Pendedahan mengejutkan oleh media massa baru2 ini amat menggemparkan, masakan tidak bacaan doa semasa khutbah jumaat menyebut nama Lim Guan Eng, LGE. Perkara ini dinyatakan oleh kariah dari Masjid Jamek Padang Menora dan Masjid Jamek Jelutong yang mengesahkan laporan media yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Pulan Pinang.
Menurut Pengerusi Masjid Jamek Padang Menora, bacaan doa itu diketuai oleh khatib jemputan dari negeri Perak. Yang lebih malang lagi apabila nama Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan ketua agama Islam bagi negeri tersebut (termasuk negeri tanpa Sultan/Raja/Yang Dipertuan Besar) tidak disebut dalam doa yang dibacakan. Bagi kariah Masjid Jamek Jelutong pula, perkara ini telah berlaku sejak beberapa bulan yang lalu.
Kebodohan dan 'ketaksuban' khatib2 tersebut jelas menampakkan agama Islam terus dipermainkan oleh puak2 pembangkang. Ini sangat ketara terutamanya di negeri2 bukan pemerintahan kerajaan UMNO/BN. Mereka terus 'berjihad' untuk puak DAP yang nyata dan jelas amat memusuhi Islam (rujuk kata2 Karpal singh).
Inilah bila 'mengidam' kuasa politik, agama Islam terus dipermainkan. Perkara khatib2 'bertopengkan ustaz' ini dah lama berlaku. Di Gerik pernah berlaku tajuk khutbah 'Rampasan Kuasa' oleh seorang khatib yang memang seorang pejuang PAS. Khatib tersebut tanpa rasa malu (terhadap Allah swt) dan segan dengan perangai jijiknya terus mencemuh kerajaan pimpinan BN dengan pelbagai tohmahan bahawa BN telah melakukan rampasan daripada kerajaan PR.
LGE akan terus menjadi 'kuat dan hebat', selain diangkat menjadi khalifah bagi puak2 politik kebajingan, LGE juga 'didoakan' mendapat kesejahteraan. Sebagai umat Islam, penulis amat malu dengan apa yang telah berlaku. Benarlah sabda Rasulullah, pada akhir zaman akan wujudnya manusia2 yang bertopengkan ulama' akan menghancurkan Islam dan umatnya. Nauzubillah..
1 comment:
niat mesti telus
Post a Comment