1- Perjuangan yang penuh berliku, dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi oleh para pejuang negara suatu ketika dahulu merupakan hadiah kepada generasi bumi bertuah ini sekarang. Bukan sekadar harta mahupun tenaga yang terpaksa diserahkan tetapi nyawa juga menjadi taruhan. Bak kata pepatah ‘ membujur lalu, melintang patah’. Sesungguhnya hasil yang dinikmati oleh generasi hari ini sangat bermakna kerana kita berada di sebuah ‘Negara Berdaulat’.
2- Sungguhpun begitu, dalam menjadikannya sebagai kenyataan atau realiti bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh dan biasa-biasa kerana pelbagai halangan yang terpaksa dipikul bagi mencapai matlamat tersebut. Peristiwa-perisrtiwa seperti Bukit Kepong, pendudukan Jepun, Malayan Union, Gerila Komunis dan lain-lain telah menjadi titik tolak kepada asas perjuangan bangsa, agama dan tanah air tercinta. Selain daripada itu, campurtangan oleh pihak luar (British) dalam pergelutan untuk menjadikan negara bebas merdeka memberi kesedaran kepada anak bangsa bahawa tanah air ini patut ditadbir oleh anak bangsa sendiri dan kebebasan mutlak perlu dimiliki kerana bumi bertuah ini sudah lama menanggung beban sebagai hamba di mana kekayaan hasilnya dikuasai oleh bangsa asing. Keringat dan usaha yang digadai oleh anak bangsa (para pejuang) akhirnya berbayar dengan kemerdekaan yang dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957. Sebagai peringatan kepada generasi sekarang, tanah air tercinta ini mula dijajah pada tahun 1511 iaitu selama 446 tahun sebelum merdeka. Manakala kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini baru sahaja mencecah 52 tahun, bermakna kita masih lagi berhutang 394 tahun!
3- Walaupun begitu, negara kita yang dinamakan sebagai MALAYSIA bukan lagi sebauh negara yang boleh dikatakan sebagai “kecil-kecil anak” kerana pembangunan yang dilaksanakan dan kejayaan yang diraih bukan sekadar mencakupi atau merangkumi dalam negara malah kemasyuran itu terserlah di mata dunia (antarabangsa). Ini merupakan suatu kejayaan yang membanggakan kerana negara yang kecil dalam peta dunia dan baharu sahaja merdeka tetapi boleh terkenal diseluruh dunia. Usaha-usaha yang dirancang dan dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan negara dilihat sebagai langkah terbaik bagi kita untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Sebagai contoh pembangunan kemudahan asas dan kemudahan awam telah menampakkan hasil yang terbaik dengan wujudnya Putrajaya, Menara Berkembar KLCC, Lapangan Terbang Antarabngsa Kuala Lumpur (KLIA), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (ECER) dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan yang sedia ada tampil sebagai pencetus pembangunan negara yang lebih menumpukan kepada aspek kemajuan ekonomi. Hakikat ini biasanya dinafikan oleh mereka yang cuba mengeksploitasi atau mengambil kesempatan terhadap kesungguhan kerajaan dengan menjadikan beberapa kelemahan kecil yang sepatutnya diperbaiki untuk menjadikannya sebagai jatidiri kemajuan negara, tetapi sebaliknya mereka memberi gambaran seolah-olah usaha kerajaan ini menidakkan peluang yang patut dimiliki oleh rakyat Malaysia.
4- Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sememangnya mendapat pengiktirafan pihak antarabangsa. Penghormatan selaku Pengerusi Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Pengerusi Negara-Negara Berkecuali (NAM) membuktikan bahawa Malaysia merupakan pemacu utama dalam agenda dunia. Selain daripada itu, pendekatan kerajaan dalam mengekalkan kestabilan dan perpaduan rakyat melalui konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menjadikan Malaysia sebagai negara model kepada negara-negara lain dalam membentuk persefahaman yang kukuh disamping mengekalkan jatidiri kaum sedia ada tanpa wujudnya agenda-agenda terselindung.
