Tuesday, August 18, 2009

PAS: Rohaizat Dijadikan Isu

1- Sememangnya PAS ketandusan isu sehingga calon BN, Rohaizat Othman, terpaksa menjadi bahan cerita oleh PAS. Rohaizat seorang penasihat undang-undang syarie dan mempunyai firma guamannya sendiri dituduh oleh PAS sebagai seorang pengamal undang-undang yang gagal. Ini berikutan terdapat beberapa masalah teknikal antara beliau dan rakan perniagaannya sebelum ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ceramahnya semalam, beliau telah menghantar surat kepada Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang, Dato' Seri Zahid Hamidi untuk berdebat dengan beliau berkenaan status Rohaizat kerana menurutnya lagi ini penting untuk memilih seorang wakil rakyat.

2- Apa yang menghairankan banyak pihak ialah, semasa pilihanraya kecil Manek Urai yang lalu PAS telah meletakkan calon yang tidak mempunyai kriteria sebagai seorang pemimpin. Calon PAS yang menang di Manek Urai tempohari merupakan seorang peraih ikan dan tidak mempunyai kelayakan akademik untuk membantu dalam pengurusan sumber manusia serta tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam politik kenegaraan. Adakah beliau dilihat sebagai seorang yang berkelayakan? Mampukah beliau memacu perubahan untuk rakyat?

3- UMNO boleh membongkarkan kelemahan PAS di Selangor ataupun partinya secara keseluruhan. PAS di Selangor contohnya, mereka telah gagal dalam mempertahankan institusi Islam secara terang-terangan. Kegagalan dalam mempertahankan Selangor menjadi hab pusat penyembelihan babi terbesar di Asia Tenggara kerana beranggapan keuntungan akan diperolehi oleh kerajaan negeri. Selain itu, orang cina DAP sewenang-wenangnya masuk campur dalam hal ehwal Islam iaitu melibatkan isu arak dan PAS tidak mampu memberi reaksi yang diharapkan malah PAS boleh dikenakan tindakan tegas kerana tidak memberi kerjasama dalam pakatan haram rakyat. Sedang kedua-dua isu belum reda, isu pembinaan kuil hindu di seksyen 23 shah alam bangkit menerjah kepimpinan PAS. Kawasan yang majoriti orang melayu kini dilanggar oleh orang bukan melayu untuk didirikan kuil. Apa peranan PAS? Sekadar mahu buat 'flyers' dan kain rentang sebagai tanda bantahan.

4- PAS amat lemah dalam pentadbirannya, mereka hanya lantang dan kononnya kuat apabila berdepan dengan UMNO. Sedangkan peranan mereka dalam PR umpama 'lukut ditepi gantang'. Sanggupkah kita orang melayu beragama Islam melihat isu membabitkan bangsa dan agama diperalatkan semata-mata untuk kepentingan politik?

pemudagerik: UMNO mampu buat kejutan di P.Pasir, InsyaAllah.

3- Calon PAS, Salleh Man,

No comments: