1- Belum pon sempat tarikh hari penamaan calon dilkasanakan, Anwar Ibrahim yang kita tahu berprofil tinggi dalam episod-episod dendam dan fitnah telah memulakan langkahnya. Ini dinyatakan sendiri oleh Anwar sewaktu menghadiri prosiding untuk mendengar pertuduhan ke atas beliau berkenaan kes liwatnya di Putrajaya.
2- Dengan nada 'sopan' Anwar menyatakan BN akan menggunakan strateginya dengan memfitnah Nik Azizi berkenaan dengan kenyataan Nik Aziz yang memfatwakan UMNO sebagai pengamal ajaran sesat dan lebih komunis dari komunis! Inilah yang dikatakan sebagai akhir zaman apabila orang-orang yang berkata dusta diangkat sebagai ulamak.
3- UMNO/BN bukannya hendak memburukkan Nik Aziz yang tengah berserabut memilih Anwar atau Hadi tetapi mempertahankan kebenaran dan haknya. Benarkah dakwaan Nik Aziz itu? Dari mana fakta yang diperolehinya? Mungkin DAP..kerana PAS tidak lagi berslogankan membangun bersama Islam tetapi MAJULAH NEGARA BERSAMA DAP..
4- Memang benar dan rasional jika kita lihat Nizar sewaktu jadi MB Perak hanya tahu mendengar dan menurut perintah DAP. DAP cakap bubar DUN, Nizar pun cakap. DAP cakap UMNO punca kehancuran politik di Perak, Nizar turut cakap. Alahai Nizar, acam 'kaduk naik junjung'.
No comments:
Post a Comment