5- Jika kita mendalami secara konsisten dan telus, kita akan mendapati selama 52 tahun kemerdekaan negara yang dikecapi banyak pencapaian terbaik pernah kita perolehi. Sebagai contoh, jika dahulu kemajuan dalam aspek pendidikan tidaklah boleh dibanggakan tetapi kini selain mempunyai universiti bertaraf dunia yang telah pun dipenuhi oleh anak-anak bangsa kita. Penguasaan pendidikan daripada bidang sastera, bahasa, ekonomi, sains, kejuruteraan, sosiobudaya, sukan, perniagaan, pertanian, komunikasi dan sebagainya telah pun dimiliki oleh anak bangsa kita pada hari ini. Dalam aspek perdagangan, kemajuan yang dicapai bukanlah bertaraf terbawah tetapi negara kita merupakan antara pengeluar minyak masak dan susu getah asli yang utama di dunia. Selain itu, perniagaan yang melibatkan antarabangsa dan pasaran saham telah melonjakkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada yang sepatutnya sebagai negara yang sedang membangun, ini membayangkan kepesatan ekonomi yang diraih oleh negara amatlah baik berbanding negara-negara serantau atau negara-negara membangun yang lain. Hasil usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan juga telah pun diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh negara luar kerana Malaysia merupakan antara negara paling ramai kemasukan pelancong asing untuk setiap tahun. Ini secara tidak langsung merupakan nilai tambah dalam menjana ekonomi negara.
6- Bantuan dan usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat adalah telah melibihi dari yang sepatutnya seperti dana khas bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) selain mengangkat martabat golongan ini dengan melantik orang kurang upaya sebagai Senator Negara iaitu Allahyarham Prof. Tan Sri Ismail Salleh, bantuan khas kepada penduduk termiskin dan anak yatim, bantuan subsidi kepada petani dan nelayan, bantuan kewangan kepada usahawan kecil & sederhana, skim pinjaman kredit mikro dan Yayasan TEKUN, kenaikan gaji bagi pekerja pekhidmatan awam, pembinaan rumah-rumah ibadat (masjid) yang lebih selesa, subsidi minyak kenderaan dan kawalan harga barangan utama juga diberi subsidi. Mungkin pada pandangan kita serta cakap-cakap orang yang memesongkan kita bahawa seolah-olah kerajaan gagal membantu rakyat menangani masalah-masalah seperti harga minyak kenderaan dan harga barangan utama tetapi pernahkah kita terfikir bahawa bantuan kesihatan di hospital merupakan subsidi dari kerajaan, harga minyak kenderaan juga adalah subsidi kerajaan, jalanraya mahupun lampu-lampu di jalanraya adalah subsidi kerajaan, bantuan pendidikan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian secara percuma buku teks sekolah anak-anak kita adalah subsidi kerajaan dan sebagainya.
7- Sebagai negara yang semakin pesat membangun dan kemajuan dari sudut modal insan seharusnya kita janganlah terlalu leka serta alpa dengan segala kurniaan dan rahmat dari Yang Maha Kuasa sesungguhnya ia mungkin merupakan petunjuk atau dugaan-Nya. Kita haruslah bangkit melawan arus dan gelombang globalisasi yang tidak dapat tidak kita akan menghadapinya kerana cabaran yang semakin mendatang adalah sangat hebat serta kompetitif. Seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin gagah melangkah menuju ke mercu kemajuan di samping keharmonian dan perpaduan yang dipupuk oleh kerajaan melalui konsep toleransi yang dibina asas kukuh dengan ikatan kontrak social serta peranan yang dimainkan setiap kaum dalam bumi Malaysia. Tidak wujud dalam mana-mana Negara sebuah kerajaan yang ditunjangi oleh pelbagai kaum dan dapat mamacu kemakmuaran negara tanpa menggugat kestabilan Negara.
8- Benarlah kata pepatah ‘ikut hati, mati’ ‘ikut rasa, binasa’. Sebagai rakyat yang telah matang dan bertamadun kita seharusnya mempunyai tahap kematangan dan rasionalisasi yang tinggi untuk menilai sesuatu perkara tanpa melupai “wahyu dan sunnah”. Jadilah kita sebagai manusia yang mengenal erti syukur dan menjauhi dari sifat-sifat yang mana boleh membawa keburukan kepada diri sendiri, bangsa, agama dan negara. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

1 comment:
Salam Merdeka,
Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Post a Comment