Tuesday, June 23, 2009

KHALIFAH PAS DIANAKTIRIKAN

1- Isu kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Hadi Awang nampaknya bukan sahaja menaikkan amarah Nik Aziz malah dijadikan peluang kepada puak-puak yang gemar mengambil kesempatan dalam dunia politik. Puak-puak ini berjaya mempengaruhi minda 'tok guru' untuk membenci UMNO sehingga Nik Aziz dalam temubual dalam TV3 menyuruh Timb. Presiden PAS untuk letak jawatan dan masuk UMNO. Memang kelakar dalam dunia politik sempit PAS itu, mereka tidak membicarakan hal-hal kepentingan bangsa, agama atau negara tetapi lebih fokus kepada 'self-politicis' sahaja. Namun berang Nik Aziz sedikit kendur selepas 'dinasihatkan' oleh Anwar Ibrahim yang terus menjaga kepentingan DAP dalam pembangkang.

2- Untuk membuktikan Pakatan pembangkang terus kukuh, mereka akan mengadakan perhimpunan besar-besaran tanpa motif yang relevan. Mereka ingin menyatakan bahawa pakatan mereka ini kukuh dan kerajaan perpaduan tidak akan berlaku. Memang itulah taktik pakatan, PAS yang mengusulkan kerajaan perpaduan kemudian mereka akan menjelaskan UMNO yang bersungguh-sungguh nakkannya. Budak sekolah rendah pon boleh berfikir tentang taktik 'bodoh' seperti itu. UMNO/BN tidak pernah mengeluarkan hasrat untuk bergabung menjadi kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya bersedia mendengar cadangan PAS kerana negara kita mengamalkan 'sistem demokrasi tulen'.

3- Menjelang pilihanraya kecil Manik Urai pada Julai ini, poster Hadi Awang tidak akan digandingkan lagi bersama Nik Aziz kerana isu kerajaan perpaduan. Ini juga adalah desakan dari Kelab Penyokong PAS Kelantan (bukan Islam)yang tidak mahu mana-mana pemimpin PAS yang menyokong cadangan tersebut terlibat dengan pilihanraya tersebut. Nampaknya orang-orang cina sudah berjaya menerobos prinsip-prinsip perjuangan PAS. PAS tidak lagi mendengar cadangan dari pemimpin-pemimpinnya atau orang-orang melayu tetapi lebih bersikap 'politik liberal' yang jauh tersimpang dari perlembagaan sebenarnya.

pemudagerik: Manoharan, bekas tahanan ISA (hindraf), meminta pertubuhan NGO untuk orang-orang melayu (PERKASA) agar diharamkan dengan alasan boleh menakutkan orang-orang bukan melayu jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang semakin kurang ajar. Hindraf adalah pertubuhan haram yang bergerak secara haram dibumi Malaysia cuba mengajar orang melayu supaya hormat kepada mereka. 'api yang kecil jangan disemarakkan'!!!

No comments: