris pejuang negara demi mencapai matlamatnya.
3- Laporan dari sebuah laman web dipetik, Kelab Penyokong PAS Kelantan meminta agar pemimpin-pemimpin PAS yang berfikiran terbuka mengenai kerajaan perpaduan untuk tidak campur tangan semasa pilihanraya Manik Urai jelas menunjukkan bahawa 'permainan perang saraf' oleh pihak-pihak tertentu telah berjaya. Inilah yang dikatan politik moden, tidak perlu kekerasan cuma memerlukan sedikit pengorbanan masa sahaja untuk menghapuskan kebenaran dan kekuasaan politik. Selepas parti-parti yang membela bangsa ini haus maka mudahlah bagi mereka-mereka tertentu menghitung kuasa dan kekayaan negara. PAS mesti kembali ke pangkal jalan. Sombongnya PAS tidak kemana kerana mereka bukan sesiapa kepada sesiapa!

No comments: